Antara Mersing dan Yogyakarta...

Thursday, March 25, 2010




Tanggal 20 mac bermula lagi satu episode sejarah smssi menerokai satu babak dlm rangka pembinaan martabatnye sebagai sebuah sekolah elit diMalaysia…ianye laen x bukan de lah lawatan muhibbah dan pengkongsian pintar guru2 n student smssi ke Sekolah Menengah Atas Negeri 1 Teladan (bertaraf SBP) Yogyakarta Indonesia…pgrm pengantarabangsaan nie menjadik pelengkap kpd status smssi sebagai salah sebuah sekolah unggul di Malaysia…



Prgm yg melibatkan 13 org guru, 12 org pelajar serta 3 org wakil ibubapa nie menjadik printis kpd ikatan ukhuwah dua hala antara sekolah terbaek dua buah Negara dr rumpun bangsa yg same…termeterainye MoU antara keduanye mencerminkan kelangsungan persahabatan dua buah negara satu Nusantara…Malaysia-Indonesia…


Matlamat
Erm kalu psl matlamat nie sy kena tulih formal skit kot…nnti kalu guna bhs santai cam lawak lak…pe ek matlamatnye…?


1. Membina kualiti dan budaya pengurusan cemerlang guru2 SBP berasaskan kpd pengetahuan dan pengkongsian idea diperingkat antarabangsa bagi melahirkan pelajar2 yg berketerampilan selaras dengan hasrat falsafah pendidikan Negara ke arah menjayakan wawasan 2020.

2. Melahirkan guru2 yg berpengetahuan luas dan mendalam seiring dengan era globalisasi utk melahirkan generasi pelajar yg seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

3. Bagi mencetuskan idea dan motivasi kepada guru2 agar terus berusaha utk mengekalkan dan meningkatkan prestasi sekolah.

4. Dapat bertukar2 maklumat, pendapat dan pandangan ttg system pendidikan Negara luar.

5. Melahirkan personaliti pelajar yg berwawasan, mempunyai imej kendiri positif, berakhlak mulia dan berfikiran matang sehingga berjaya mendepani sebarang masalah, cabaran dan tekanan dalam kehidupan seharian sebagai pelajar SBP.



Alhamdulilah kedatangan kami ke sekolah teladan nie tepat jam 12.10 wkt Indonesia Barat disambut leh wakil kepala akademik bapak Basuki...pastu rombongan kami dibawa masuk ke bilik multimedia utk urusan tandatangani MoU antara kedua belah pihak...

Ucapan Ckg Ahmadi selaku wakil pengetua amat hebat...dan ianye memberi signal bahawa kedatangan kite di Teladan delah sebagai tetamu yg memiliki keperibadian yg terpuji...pengisian ucapan beliau mencerminkan kesungguhan SMSSI utk menjalinkan hubungan diplomatik dgn SMA negeri 1 Teladan bukan sekadar kosmetik semata2...

Layanan pihak kepala SMA Negeri 1 Teladan Drs. Zamroni pula adalah sgt luar biasa skali...ucapan alu2an beliau memberi satu konotasi hubungan yg akan dihargai serta disanjung tinggi....w/pun saat itu disekolah ini sdg menjalankan peperiksaan awam yg penting namun guru2 n pelajar mrk sanggup meluangkan waktu serta beramah mesra ngan ahli2 rombongan kite sume...

Pe yg terkilan bagik diri sy delah masa n waktu bagaikan terlalu singkat utk kita mengarapkan pengkongsian ilmu disini secara mendalam disebabkan jadual lawatan Yogyakarta yg amat padat...Sy harap le hubungan dua hala antara Mersing n Yogyakarta nie akan berkekalan n memberi faedah kpd kite sume...Amin.

Baca seterusnya...

Result SPM 2009...tujuh petala bumi n tujuh petala langit...

Friday, March 12, 2010


Muqadimah
Terlebih dahulu sy meminta maaf kerana tlh merosakkan pengertian metafora…perumpamaan sy maybe keterlaluan tp nie jea yg terlintas dlm kotak pemikiran sy mase menulis artikel nie…tujuh petala bumi bermaksud tujuh gred purata subjek skewl kite merosot n tujuh petala langit lak membawa pengertian tujuh gred purata subjek yg laen meningkat…

Suasana Bilik peperiksaan
Jam menunjukkan kul 9.23 pagi…mase nie ckg nawiah selaku penyelaras SPM bru pulang dr PPD membawa manuskrip2 result SPM pelajar2 batch SPM 2009…mase tu sy, ustaz tahrir n Ckg norliana jea yg de kat dlm bilik nie…suasana agak tenang cuma perasaan ghairah nk tahu result pelajar naik ngan mencanak skali…erm standard le…

pe yg sy wat mase nie ngan ust tahrir delah mencerangkinkan nama2 pelajar yg mendpt strght A n near miss (dpt B dlm satu subjek...laien2 subjek sume A) utk ditulih kat dlm komputer…nk taip2 nama sorang2 berserta maklumat gred pelajar sememangnye ambik mase gak…Ianye menjadik semakin payah bile berlaku persempadanan semula gred pelajar..A+..A…A-….jenuh gak nk tulis format list nama pelajar...

Jam dh menunjukkan kul 10.13 pagi…ckgu norliana sdg key in data utk wat analisis subjek…ckg2 laen yg bru masuk ke bilik nie (ckg Fazidah, ckh Hafiz, Ckg Junaidah, Ckg Safiah) sdang meneliti slip by slip peksa pelajar2 utk diasingkan berdasarkan tingkatan serta slip2 pelajar yg akan naik ke pentas nanti...mase nie gak handphone kami sume dh diserang bertubi2 ngan calling n sms…namun begitu serangan nie x menyebabkan ketirisan keputusan maklumat tersebut…syabas…

Dlm Dewan
Jam dah kul 11.05 pagi…pelajar2 form 5, pelajar SPM 09 beserta family dh pun memenuhi dewan sri Integrasi nan indah…suasana agak tenang n agak mendebarkan…

MC pd mase nie ckg Zaire ngan gaya pengucapan bahasanye tersendiri…pebila Tn Pengetua membuka bicaranye…dewan seolah2 sunyi seketika…debaran semakin memuncak pebila Tn Pengetua bermain kata2…seolah2 satu pengumunan dibuat leh pengacara Akademik Fantasia jea…

Ayat demi ayat dituturkan…antaranye “ guru2 serta pelajar dah pun bertungkus lumus berusaha kearah kecemerlangan SPM SMSSI…nie lah hasilnye”…

…seramai 22 orang pelajar kita tlh berjaya mendapat strght A n 13 orang near miss...seterusnye nama2 pelajar tlh dibaca sorang demi seorang bermula ngan nama2 near miss leh ckg zairee…diikuti ngan nama2 pelajar strght A…pelajar naek kepentas sorang demi sorang utk mendptkan slip peksa berserta ngan cenderahati pihak sekolah…penyampaian leh pengetua nie diiringi leh ckg Maon Marsini n wakil PIBG encik Razak…


Pelajar yg dpt strght A
1. Nadhirah Razanah bt Shahrol::5 Ittihad:: 9(A+) 1(A) 1(A-):: Sains Agama
2. Darul Nizam bin Yahya:: 5 Thaqafah:: 7(A+) 3(A) 1(A-):: Sains Agama
3. Siti Shahirah Bt Maon:: 5 Thaqafah:: 7(A+) 3(A) 1(A-)::Sains Agama
4. Mohd Syazwan b.Mohd Asri::5 Najjah :: 7(A+) 2(A) 1(A-)::Sains Teknikal
5. Mohamad Amirul Ashraf:: 5 Nasyaat:: 7(A+) 2(A) :: Sains Tulen
6. Nur Nadiah bt Haron Narashid:: 5 Nasyaat:: 7(A+) 1(A) 1(A-):: Sains Tulen
7. Mohd Asyraf bin Samsudin:: 5 Thaqafah:: 6(A+) 4(A) 1(A-):: Sains Agama
8. Muhd Zahran b. Abd Razak::5 Thaqafah:: 6(A+) 4(A) 1(A-):: Sains Agama
9. Abdul Hadi bin Abd Rahman:: 5 Thaqafah:: 6(A+) 3(A) 2(A-):: Sains Agama
10.Mohd Zaimey bin Zulmanaf::5 Thaqafah:: 6(A+) 3(A) 2(A-):: Sains Agama
11.Nasiruddin Bin Nasirin::5 Najjah:: 6(A+) 3(A) 1(A-)::Sains Teknikal
12.Izyan Farhana Binti A Kaher::5 Nasyaat:: 6(A+) 2(A) 1(A-)::Sains Tulen
13.Nurhafiz Bin Omar ::5 Nasyaat:: 6(A+) 2(A) 1(A-):: Sains Tulen
14.Rabiatul Adawiyah bt. Mohd ::5 Thaqafah:: 5(A+) 6(A):: Sains Agama
15.Muhamad Fauzan B Mohd Zahari::5 Nasyaat:: 5(A+) 1(A) 3(A-) ::Sains Tulen
16.Muhammad Zikkri b Zaharuddin::5 Thaqafah:: 4(A+) 5(A) 2(A-):: Sains Agama
17.Nurafiqah bt. Mohd Shah ::5 Nasyaat:: 4(A+) 5(A)::Sains Tulen
18.Zahin Asyraf Bin Mazlan ::5 Najjah::4(A+) 3(A) 3(A-):: Sains Teknikal
19.Khairuzzaman B Md Baharoraji ::5 Nasyaat::3(A+) 4(A) 2(A-)::Sains Tulen
20.Muhamad Lokman Bin Ar Azmi ::5 Falah::3(A+) 4(A) 2(A-)::Sains Tulen
21.Nurul Ashikin Bt Abdul Karim ::5 Thaqafah::2(A+) 7(A) 2(A-)::Sains Agama
22.Muhammad Faizuddin bin Ahmad ::5 Ittihad::1(A+) 7(A) 3(A-)::Sains Agama

Pelajar yang near miss.
1.Muhamad Syawaludin Bin Rosli::5 Thaqafah::6(A+) 3(A) 1(A-) 1(B) ::Sains Agama
2.Mohammad Nur Irfan Bin JAsmon ::5 Najjah::6(A+) 3(A) 1(B):: Sains Teknikal
3.Faid Aiman Bin Mohamad Noor 5 Thaqafah::5(A+) 3(A) 2(A-)::1(B+)Sains Agama
4.Muhd Azim Bin A Jalil ::5 Najjah::5(A+) 3(A) 1(A-) 1(B+)::Sains Teknikal
5.Muhd Nadzmy Hakkim::5 Najjah::5(A+) 3(A) 1(A-) 1(B+)::Sains Teknikal
6.Nurul Adzlin Bt Zainal::5 Falah::5(A+) 3(A) 1(B+)::Sains Tulen
7.Zahhar Nisa bt Azman::5 Nasyaat::4(A+) 4(A) 1(B)::Sains Tulen
8.Nor fazlina Bt. Yahya::5 Nasyaat::4(A+) 2(A) 2(A-) 1(B)::Sains Tulen
9.Rahimah Bt Md. Kasmani::5 Al-falah:: 4(A+) 1(A) 3(A-) 1(B+)::Sains Tulen
10.Ahmad Syakib Bt Nordin::5 Najjah:: 2(A+) 6(A) 1(A-) 1(B+)::Sains Teknikal
11.Ahmad Nur firdaus b Hashim::5 Thaqafah:: 2(A+) 5(A) 3(A-) 1(B+)::Sains Agama
12.Muhammad Yazed bin Mustapa::5 Thaqafah:: 2(A+) 3(A) 5(A-) 1(B)::Sains Agama
13.Amira Bt Azman ::5 Itihad:: 2(A+) 13(A) 7(A-) 1(B)::Sains Agama

Analisis subjek utk mendptkan gred purata keseluruhan.





















* sy x leh memaparkan keseluruhan maklumat-harap maaf.

Fakta pencapaian SPM gred purata sekolah
w/pun gred purata SPM batch 09 sama ngan batch SPM 05 tp sebenarnye ia x serupa dr segi pencapaian n struggle subjek.

1. batch SPM 05 still mengekalkan 100% math 1A ( rekord yg masih lom dipecahkan)
2. batch SPM 05 mengambil 12 subjek (sains agama), 11 subjek (sains teknikal) n 10 subjek (sains tulen).

::: info => semase batch SPM 05 tingkatan 5...batch SPM 09 bru tingkatan 1:::
[abg sulong ngan adik bongsu cam wat MOU je nk dpt gred purata yg sama 2.03]

Bilangan calon yg dpt A mengikut subjek (calon 127 org)
(sy hanya menulis 7 subjek yg meningkat sahaja)

1. Bahasa Melayu- 123/127
2. Pendidikan islam - 76/78 (calon 78 org)
3. Sejarah- 105/127
4. Matematik-116/127
5. Bahasa Arab Tinggi- 44/49 (calon 49 org)
6. Fizik-71/127
7. PQS-38/49
- (calon 49 org)

Ranking Johor
1. STF- ambik 9 subjek je.
2. Samura- ambik 9 subjek gak
3. convent- pelajar2 80% chinese cerdik yg x leh msk sbp kot-ambik 8 @ 9 subjek..
4. Sains Johor- ambik 9 subjek
5. Sakti- ambik 9 subjek
6. SMSSI- [ 3 kelas ambik 11 subjek, satu kelas 10 subjek n 2 kelas 9 subjek ]
---pe2 pn argument n reason...SMSSI tetap JUARA <---sape2 yg x leh terima statement nie...pemikiran mrk mmg x realistik...


Ranking SBP

tempat ke-38

ranking kebangsaan (seluruh Malaysia )
tempat ke 45

::SMSSI x de le merosot sgt pun...masih berada didlm lingkungan SBP yg cemerlang...insyallah kami guru2...pelajar2 serta sokongan PIBG dan ex-student2 akan berusaha memartabatkan kegemilangan SMSSI::MENUJU KEPUNCAK JAYA::

^^ Tahniah buat sume student SPM 09 ^^

Baca seterusnya...

Maulidur Rasul di SMSSI....makan didulang wasilah didikan ukhuwah...

Saturday, March 6, 2010


Pg td de majlis maulidur rasul kat sek..wat kat dwn sri intrgrasi..de ceramah jemputan dr jpnj…sayangnye sy x leh focus kat ceramah ustaz tue sbb sy flip flop kat dwn …kebiasaanya sy mmg antu kat ceramah2…ske sgt2..x kire lah ceramah agama ke…politik ke…tp ari nie keadaan sy x camtu…diawangan2 je…rasenye x sampai 5 minit sy menumpu perhatian kat isi ceramah …tue pun dh tengah2 isi ceramah…muqadimah n penutup sy x de kat dlm dwn…

pe yg sy dpt photographic kat minda sy ttg isi ceramah tue delah ttg Dhob leh berkata2 mase baginda rasulullah dilahirkan…tue pun sy ternampak point2 slaid ditayangkan mase ceramah…laien2 otak sy dh blank dh…so x leh le sy nk wat ulasan n berkongsi isi ceramah kat cni…mase sy dok munda mandir kat luar dwn lak..de lah kendengaran ustaz cite psl janggut rasulullah…tu je yg sy terdengar…pastu otak sy dh mati dh dlm dunia ceramah maulidur rasul tue…

Ttg jamuan still mengekalkan makan dlm dulang…satu dulang empat org…kalu dulu pelajar2 makan kat dlm surau…tp skrg jamuan wat kat dlm dwn sri integrasi yg full mosaic…pe2 pun sy makan kat belakang dwn jea…de lah lima enam suap msk kat mulut sy…sy x de selera w/pun masakannye sgt2 sedap….

Pas abis ceramah n majlis…sy n ckg sharin gi antor tikor2 yg dipinjam kat masjid jamek Bandar mersing…pastu trus sy balik kat umah…masuk bilik n tido…

fakta maulidur rasul:
1. perarakan sambutan bermula dari rumah guru ke dwn integrasi.
2. sehari sebelum tue de xtvt rewang dibelakang dwn sri integrasi ngan perlapahan sekor lembu...wat gotong royong bersama2 pelajar tingkatan 4.
3. beberapa ekor ayam turut dikorbankan utk jadik lauk pauk warga smssi.
4. gaya penyampaian n isi kandungan ceramah mmg besh sgt2 tp keadaan diri sy lak x leh fokus...diri sy dh sakit dh...hu3


Baca seterusnya...

al-fatihah buat anakanda tersayang almarhumah Syafia Humairah Sahari…

Monday, March 1, 2010


Semase sy di universiti…pensyarah sy de cakap bhw atr fungsi guru tue sendiri delah sebagai agen mobiliti masyarakat…jika dilihat dlm konteks nk jwp peksa paper pedagogi ianye lebih kpd menyampaikan ilmu kpd generasi pelapis agar lebih berpengetahuan utk mengubah cara idup daripada dunia yg gelap kpd satu sinar cahaya yg berkerdipan… bahasa paling simple delah mengubah taraf idup mereka…mengangkat darjat maruah manusia…

Pebila tersiarnye kes pembunuhan almarhumah Syafia Humairah Sahari seusia 3 tahun…persoalan ttg fungsi guru2 tue menjadik agent transform masyarakat berlingkaran semula dipemikiran sy…berjayakah matlamat guru2 mencapai halatuju yg diterokai?...

Jika flashback balik ttg kronologi scenario kes pembunuhan nie…pe yg membuat sy terkilan delah pemuda2 berbangsa melayu ditempat kejadian yg tidak dpt menolong seorang anak kecil yg bergitu lemah disepak terajang sehingga menamatkan riwayat idupnye…sgt sadis utk diterjermahkan atas sifat perikemanusiaan seseorang insan…pe kah pemuda2 nie tidak diajar leh guru2 disekolah ttg sifat integriti…sifat kasih sayang….menghargai jiwa manusia?...nampak sgt pemuda2 tersebut dah ilang keupayaan diri sendiri utk mengangkat darjatnye sebagai seorang manusia yg mempunyai secebis ati seorang insan…dimanakah perginye ajaran guru2 kalian?...ilangnye maruah kalian sebagai manusia…gagalnye guru2 kalian menjadi satu entiti agen mobiliti masyarakat…sadis…

Kematian almarmarhumah Syafia Humairah Sahari mengundang beberapa dalil ttg kepincangan idup masyarakat kite pd zaman ini…jika setitis darah almarhumah diibarat seperti bola besi dlm game pin ball…tiada sape yg x akan terkena n terpalit sama…w/pun kisah nie akan lenyap n dilupakan x lame lagi ttp titisan darah almarhumah dah cukup mencemarkan nama baik bangsa melayu yg terkenal ngan bangsa yg lemah lembut berhati mulia…al-fatihah buat anakanda tersayang almarhumah Syafia Humairah Sahari…damailah rohmu disana...hu3


Baca seterusnya...

Usia Baginda Rasullulah 1399 tahun lebih tua drpd sy…

Friday, February 26, 2010
Semase sy dibangku sekolah rendah dulu…ustaz sy de menyatakan bhw baginda Rasullulah tlh diangkat darjat nye menjadik rasul semase usia baginda menjangkau 40 tahun…pe yg terlintas dlm otak sy saat itu atas kapasiti pemikiran seorg kanak2 delah sosok manusia yg berumur 40 tahun…tua sekali baginda…

Ari nie 26 feb 2010 umur sy dh pun mencecah 40 tahun….saat ini sy sendiri menjiwai fizikal manusia yg berumur sedemikan…erm tua kah sy nie?...pe yg nyata sy beranggapan umur 40 tahun nie delah akhil baligh pusingan kedua utk sy…bukan akil baligh dari segi biology tp ianye lebih kpd sifat kedewasaan serta integriti seorang manusia bernama lelaki…integriti kpd diri sendiri serta agama islam itu sendiri…

Sering kali kedengaran statement org2 tua mengatakan bhw jika seseorang itu tidak berubah sikap negatifnye diusia 40 tahun maka ssh le die nk berubah…samada ianya satu mitos atau hasil tinjauan pengalaman idup sesuatu masyarakat sy x pasti…tp rasenye realiti tue mmg wujud…

Sy x pasti dekah sebelum nie de org yg membahaskan ttg umur baginda 40 thn dilantik menjadik rasul secara terperinci…mengapa umur sebegini menjadi permulaan baginda dilantik sebagai rasul?...adakah usia sebegini membawa maksud kesempurnaan umur sesorang lelaki memikul ssesuatu tanggungjawab yg diamanahkan?..hanya Allah shj yg mengetahuinye…

Sy merasakan hari ulangtahun sy yg ke 40 thn nie amatlah berharga sekali…ianye menjadik bertambah manis kerana ulang tahun nie disambut pd hari jumaat serta bertepatan ngan majlis memperingati kelahiran baginda Rasullulah …erm jika diperkirakan tahun kelahiran baginda mengikut calendar masihi..umur baginda sekarang dh pun mencecah 1439 tahun…1399 tahun lebih tua drpd sy…

Ttg majlis sambutan hari ulang tahun umur sy nie lak…tiada sebarang keraian diadakan…malahan sepotong kek pun tiada…saat2 sy diselubungi kesedihan serta bermurung dek krn kesihatan org tua sy…ari nie berlalu begitu shj…

Cuma pe yg sy akan lakukan delah membaca surah yasin dimasjid sebelum bermulanye solat jumaat…mudah2ah Allah mengurniakan hidayah serta nur islam ketakterhinggaan kpd roh n jasad sy…biorlah sy berubah kearah muslim sejati sebelum izrael menjemput sy kealam bazarkh…erm sy dilahirkan atas nama islam n sy pun mahu mati dlm keadaaan manusia yg beragama islam yg diredhai leh maha pencipta sy…pe2 pun sy x lupe mendoakan agar Allah memulihkan penyakit org tua sy…hu3

Baca seterusnya...

Bimbang penguasaan wanita

Tuesday, February 23, 2010
Isu penjawat awam yg lebih didominasikan leh kaum hawa sebenarnye bukan le satu yg mengejutkan kpd sy…sy lebih terkejut sekiranye badan kerajaan n NGO wat2 terkejut ttg data nie…bagik diri sy sebagai tenaga pendidik kat sekolah…rahsia sebegini dh lame dh tau…cite olahannye simple jea…bak teori domino…

Erm..statistic kecemerlangan pelajar2 kat sekolah serta mahsisiwa diuniversiti leh dikatakan 70% dimonolopoli leh kaum pompuan jika dilihat dr segi keputusan keseluruhan akademik …istilah2 lelaki dh hampir pupus di universiti bukan le cite baru..dh lapuk dh…jadik x pelik le jika sekarang nie pejawat2 awam dimonopoly kaum pompuan…erm baru tahu ke?

Malahan dlm era sekarang nie gak…org lelaki jadik sura rumah tangga bukan asing lagi…tok laki dok umah sementara sang isteri sibuk carik rezeki…erm tuah badan le jika lelaki tu kahwin empat…isteri pertama doktor...isteri kedua lawyer...isteri ketiga cikgu...isteri keempat mejar jeneral...asyik banget!!!


Lagi satu nk bagiktau le…jawatan2 executif kaki tangan kerajaan pun tlh dimonopoly leh kaum pompuan…erm dh biase sgt dh…

Perkara yg ramai org awam x tau de lah...top 4 sekolah sbp yg cemerlang PMR 2009 delah dikalangan sekolah asrama penuh pompuan2 belaka…

1. TKC
2. sekolah seri puteri
4. STF

Erm kite tunggu product2 nie 15 tahun akan datang…(bakal2 bos pejawat awam 2020)

Pd padangan sy Cuepacs x perlu rase bimbang le ttg penguasaan pompuan dlm sector awam….ttg peragihan kuata ngikut gender x perlu le…kaum pompuan dh rajin n cemerlang blajo serta layak apply keje kerajaan…bagik je le…ttg kaum lelaki dh mmg ramai x layak...x kan nk ambik berkerje lak…mane aci…

erm kalu nk buat gak cam zalim jea..try bayangkan kalu de org tua yg anaknye seramai 8 orang…n kelapan2 anaknye sume pompuan…x kan x leh keje kerajaan lak atas kuata 30% keje kerajaan utk pompuan je sedangkan sume anak2nye dpt Pointer 4.0 kat universiti…hu3

fakta minda
1. bdk2 lelaki ske sgt berebut2 seat belakang mase majlis ilmu n mase kat dlm kelas...murah ati sgt bagik seat dpn kat pompuan...tu psl le mase dh keje nnti kaum yg dok2 kat dpn n jadik ketua pun kaum pompuan...kire nie terbawa2 le sikap amal jariah kat sekolah ke alam pekerjaan...well done!!!

2. 14 org guru bru masuk thn nie kat smssi...4 lelaki n 10 pompuan...1 nisbah 3.5...(kalu round off satu suami 4 isteri...ha3)


*** pe yg jadik tanda tanye kat sy...pesal isu nie bru dibangkitkan?...de kah nk dpt respone drpd sister in islam?...agar pandangannye nanti dpt le memutihkan sedikit sebanyak imej badan NGO nie setelah suara2 ngarut n merepek meraban yg dicetuskan baru2 nie ttg hukuman sebat terhadap 3 wanita...erm ntah le...

Link isu diatas : Bimbang penguasaan wanita-utusan malaysia
Baca seterusnya...

camtu rupanye khasiat ziarah…

Thursday, February 18, 2010














[
kanser leher abah sy]---------------------------[ Mak menemani abah kat spital]

Menjaga abah sy yg terlantar sakit merupakan pengalaman bru bagik sy…pe yg paling utama sy kena kuatkan mental n emosi sy semaksima mungkin…skrg nie bru sy tahu karenah org tua sakit n uzur camne…pd sy ianye bukanlah satu bebanan bahkan satu bonus n rahmat Allah kpd sy krn diberi peluang menjaga mrk sepanjang sisa2 idup die…ianye bagaikan satu kenikmatan yg x terbanding wat diri sy...

Setakat nie sy dpt control presure n kesedihan sy didepan abah sy tue…jika die cakap psl ajal maut…sy x melayannye secara logik tp sy try mengalihkan topic tue berdasarkan kemampuan sy agar jiwanye x beralun2 ngan kesedihan…paling tidak pun sy switch topic tu ngan bertanya pd die ttg kehidupan die mase muda2…so far kalu die tersenyum tue…kire objektif xplicit sy tercapai le…

Pe yg sy dh wat skrg delah menghubungi sedara mare die yg dok jauh2…erm bru le sy tahu bahawa hikmah ziarah org sakit nie camne…rupanye lebih power drpd kapsul2 ubat yg sy berikan kat abah sy tue…w/pun dlm keadaan yg begitu lemah ttp ngan kehadiran sedara mara n kwn2nye menyebabkan ceriannye lain macam…aura ziarah tu sungguh hebat sekali…patut le dlm islam menziarahi org sakit tue amat digalakan…camtu rupanye khasiat ziarah…

Td sy bru mandi n lap2kan tubuh die…kasi wangi…at least dpt gak menyegarkan badan die skit…kalu leh esk sy nk bwk die ke spital utk masukan air…bior de vitamin dlm tubuh die..setakat nie nampak lesu gile jea sbb dh beberapa ari x makan n buang air…tue pun sy terpaksa mnggunakan soft skill yg tinggi utk memujuk die ke spital…

Erm sy fhm sgt kenapa abah sy x nk ke spital… lagi pun kesan operate abah dulu tlh mendatangkan kemudharatan terhadap refleksi tubuh badan die…pe yg sy perlukan esk delah agar doctor dpt masukan air kat dlm tubuh bdn die…itu jea…mudah2an abah sy akan sembuh dr kelesuan yg ekstrim…n dpt memakan semula ubat2 penahan kanser die…semoga Allah memanjangkan umur abah sy…Amin.

Baca seterusnya...

Situasi sy skrg nie agak sukar skali...

Wednesday, February 10, 2010
Situasi sy skrg nie agak sukar skali…ianye lebih sukar lagi bile nk terjermahkan ngan kata2…kebuntuan yg bernoktah…disaat ini ayahanda sy mengalami sakit kanser yg agak kritikal manakala bonda sy lak mengalami diabeteis yg agak serius…jika ikut iradat ati sy…mmg sgt2 nk mrk sembuh tp kudrat sy terbatas sama skali…pasrah…

Skop family sy bukan le ramai sgt pun…bilangan adik beradik de tiga org jea…pd tahun 2001 adik lelaki sy tlh kembali ke rahmatullah dimana sy langsung x dpt menghadap saat2 arwah menghembuskan nafasnye yg terakhir…sekadar sempat ziarah kuburnye shj…nie disebabkan sy keje diluar daerah pd mase tue…erm skrg nie hanya sy n kakak sy shj yg tinggal…keadaan lebih sukar disebabkan akak sy berkerja diluar daerah tmpt sy serta ayahanda n bonda sy tinggal...hanya sy bertiga saje dirumah wat mase nie...automatik sy dh jadi suri rumah sepenuh masa...keadaan lebih kalut bile sy sendiri x reti memasak n mengemas rumah...erm pe2 pn fokus utama sy delah nyawa ayahanda n bonda sy...paling penting sy pastikan ayanhada sy solat wkt baring...kalu x leh lafaz lisan pun...baca dlm ati pun x pe...Allah maha mendengar...

Disaat2 sebegini sy agak pobia bila mendpt sebarang call @ sms sewaktu berkerja…lihat shj icon msg..ati sy dh berdebar2…bile de org dtg nk jumpa sy diskewl pun ati sy dh x keruan…dh x tenang dh...erm hanya jasad sy je berkerja…ati n perasaan hanya ingat kat ayahanda n bonda je kat umah…malahan nk tgk tv n baca news paper pun dh x berselera sama skali…makan n tido sy pun dh x teratur dh…namun begitu setakat nie kewajipan tugas2 sy sebagai guru x sy abaikan…alhamdulilah…

Erm…memandangkan emosi n jiwa sy masih belom bersedia menerima saat2 hujung nyawa mrk yg terakhir… sy berharap pelah kiranye Allah dgn sifat rahmatnya dpt memanjangkan serta meringankan sakit mrk itu….w/pun sy tahu dr segi klinikalnye keadaan mrk itu umpama bom jangka…tunggu masa jea…sebagai seorg anak…sy cuba le sedaya upaya utk mengubati mrk... at least dpt gak menyedapkan ati sy wat seketika w/pun harapannye terlalu nipis…sekadar ikhtiar pe yg terdaya…

Pe2 pn terima kasih byk2 kpd family terdekat serta rakan taulan yg tlh meberikan sokongan emosi kpd sy wat mase ini…Semoga Allah memberikan rahmat keatas kalian…hu3


Baca seterusnya...

suratan atau kebetulan

Sunday, January 31, 2010
sy de dpt beberape sms drpd beberape org...ayat n susun atur maksud sms tue same jea...citernye berkisar psl ari jemaat...jika nk dikatogrikan sms nie...leh le dikatakan sms layang tp ianye more wat kite berpikir secara sehat walafiat...maybe dh ramai org tahu content sms nie namun begitu sy nk tambah tiga jea lagi kat catatan sms tue...erm cam open source linux lak...leh tokok tambah sane sini...

tajuk : hari jumaat


01) 13 nov 2009 (jumaat)- birthday adik angkat sy (ditambah).
02) 27 nov 2009 (jumaat)- hari raya aidil adha.
03) 18 dis 2009 (jumaat)- tahun baru hijiriah
04) 25 dis 2009 (jumaat)- hari christmas.
05) 1 januari 2010 (jumaat)- tahun baru masehi 2010
06) 1 januari 2010 (jumaat)- gerhana bulan.
07) 15 januari 2010 (jumaat)- gerhana matahari.
08) 22 januari 2010 (jumaat)- sultan sy mangkat(ditambah).
09) 26 februari 2010 (jumaat)- maulidur rasul.
10) 26 februari 2010 (jumaat) - birthday sy yg ke 40(ditambah).
11) 02 april 2010 (jumaat) - matinye jesus kristus (kepercayaan org kristian)
12) 28 jun 2010 (jumaat)- hari wesak.
13) 10 sept 2010 (jumaat)- hari raya aidil fitri
14) 05 nov 2010 (jumaat)- hari deepavali.
.......hari kiamat---hari jumaat gak....hu3





*setiap ari jumaat gak kami guru2 kena antor rekod pengajaran kat pejabat skewl...ha3


Baca seterusnya...

al-fatihah buat almarhum Sultan Iskandar

Saturday, January 23, 2010

Kami seluruh warga Sekolah Menengah Sains Sultan Iskandar merafak takziah buat Sultanah Hajjah Zanariah Sultanah Johor serta para kerabat Diraja Johor diatas kemangkatan Sultan Iskandar...

Kemangkatan baginda amatlah dirasai pe tah lagi SMSSI merupakan satu2nye sekolah menengah yg bersandarkan kepada nama almarhum sepjg pemerintahan baginda bersemayam diatas takhta...Pada pandangan sy almarhum baginda merupakan seorg yg amat praktikal n realistik dlm urusan pemerintahan negeri...cinta almarhum baginda terhadap rakyat johor amat mendalam sekali...sanggup meninggalkan protokol seketika mencemar duli semata2 kasih sayangnye kpd rakyat jelata...Insyallah kami akan terus memartabatkan nama baginda diatas pentas pendidikan tanah air...semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh almarhum baginda...Al-fatihah buat almarhum Sultan Iskandar...



Baca seterusnya...

PMR 2009...pe yg tersirat tu le yg tersurat...

Friday, December 25, 2009
Keputusan PMR dah pun diketahui…pe yg tersirat tu le yg tersurat…rezeki tidak berpihak pd kite nampaknye…ramalan serta signal yg sy berikan beberape bulan dulu jadik reality gak akhirnye…nasik dh menjadik bubur…

jika seseorang petani mengaplikasikan metodologi agriculture yg sama sebelum nie dpt menghasilkan komoditi yg berkualiti tinggi serta kuantiti yg byk…tetiba tuaian kali nie tidak beberapa menjadik serta rosak binase…persoalannye de kah ianye berpunca drpd baja yg tidak mencukupi?...air yg berkurangan?...racun yg tidak serasi ngan serangga perosak? ...cuaca buruk yg melanda?...atau benihnye yg tak seberapa hybrid?...persoalan nie ttp de jawapannye w/pun ianye tidak leh diukur secara relatif…

bagaimana perasaan sy bile mengetahui keputusan PMR kali nie?...terkilan?...sedey?...terkedu?...malu?....yup!!!...pakej keempat2 elemen nie mmg de pd diri sy saat nie…bukan dinamakan manusia jika sy tidak berperasaan sebegitu…dlm kemelut sebegini sy bukanlah manusia yg x tahu bersyukur @ x leh terima taqdir Ilahi tetapi sebab musabab tue le yg menjadik titik tolak kekesalan dijiwa…

utk membina reputasi serta maruah smssi bukan le keje perseorangan…sume warganye wajar dipertanggungjawabkan…jika nasehat…amanah…perjuangan serta komitmen guru2 diperlekehkan…maka sume warga akan menerima musibahnye…parut serta calarnye akan menjadik sebahagian epilog sejarah smssi yg x leh dilupakan sampai bile2…

kepada pelajar2 yg tlh berjaya mendapat strght A…tahniah serta terima kaseh byk2 diucapkan…kpd yg kurang berjaya…jadikan ianye pengajaran hayat kalian utk perjuangan akan dtg…

erm…tingkatan empat nnti bukan le tahun yg wajar dipersia2kan…malahan ianye de lah fasa permulaan utk kalian lebih tabah menggapai cita2 kerjaya yg penuh kerberkatan suatu hari kelak…keberkatan ilmu2 de pd guru2 kalian…cariklah semampu yg mungkin…pasti kalian akan jumpa nanti…hu3

ringkasan result PMR 2009 (calon 81 org)
1. 26 org pelajar mendapat strght A (merosot 16 org banding PMR 2008)
2. 8A 1B -> 23 orang
2. Tiada subjek yg mendpt 100% A. (BM,KH, Mate n Pend.Islam dpt 100% A PMR 2008)
3. Tempat ke-9 di negeri johor (tmpt ke 3 pd PMR 2008)
Baca seterusnya...

cerita nyamuk- versi 1

Sunday, October 18, 2009


Mase umur sy 8 tahun sy dpt sekor anak kucing yg berusia sebulan hasil pemberian mak cik jiran sebelah umah…warna die kelabu berbelang2…nk kata cute…mmg cute sgt2…sekali imbas tgk cam rimau seberia…tp kalu berkali2 tgk…rupa fizikalnye tetap cam kucing gak..

pe yg sy ingat…sy beri nama anak kucing nie ngan panggilan nyamuk…x tau lak sy nape tika n waktu tue sy beri nama die ngan gelaran nyamuk…ironiknye bile sy panggil nyamuk…nyamuk…die dtg le kat sy…tp bukan ngan gaya terbang…tp berlari2 sambil terlompat2 le..nama pun kucing…

kenakalan nyamuk nie x leh dipertikaikan…kalu sy marah2 n wat public caning pun…sikapnye tetap x leh berubah gak…nakal2 budak katakan…setakat guris cakar2 tangan sy tue biase lor…namun begitu x de le sampai hati sy terguris sama…erm…nk kata nyamuk nie bijak sgt pun…x de le sampai tahap genius…lagi pun die mane ada akal…setakat ada otak n naluri jea…

Usia nyamuk dlm penjagaan sy x panjang mane…kalu x salah sy lor…pas 3 minggu dok kat umah sy…nyamuk tue pun ghaib…bangkainye pun sy x nampak…x tau le kena kidnap ngan org bunian ke… UFO ke…Cuma sixth sense sy pd mase tue kuat mengatakan bhw nyamuk tue dah kena “buang daerah” senyap2 leh mak sy…lagi pn mak sy boring asyik kena basuh najis nyamuk jea…bersepah2 kat dlm umah...lokasi toiletnye lak agak strategik...bwh katil...celah almari...bwh kerusi...sekejap ketul2...sekejap lak cam lembu pas frust cinta...bertepek2...

w/pn mase tu sy kecik lagi…nenek sy de lor bagik petua agar kucing x buang najis die merata2…sy dh try byk kali dh petua nie…tp langsung x menjadik…agaknye mase tue sy lom sunat lagi kot…entah le…

Petuanye cam nie
Step 1: bawak anak kucing tue ke tanah.

Step 2: ukur ekor anak kucing tu dr pangkal sampai ke hujung ngan sebatang lidi…patahkan lidi tue ikut ukuran ekor kucing tue.

Step 3: pacak lidi tu kat tanah.

Step 4: pegang anak kucing tue..ajor de tawaf lidi tu byk kali (sy dh lupe dh bilangan die- rasenye bilangan tue nombor ganjil).

step 5 : pas abis kucing tue tawaf...kite kena cakap ngan kucing tue...nie tmpt toilet ko...free of charge...(rasenye kucing nie x fhm pe yg sy cakap)

Erm…bile dh dpt tau nyamuk tu dh x de…nk kata sedih sgt pun…x de lor sy meraung2 berguling atas tanah…sy pun x mintak mak sy ganti laen…kalu dpt ganti pun…mane leh sama ngan nyamuk yg ilang tue…ternyata terlalu palsu utk sy terima bhw ianye delah nyamuk yg sy sayangi…naluri budak lelaki…hu3

Baca seterusnya...

doa restu dari seluruh warga SMSSI...

Wednesday, October 7, 2009


Hari nie seramai 81 org calon skwel kite yg terdiri drpd 28 pelajar 3 alpha…28 pelajar beta serta 25 pelajar delta akan menduduki peperiksaan PMR…setelah menghempas pulas dlm 3 bulan kebelakangan nie…nampaknye mrk lebih bersedia utk berjuang sehingga ketitisan dakwat yg terakhir…

w/pun sebelum nie sy memahami behavior study mrk secara umum dan sy tidak besetuju habit sedemikian diaplikasi sebegitu rupa tp ngan adanye iltizam utk berubah kearah lebih positif…insyallah tidak mustahil mrk akan dpt mengekalkan kegemilangan smssi nanti…

siapa pun mrk…ape pun matlamat serta aspirasi mrk…sy harap sgt2 sume warga smssi serta ex-student smssi dpt sekiranye menyumbangkan sedikit lafaz doa restu agar mrk sume dpt menggapai impian yg menggunung…iaitu 9 strght A's…

doakan le mrk agar tenang semasa menjawap soalan2 yg dikemukakan…restuilah perjalanan mrk sebagai penuntut yg baru mengenal erti perjuangan idup serta hakikat sebenar entiti yg digelar “pelajar”…

bagik kami dicni…tlh sempurna penyaluran ilmu yg dibekalkan utk mrk…bagik pihak kaunselor pula…dah pelbagai program serta motivasi hebat2 dlaksanakan…malahan kami juga tidak melupakan isian kerohanian dgn meminta pertolongan seluas2nye drpd zat yg maha pemurah lagi maha penyayang…sesungguhnye kejayaan yg akan kami tempa nanti sebenarnye2 delah pertolongan serta rahmat drpdNya…

kpd calon2 PMR yg terdiri drpd 40 org putra dan 41 org puteri nie…kalian sume delah buah hati kami…Perjuangan kalian delah perjuangan peribadi kami yg penuh bermaruah…bermati-matian le atas nama SMSSI…buat pengetahuan kalian…SMSSI amat menyayangi pelajar2nya dan sifat ini terlalu subjektif utk dinilai secara kolektif…akhir kalam…Allah akan membantu kite sume…Percayalah…hu3


p/s : gambar2 boleh dilihat -> “foto sandaran artikel” …diside blog nie…

Baca seterusnya...

gempa di padang...

Thursday, October 1, 2009

[scene pendek wkt gempa pd sept 2007]


[kesan gempa pd 30 sept 2009]

Sy ade family angkat di jln linggar jati padang Sumatra barat…beberapa km sahaja dari tapak bekas bandara lame (airport) di tabing…semlm disana mengalami gempa bumi ngan ukuran 7.6 ritcher…sehingga kini sy x tau nasib mrk disane cam mane…dh try hubungi berkali2 melalui tel umah n hp tp sehingga skrg masih x dpt2…harap2 icad, ira, ari, miki, ardy, kak ita, mami serta nenek disane tidak mengalami situasi kedukaan yg serius…

Kotamadya padang bukan asing bagik diri sy…tiada bumi padang yg x pernah sy jejaki...taplau...jambatan siti nurbaya...rumah sakit m jamil...proyoga...bypass...unand...jati...ulak karang...steba...kantor PU...SMP...pondok...etc...memori kedewasaan sy byk tersimpan disini...malahan sy dh anggap padang itu delah kampung halaman sy sendiri...

lantaran itu sy mempunyai jalinan akrab dgn massa di ranah minang nie…dari dosen di universitas andalas…abg irwan pemilik pusat wisata…bapak dr Alun setiausaha kedoktoran kota padang…bapak adi bekas mejar komando…mahasiswa2 hukum di unand...anak2 gunung (teman sependakian) hingga lor bebeberapa org yg mempunyai kedudukan di PU….malahan almarhum ayah angkat sy merupakan pegawai tinggi pemerintahan disane…

sy mula bermain2 dipadang pd tahun 1997…sejak itu setiap tahun sy akan menghabiskan libur hujung tahun sy dicni sehinggalah tahun 2006…kebiasaannye sy dok kat padang selama sebulan...suasana agak tenang n damai...byk xtvt yg sy wat kat cni...kalu nk cite satu persatu byk le pulok...erm antaranye pd tahun 2001 sy pernah mendaki gunung berapi yg masih idup iaitu gunung talang di solok...malahan sy pernah mengikuti stimulasi pasca tsunami bersama2 warga padang pd tahun 2006…sempena setahun usia tsunami melanda aceh serta persisiran pantai sumatra barat yg menghadap lautan hindi...

sebenarnye sy dh plan dua bln lepas…jika ade rezeki lebih…sy akan berangkat ke padang lagi hujung tahun nie bersama2 apek n khalis…insyaallah…lagi pun hayat international passport sy valid hingga 2010...rugi jika x abiskan helaian tue...tp x tau lak berlaku tragedi camni...btol le org cakap...semalam de lah sejarah...esok lak masih misteri...

sebelum nie...ttg gempa tu dh biasa bagik diri sy semase sy berada dicni…tapi gempa kecil2 aja...tp bile sy lihat gambaran gempa kali nie di internet…kerosakan akibat gempa sgt teruk…malahan de runtuhan bangunan besar disekitar kota padang…dari hotel bumi minang hinggalah ke kantor PU yg berhampiran dgn DPR…kemusnahan yg parah...jiwa yg terkorban bukan sedikit...sedey...

Jika sy mempunyai cuti pjg skrg nie…dh tentu sy akan fly ke padang pd ari nie gak…tp pe kan daya…so sy perlu bertenang le…moga2 warga padang dpt survive dlm keadaan sebegini…buat keluarga serta teman2 di padang harap dpt bersabar n tabah diatas bencana yg menimpa…redha le atas ketentuan ilahi...sememangnye ada hikmah yg x dpt kite singkap disebalik kejadian musibah tue…hu3

p/s: sy dh dpt hubungi family di padang pd 2 okt...alhamdullilah mrk berada didlm keadaan selamat...cuma kondisinye agak trauma...
Baca seterusnya...

8 episode hari raye...

Saturday, September 26, 2009


Episode2 kisah raye pertama, 2,3,4,5 masih segar dlm ingatan sy…ye lor mende yg bru terjadik x semudah itu utk dilupakan…kecuali le sy bernazar wat2 lupe…

episode 1
suasana wkt ptg kat cni utk raya pertama hujan…ari kedua wkt ptg mendung…wkt ptg raye ketiga hujan balik…erm cam selang bunga lak… pe2 pn alhamdulilah…ramai gak sedara mara yg dtg berkunjung...tp x pelik le sbb umah sy nie umah pusaka...kat cni le sy dilahirkan...kat cni gak sy dikhatankan...mudah2an kat cni gak roh sy kembali kepangkuan ilahi...rahsia alam...

erm tgk anak2 buah yg dtg ziarah dah besor panjang dh…kalu dulu2 sane ke mari ngan botol susu…skrg nie berkepit ngan handpone lak…bdk2 dh remaja…erm signal awal utk memberitahu diri sy nie dh tua…jika ikut umur ghalib…lagi 23 tahun le sy idup kat dunia nie…x tau le sempat ke x sempat sy tebus balik kredit2 dosa lepas2…rase cam singkat jea talian hayat nie...

episode 2
bile dh jumpa rakan2 sebaya n class mate dulu2…byk gak kisah2 di recycle balik…Cuma pe yg agak menyedihkan de gak yg bru bercerai bln ogos lepas…erm suami isteri nie sebaya ngan sy…ye lor rakan satu sekolah…mrk dh 13 tahun melayari bahtera rumah tangga…tup2 karam gak akhirnye…angkara org ke tiga…Cuma pe yg terkilannye org yg ke tiga tue member sekelas sy gak…aduss…

ttg cerita ceriti punca tu x dpt lor sy detailkan kat cni…maruah aib sahabat2 kena jaga…ade dua perkara penting yg sy cakap kat kwn sy tue…pertama : tindakan die menceraikan wife die delah satu tindakan paling bijak…kedua : jgn sekali2 mencerca @ bercerita ttg keburukan bekas isteri die dpn anak2…sejahat2 pompuan tue pun…ibu mrk gak…immortal “syurga itu ditelapak kaki ibu” wajar dipertahankan…

episode 3
kwn sy sorng nie lak de le bercite perihal anak sulong lelaki die yg bru dok kat asrama…anak die nie bru umur 13 tahun…die risau sgt2 sbb anak die nie rase rendah diri ngan bdk2 pompuan…pe x nye…dlm adik beradik die…no 2,3.4,5 sume lelaki…yg ke 6 bru le pompuan…pastu mase sekolah rendah lak sekolah satu gender…hero2 belaka…

kata kwn sy lagi …jika de pe2 masalah anak lelaki die tue cite kat isteri die jea…erm kire standard le anak lelaki close ngan ibu…tu sbb die wat x cakna jea ngan anak bujang die nie…tp dlm hati die…die kata ayah mane yg x sayang kat anak…

respone sy simple jea…bagik jea ruang anak die serasi ngan environment skewl unisex dulu…bdk bru 13 tahun…byk perkara yg perlu die inde sebagai seorg lelaki…nanti pandai2 le die berguru ngan rakan2 sebaya die…kawan2 die leh wat stail perfect score lagi...kite guide jea agar jgn menyimpang dr hukum adat n agama…fitrah lelaki x pernah pupus…semakin meningkat usia…membara lagi de le…standard le spesis lelaki...

episode 4
sume kwn2 sy nie dh nk masuk umur 40 thn…ttg life begins 40 nie…kami sepakat lor mengatakan ianye benar…satu gelombang kedua utk kaum lelaki…w/pun sy still single…sy pun rase cam tu gak…ttg gi mane pola serta corak gelombang tue…riak2 kecil ke…tsunami ke... x dpt le sy cite kat cni…jiwa lelaki org lelaki je yg tahu…sensor2…cuma kekadang tue terasa cam azab gak dlm kubur kalu berlaku x adil...erm nk carik lelaki yg tul2 adil nie satu dlm sejuta...insan2 terpilih jea...

episode 5
semakin usia meningkat…sense raye dh makin x de dh…pet tah lagi…org2 tua dikampung sy dh ramai berhijrah kat alam bazarkh…ketawa ngilai serta celoteh mrk ikut sama le...empat ari sebelum raye sorang lagi keramahtullah...teringat mase kecik...kejor2 basikal roda tiga dia sbb mase tu arwah jual apam balik...sedey2…

episode 6
dari raye pertama hingga lor raye ke 5….tv umah sy dh ditawan leh anak2 buah…mrk guna kuasa autokratik....kalu x bagik mrk pakat nangis secara berjemaah...so cenel 613 serta dvd geng upin ipin berpuluh2 kali le bermaharaja di screen tv…

kalu x silap sy…cite congkak jea yg mrk bukak…tue pun sbb anak sedara sy yg umur 4 tahun fanatic ngan cite antu2…tp sy lak x minat cite genre cam nie…imaginasi sy kuat sgt…nanti x leh tido…sementara cousin sy yg baru berumur 3 tahun lebih...kemaruk ngan bunkface...terangguk2 je pale die bile dgr lagu situasi...erm nk ajak gi tgk konsert kecik sgt...nanti x psl2 kena pijak...lagi pun x syok le bwk cousin ngan botol susu die...pakai pampers lak tue...

episode 7
student2 n ex-student yg bagik sms ari raye…thanks byk2 le…Cuma kekadang tue bila baca msg cam copy n paste jea…sebijik cam wat asignment mase kat universiti dulu2...cuma tukar nama jea...erm...rasenye tahun nie ayat2 ucapan hari raya cam limited jea…pi mai pi mai tang tue gak…

satu lagi…thanks byk2 wat batch khalis yg sudi menziarahi sy…ainol, wafi. rahim, asri, botak, ajiem, izzat, umair, syafiq, munzir, khalis, syamim, fareez serta beberapa org lagi yg x muat sy tulih namanye kat cni…sori le kite beraya kat warung….pe2 pun kewl eh…Cuma sy rase mase cam singkat sgt…lagi pun x leh layan sume serentak…maaf zahir batin…

episode 8
skrg nie...lagi sebulan tunggu gaji…duit invest utk ari raye dh abis byk dh…alamatnye…pagi ptg siang mlm…makan biskut raye jea…hu3

Baca seterusnya...

salam eidul fitri...

Saturday, September 19, 2009



Baca seterusnya...

tentatif hari raye...

Friday, September 18, 2009


Malam raya
10.00 mlm - 4.30 pagi-> ngeteh (open table) ngan member lame2..skewl mate + member2 kampung yg balik dr perantauan...
agenda : cite lame2..isu politik..isu semasa…cite kerjaya masing2…

Hari raya pertama
6.00 pagi-> mandi sunat raye+solat subuh+tahmid+tido balik.
8.00 pagi->mandi+gi masjid solat raye.
10.00 pagi-> bermaaf-maafan ngan ayah bonda+ahli keluarga laen…makan ketupat seketul dua ngan rendang.
10.20 pagi-> ziarah ahlul bait kat kubur…yassin + tahlil @ al-fatihah…
1. arwah nenda (hajjah fatimah hj salleh)
2. satu2nye adinda lelaki sy (arwah dzia-ul hafiz)
3. arwah moyang sy (wook bt jusoh)
4. arwah mak long yg pertama [hajjah wan rogayah bt sulong..<- satu ibu berlainan bapa mak sy….erm sy ade 3 org mak long disebelah ibu…arwah mak long kedua (seibusebapa mak sy) disemadi kat perkuburan bakri muar…mak long ke tiga sy (sebapa berlainan ibu mak sy)…sy x pernah kenal pn].
5. sepupu sy (arwah shukor b. hj abd ghani)
6. arwah nenek sepupu (hajjah esah bt. Abdulmrahman)
7. arwah jiran2 sekampung (kalu sempat le)
1.00 ptg-> balik umah –makan tghari-tido

Raya kedua
mase fleksible –> raya kat umah pak cik + keluarga arwah mak long + umah pak itam+ umah mak ngah + umah pak andak + umah mak su + umah nenek2 sepupu…pastu balik rumah…tido...

(bapa2 n mak2 sedara disebelah ibu sy ramai kat muar + singapura + terengganu + kl...manakala disebelah ayah sy lak 100% dok terengganu...atok bandar (kg cina kuala terengganu) + atok kampung (manir)+ atok dungun + atok marang )<- sy x gi ziarah sbb jauh)...

Raye ketiga
hari raya utk sy dua ari jea…so ari nie sy nanda kertas peksa maths julang..kelas 5 ittihad lom tanda lagi…@ nyakat anak2 buah sy...(kalu member2 ajak ngeteh mlm2 sy kuar le…)

p/s: sy x berminat raye2 kat umah org laen…boring2…erm kalu tetamu @ sedare mare @ kwn2 @ jiran2 @ student2 dtg sy layan...kalu x sy tido...tergantung pd mata...hari raya bgk sy x de makna kecuali yg dituntut leh agama shj...sy x enjoy pun berhari raye...x besh langsung...hu3.
Baca seterusnya...

persiapan hari raya...

Tuesday, September 15, 2009


hari raya kini semakin menjelang tiba…surau2 semakin berkurangan ahli2nye manakala mall2 n supermarket semakin padat isinye…sy bersyukur sgt2 krn bermaustatin dibandar kecil…tiada mall2 yg berkerlipan ngan lampu neon berwarna-warni…tiada supermarket yg memasang jerat promosi kepalsuan…idup sy agak tenteram sedikit…

ape persiapan hari raya sy kali nie?...erm pe yg tercatat dlm diary sy sepanjang bulan ramadhan nie…sy x membeli walau sepasang baju raya pun…tiada baju melayu baru…tiada samping sulaman indah…tiada kasut yg berjenama serta songkok yg akan dijulang dikepala…rasenye keadaan sy nie akan berterusan utk 3 tahun akan datang…

kedekut pahit?...x de lah camtu skali…diri sy bukanlah berbaka haji bakhil…Cuma barangan yg sy ade masih elok lagi…jika sy beli pun wat bazir jea…bila dh masuk usia camni pelah sgt hari raya bagik diri sy…nk melaram pun utk siapa?...lagi pun sy mmg spesis x de stylo…

kueh raya n duit raya?...leh sbb kesihatan bonda sy kurang memuaskan…x salah sekiranye sy membeli kueh tunjuk2…malahan ketupat pun sy beli jenis pasang siap…tp x de le byk mane pun…ttg duit raye lak…utk anak2 buah sy…sy dah beri dulu sebelum hari raye…kiranye dpt le mrk berjoli sakan…hppy tgk anak2 buah ceria…nk kata beri banyak x de lah jugak…pe2 pun berdasarkan hearaki kekeluargaan le…jika sepupu2 sy… sy beri seorang RM 150..jika anak sedara lak setakat RM 400 seorang…tue jea yg sy mampu…

duit zakat fitrah?...sehingga artikel nie ditulih…sy masih belom bayor lagi…kebiasaannye sy bayor mase ari org sdg sekodeng mak bulan bersalin …erm x tau le berapa ringgit tahun nie kena bayor tp pd firasat sy le…rega sekotak rokok sy lebih mahal dari bayaran zakat…Cuma sy tertanya2…pesal jabatan agama x mark up bayaran zakat fitrah nie?...sian kat org2 fakir miskin…mrk pun nk bergumbira dihari raya gak…

Perabot sofa+langsir+cat rumah?...ttg perabot sofa tue masih yg dulu2 lagi…just perabot sofa kayu jea…janji leh duduk n x sakit badan bila bersantai kat ctu…lagi pun usia die baru 10 tahun…masih muda lagi…so x perlu ditukar2…ttg langsir lak…tue urusan bonda sy…sy just bagik duit jea…ttg pemilihan warna terserah le pd taste tua die…sy x kisah pun…ttg cat rumah lak…masih kekal camtu…sy x de mase nk cat mengecat…leceh…

Pelita+bunga api?...sy x berminat langsung umah sy dipagar ngan pelita2 raya…rase cam deepavali lak…pe2 pn memadai le sy pasang lampu kalimantang sebiji dua kat depan umah…ttg bunga api lak…sy hanya izin anak buah sy main mercun bawang jea…kalu mrk mintak main mercun roket ke…percikan bunga api ke…sy akan beri ceramah perdana kat mrk…bla…bla…spital…bla..bla..potong jari…bla…bla..masuk ICU…bla…bla…masuk kubur…pastu jadik antu raye…kekadang tue rase sayu gak tgk mrk terkebil2 nk maen…nk wat camne ek…keputusan sy dh muktamad…no way…hu3.

Baca seterusnya...

seorg lelaki di malam lailatul qadar...

Sunday, September 13, 2009


Family tok nenek sy berhijrah ke mersing dr muar pas perang dunia kedua…sbb pe mrk berhijrah sy pun x soal pjg…secara teorinye sy rase demi keamanan n sesuap nasi sbb mase tu muar dh jadik "district 9" negara matahari terbit…

w/pun dah berpuluh2 thn dok mersing tp kiblat minda nenek sy still menghala ke muar…klu x cite psl muar rase cam x besh jea idup die…pe2 pun sy layan jea…erm antara cite yg sy ingat pe yg disampaikan leh nenek sy kat cucu2 die ialah cite ttg seorg lelaki di malam lailatul qadar di sebuah masjid kat muar…pe motif nenek sy cite kat sy pd mase tue…sy pn x pasti…tp syok gak dgr cite die…

Synopsis cite die :
Pd waktu tgh mlm de seorg lelaki yg agak miskin tlh pegi kat masjid di muar …wkt tu 10 ari terakhir bulan ramadhan…bile die masuk jea kat masjid tue tetiba die nampak org berjubah putih sdg berdiri solat…sosok tubuh org tue x cam kelibat org tempatan…so ngan x semena2…die pun peluk org tue kuat2 sambil menyebut lailatul qadar berulang kali sambil mintak die jadik kaya…<--penutup cite : beberapa bulan pas tue lelaki tue jadik kaya raya….

Malam lailatul qadar versi islam
Mengikut Imam Malik, sejarah malam lailatul qadar bermula apabila Nabi Muhammad SAW sedar yang usia umat Baginda tidak sepanjang usia umat terdahulu, hanya antara 60 tahun hingga 70 tahun, malah Rasulullah SAW sendiri wafat ketika usianya 63 tahun.

“Menyedari hakikat itu, Rasulullah berdoa kepada Allah SWT memohon supaya umatnya dapat beribadat sama dengan nilai ibadat umat terdahulu lalu disebabkan kasihnya Allah SWT terhadap baginda, Allah SWT mengurniakan malam lailatul qadar,”

Lebih istimewa adalah ibadat seorang hamba Allah pada malam itu digandakan sehingga menyamai nilai ibadat yang dilakukan selama 1,000 bulan atau selama 83 tahun empat bulan seperti firman-Nya:

“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, (1) Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? (2) Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. (3) Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); (4) Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (5)” (Al-Qadr)

Bile sy dh dewasa bru le sy sedar bhw cite nenek sy tu delah bertujuan agar anak cucu die rajin ke masjid dibulan ramadhan…sbb mase peringkat usia kanak2…kami x dpt memikirkan sesuatu cite tue secara abstrak ttg "bonus 1000 bln"...so die sampaikan kat cucu2 die ngan versinye yg tersendiri…rupa2nye pengajaran yg die nak sampaikan kat saye delah malam lailatul qadar tue delah mlm yg penuh keberkatan n kebarangkalian doa dimakbulkan delah tinggi…hu3

p/s: sy teramat rindu kat almarhumah nenda sy...setiap detik sy teringat kat beliau...sy teramat yakin sehingga kini jasad beliau tidak dimamah bumi...almarhumah seorg genius...hafal al-quran 30 juz sejak berumur 8 thn lagi sehingga le beliau kembali ke ramahtullah pd 8 april 2002...al-fatihah wat nenda tersayang...intan jantung permata sy...
Baca seterusnya...

rahsia disebalik angka dalam kehidupan manusia...

Thursday, September 10, 2009


Hari nie 9 september 2009…jika sy interpret tarikh nie dlm symbol digit maka ianye dh jadik 0909’09...n shortcutnye 999…erm nombor 999 nie byk pengertiannye…malahan 999 gak diterima pakai utk piawai nilai logam mulia iaitu emas…x pelik sekiranye hari nie merupakan pilihan hari perdaftaran perkahwinan pasangan kaum Tiong Hua…fengsui yg de ong kata mrk…dlm islam sebarang angka tidak memiliki tuah n tidak juga perlambangan sebarang kesialan idup…kepercayaan nie delah sebahagian komponen rukun penilik nasib….warga neraka jahanam...

Sy mempunyai seorg adik angkat yg obses ngan angka 13…nie bukan bermaksud die fanatic ngan cite 13th Friday nightmare…die gak bukan le mastermind dalang tragedy 13 mei tp angka tue mempunyai nostalgia indah utk die kenang selama2nye…pe2 pun biorlah ianye menjadik rahsia utk die…sy lak lebih suka ngan angka 3418…byk yg tersirat dlm kronologi idup sy…namun begitu sy x skali2 menggunakan nombor nie utk menetapkan tarikh perkahwinan sy sbb merujuk pd 3 april 2018...umur sy ketika itu dh berusia dh…sy x mahu menunggu begitu lame utk idup berumahtangga…

Pd 17 ramadhan baru2 nie berlaku dua peristiwa agung dlm arkib sejarah dunia islam…pertama nuzul al-quran n keduanye Ghazwah Badar al Kubra….kawan sy de menggunakan angka 313 sempena bilangan tentera islam dlm peperangan badar utk digit terakhir no tel rumah die…die cakap ingat no tel die…teringat peristiwa tersebut…satu peristiwa yg memisahkan antara yg hak dan batil…


rahsia matematik dlm al-quran

Ngikut kajian Dr Tariq Al Suwaidan dlm bukunye “The Series of The Scientific Miracles In Quran”…didlm al-quran terdapat satu pola nombor yg patut kita kaji dan ketahui…Pola2 serta jujukan nombor nie bukanlah satu kebetulan bahkan ianye merupakan satu mukjizat Allah SWT kpd baginda Muhammad utusan Allah…

Antara kajian yg dibuat leh beliau de lah :

Dlm al-quran mengandungi perkataan lautan sebanyak 32 kali…sementara perkataan daratan pula disebut sebanyak 13 kali…ditambah kedua2nye maka menjadik 45 sebutan.

so peratusan lautan = 32 (lautan) bahagi 45 darab 100 maka jawapanye 71.1111%
peratusan daratan pula = 13 (daratan) bahagi 45 darab 100 maka jawapanye 28.8889%

jumlah keseluruhanye = 100%.

sehingga ke hari ini…pakar2 dlm bidang sains tlh membuktikan bahawa air tlh meliputi sebahagan 71.1111% daripada permukaan bumi sementara daratan pula meliputi 28.8888%
[subhanallah...segala pujian hanya utk Allah]

pd pandangan sy…semulia2 para saintis delah setiap hasil kajian mrk tue nanti akan berakhirnye ngan pencarian wahdatul wujud…pencipta sekalian alam…dan hakikat sebenarnye…segala ilmu manusia tlh termaktub dlm al-quran…kalamullah…

dicini sy cukup terharu serta bersyukur krn Allah tlh mencipta sy menjadik umat baginda Muhammad utusan Allah yg dibekalkan ngan al-quran yg tlh menjadik panduan idup kita sume di dunia n akhirat…pe yg pasti angka 17 dibulan ramadhan akan dikenang wat selama2nye sehingga akhir zaman…hu3

Baca seterusnya...

bangkitlah wahai anak2 didik PMR n SPM 2009 dari lena yg panjang...

Thursday, September 3, 2009


Dua ari berlalu dipersekitaran skwel kite memperlihatkan para guru berlumba2 utk key in markah trial pmr, spm serta peperiksaan penggal ke dua utk pelajar2 ting 1, 2 dan 4 dlm software ISIS…bagaimanakah keputusan keseluruhan akademik SMSSI kali ne…memberangsangkah @ semakin gersang dari misi serta visi yg dtetapkan?…disini sy x nk wat ulasan ttg pencapaian form 1, 2 n 4…bukan sbb ianye x penting ttp dlm konteks peperiksaan semasa…pe yg diutamakan delah PMR dan SPM…

Ahli2 falsafah mengatakan sesuatu rekod yg dicipta de lah utk dipecahkan…sesiapa shj yg terkemudiannya akan sedaya upaya utk mengatasi pencapaian hebat rekod sebelumnye…erm mampukah calon2 PMR n SPM 2009 melonjakan keputusan yg lebih baek drpd rekod PMR n SPM 2008?... jika tanye sy ketika nie maka sy perlu bersikap lurus bendul… …jawpan sy delah…jauh panggang dari api…

Ketika ini… disiplin, teknik, komitmen, budaya serta etika stdy mrk yg sepatutnye mencerminkan batch yg akan mengambil peperiksaan PMR n SPM 2009 terlalu kabur…sesungguhnye mrk perlu melakukan sesuatu yg luar biasa jika mahu memecahkan rekod PMR n SPM 2008…sehingga saat ini… pe yg sy nampak atititud stdy mrk biase2 aje…

Peperiksaan PMR akan berlangsung pd 13 okt…dh x lame dh…tolak cuti pas raya 10 ari maka yg tinggal x sampai 20 ari je utk calon2 PMR melangkah kedwn peperiksaan…sementara calon SPM pula hanya memiliki mase emas 30 ari shj lagi… sy x nafikan de segelintir calon sudah bersedia kearah itu ttp majority calon2 masih teraba2 lagi.. mase begitu pantas bergerak sedangkan penguasaan ilmu setiap subjek seolah2 tiada berpenghujung n tidak diketemui pangkalnye…sy harap sgt2 mrk bangkit dri lena yg panjang… tolong jgn memalukan ex-student SMSSI…

Dikeberkatan bulan ramadhan ne…sy harap mrk dpt bersolat sunat hajat…bertahajud serta berdoa kehadrat Ilahi agar pintu2 ati mrk terbuka luas utk memahami serta mudah menguasai ilmu yg tlh diajar leh warga pendidik dicni…sulamilah ianye dgn ikhtiar yg bersungguh2…lipat gandakanlah usaha2 itu…

Ske sy ingatkan…batch PMR n SPM 2008 tlh mencipta satu bench mark kegemilangan yg sgt sukar mrk tembusi…jika usaha2 mrk sekadar cukup2 makan maka keputusan awal yg sy leh perkatakan delah keputusan PMR n SPM 2009 kite merundum ngan teruk skali…

Wahai2 student2 PMR n SPM 2009…tanggungjawab serta amanah yg dijunjung kalian skrg nie sgt berat…gerakkan lah jiwa rakan2 anda yg culas2…suburkan ati2 mrk atas nama memperjuangkan maruah batch kalian…buktikanlah kpd kami bhw ikrar anda selama nie mempunyai roh n jiwa kegemilangan… sesungguhnye kegigihan serta keikhlasan kalian nanti akan dibayar ngan sesuatu nilai yg kalian x dpt gambarkan keistimewaannye…pe yg pasti kesinambungan warisan kegemilangan SMSSI di maya persada terpikul dibahu kalian…hu3.
Baca seterusnya...

ayat-ayat cinta di bulan ramadhan...

Friday, August 28, 2009


Dah satu per tiga mlm…barangkali dh ramai insan2 sdg dibuai ngan mimpi yg x diundang…de mimpi yg no ending story n x kurang pula mimpi yg mengerikan…barangkali juga de hamba2 Allah yg sdg bermunajat kehadrat Ilahi pd tika n saat sebegini...ttg sy lak bru shj abis menonton film ayat2 cinta…

Leh sbb jiwa sy bukanlah disalut tebal ngan adunan romantic maka sy tergolong dlm kategori tercicir menonton filem nie …x kisah le…janji akhirnye sy menghayati gak cite yg diadaptasikan drpd novel karya Habiburrahman El Shirazy yg setebal 418 halaman… dimana bilangan halaman nie sama ngan tiga digit terakhir no siri kubur moyang sy n no plat kete sy...

Sebenarnye sy pernah terpandang judul novel nie di toko buku Gramedia sewaktu sy berada di Indonesia sekitar disember 2005…tp sy x tertarik utk membelinye…lagi pun tujuan sy ke toko nie delah utk mencarik buku :

1. tenggelamnye kapal van der vick karya HAMKA …
2. novel AKU karya Syumandjaya dimana tersusun bait2 puisi karangan chairil anwar...
3. buku Catatan Seorang Demonstran - diari seorang aktivis mahasiswa yg bernama Soe Hok Gie dizaman pemerintahaan Soekarno…

sebelum sy menonton filem nie...sempat gak sy membaca novel ayat2 cinta 3 bulan lepas...tue pun pas 4 tahun berlalu bersenggang ngan peristiwa sy berada di toko buku Gramedia...sy baca novel nie pn melalui helaian2 pdf selepas sy download kat internet…pinor2 gak bijik mata nk abiskan page by page kat screen komputer…sy x print helaian2 nie sbb rase cam bazir kertas n ink jea…

Komen sy ttg novel n filem ayat2 cinta nie:

1. lagi besh baca novel drpd nonton film nie...
2. watak2 dlm filem x selari ngan watak2 dlm novel...
3. penceritaan dlm filem cam tangkap muat jea...
4. Wajah Rianti (aisyah) lebih ayu bile pakai jilbab muka...bile die bkk jea maka 20% seri tue dh ilang...pe2 pn still cun gak...
5. sy masih boleh terima lumrah adat org bercinta tp sy x leh terima ttg konsep islam liberal samada dlm novel @ filem nie krn ianye menyalahi tafsiran islam sebagai agama yg toleransi…
6. dlm islam disiplin fekah bertunjangkan akidah tauhid tp novel n filem nie tidak berintipati sebegitu…

erm sy rase le...dlm satu per tiga mlm nie...ramai lelaki yg ingin bermimpi jadik seperti Fahri n tidak ramai perempuan mahu igauan mimpi ngeri seperti Aisyah…wokey le perut sy dh lapar nie tp sy nk tido dulu 20 minit sebelum bangkit utk sahur…lagi pn esk sy planing nk gi tido kat umah adik angkat sy kat batu pahat...hrp2 x terlelap mase bwk kete...hu3
Baca seterusnya...

catatan perjalanan ramadhan almarhum Ammar

Monday, August 24, 2009
buat pertama kali artikel yg sy postkan dicni bukan hasil karya minda sy...coretan nie merupakan catatan perjalanan ramadhan almarhum Ammar utk renungan kita bersama...kredit utk blog "dalam jiwa hamba " ...http://www.kalam-puncak.blogspot.com/


Sedikit rasa kekesalan terpalit pada diri. Saya berkira-kira perjalanan Ramadhan saya kali ini, jauh bezanya. Kalau Ramadhan itu orang, serasa saya dia akan malu pada si Ramadhan tahun lepas. Oh, seharusnya saya malu pada diri saya sendiri.

Jika diimbau tahun lalu, saya melalui Ramadhan dalam kondisi yang betul-betul eager untuk memanfaatkannya semaksima mungkin. Mungkin kerana di Mesir, Ramadhan disambut dengan meriah dan penghayatannya begitu mendalam di kalangan masyarakat.

Bermula daripada tarawih, saya sendiri ghairah ke sana sini merasai nikmat solat di masjid famous sekitar Kaherah. Dari Masjid Amru di Misr Al-Qadimah ke Masjid Sayeda Zainab. Pernah bertandang ke Masjid Fatimah di Abbas Aqqad, Masjid El-Fath di Tahrir juga ke Masjid Salam di Hayyu El-Asyer. Kadang-kadang ke Majid Pasha di Manyal dan Masjid Azhar di Husein. Ditawaf masjid-masjid ini, menghayati bacaan para imam. Saya terlepas peluang untuk ke Masjid Rawwas di Abu Rish yang dikata orang enak dan sayu bacaan imamnya.

Sungguh mudah juga untuk melihat orang membaca Al-Quran. Di dalam tremco, metro di perhentian bas, apatah lagi di masjid-masjid, bahkan tidak keterlaluan dikatakan di mana-mana sahaja ada yang memegang Al-Quran. Wujud suasana berlumba-lumba untuk membacanya. Tambahan pula, orang-orang Arab, secara automatik menjadi baik. Seolah-olah disuluh cahaya Ramadhan yang basah dengan iman. Anda akan dapati mereka akan mudah mendoakan kita, memberi juadah berbuka puasa dan banyak juga hadiah akan diperolehi.

Di jalan-jalan akan direntangkan banner-banner meraikan Ramadhan. Merentangi blok-blok rumah dari kiri ke kanan, penuh di jalanan. Tambahan pula, jualang tanglung-tanglung Ramadhan yang seakan-akan mewarnai kota Mesir yang serba koko ini. Ada juga didirikan khemah-khemah untuk hidangan berbuka puasa dikenali sebagai Maidah Rahman yang akan penuh dengan marhaen tak kira bertaraf sederhana juga miskin serta masyarakat pelajar yang sememangnya bermalasan untuk masak.

Pendek kata, meriahnya Ramadhan di Mesir kerana Ramadhannya sendiri. Tetapi di Malaysia, meriahnya Ramadhan kerana persepsi masyarakat kita yang merayakan Eidul Fitri lebih dari Ramadhan.

Yang penuh, bazar Ramadhan dan shopping complex. Masjid penuh di awal Ramadhan sahaja, itupun setakat 8 raka'at.

Oh, rindunya Ramadhan di Mesir.

Rindu benar untuk Qiamullail di Masjid Amru. Bayangkan ramainya manusia hinggakan pada jam 3 pagi, akan bersesakan orang untuk menggunakan tandas seolah-olah pada waktu itu solat Jumaat! Walaupun puluhan tandas tersedia tapi ia tetap tidak mampu menampung hampir ribuan jemaah yang hadir terutama di penghujung Ramadhan.

Tanyalah mereka yang pernah berada di Mesir pada bulan Ramadhan. Apa istimewanya malam ke 27. Kalau mendirikan Terawih pada malam 27 anda terpaksa hadir selepas asar untuk mendapatkan tempat di dalam masjid. Jika tidak, anda terpaksa solat di bawah bumbungan langit malam. Kedatangan Syekh Jibril sebagai imam ditunggu-tunggu oleh masyarakat Mesir. Walaupun doa Qunutnya dibaca selama lebih sejam, tapi itulah yang melahirkan rasa keinsafan dan lahirnya kesungguhan untuk beramal. Semuanya berebut untuk mendapatkan ganjaran Ramadhan yang tidak ada pada bulan lain.

Kalau ikutkan hati, terasa enggan pulang ke Malaysia pada Ramadhan. Peluang meraikan Ramadhan di Mesir tidak datang selalu. Rugi rasanya tidak diraih peluang ini sebaiknya.

Tinggal 6 hari lagi berbaki. Masih ada waktu untuk mara lebih laju. Peluang meraih Lailatul Qadr masih ada.

"Sesungguhnya kami telah turunkannya (al Qur’an) pada malam al qadr. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam al qadr itu lebih baik daripada seribu bulan. Turun malaikat2 dan malaikat Jibril padanya(malam al qadr) dengan izin Tuhan mereka membawa segala urusan. Selamat sejahteralah ia(malam al qadr) sehinggalah terbit fajar (Subuh)."
Al-Qadr; 1-5

Baca seterusnya...

ya Allah ya tuhanku...bangkitkanlah seribu pemuda seperti Almarhum Ammar dibulan ramadhan ini...Amin...





bakal seorg doktor yg cemerlang ilmunye didunia tetapi tidak lupe idupnye diakhirat...wahai anak2 didikku amalkanlah wasiat dr almarhum Ammar nie...

semoga tempat mu di SYURGA wahai mujahid muda...
al=fatihah buat almarhum...

Baca seterusnya...

penutupan bulan kemerdekaan negara di SMSSI...

Friday, August 21, 2009


Pengakhiran persekolahan separuh penggal pertama pagi tadi dimeriahkan ngan pgrm penutupan bulan kemerdekaan negara …event nie didahulukan 10 hari sebelum usia kemerdekaan tanah air kita genap mencapai 52 tahun…tujuannye delah utk menyemai bibit2 patriotik dijiwa generasi muda kite ari nie…siapalah kita tanpa sesebuah negara yg berdaulat…w/pun ujan emas dinegara org ttp bernilai lagi ujan batu dinegara sendiri…

Patriotik delah suatu terminalogi dlm kecintaan sesebuah negara…ianye sukar diterjemahkan secara jitu dlm jiwa raga sekiranye kehidupan rakyatnye aman n makmur…tiada kesukaran perit idup meratapi kehidupan dr penjajahan bangsa asing….

Allhamdullilah generasi ari nie cukup selesa dgn pe yg mrk kecapi…politik yg stabil…ekonomi yg kukuh…pembangunan material yg berdaya saing serta hubungan sosial kaum yg harmoni…namun begitu kesenangan nie sedikit sebanyak menjadik asid kpd hakisan kecintaan terhdp negara…melayu mudah lupe kata mantan perdana menteri kita Tun Mahathir…

Pd bulan ogos 1997 sy tlh menyertai kontigen pengakap Malayia ke peringkat pan pasifik di bukit kluang Besut Trengganu…satu himpunan pengakap2 yg diwakili leh duta2 kecil ngan kepelbagaian identity negara masing2…segak n begaya skali…

Jika x silap sy sewkt pas asar…sy de gi ziarah khemah2 international …just utk meninjau2 serta berkongsi cerita n pengalaman ngan mrk….antara tapak khemah yg sy lawati delah site pramuka Indonesia…erm…penonjolan budaya bangsa mrk amat ketara ngan semangat patriotik nasional yg menebal…seteguh pancasila yg diwarisi sejak zaman soekarno lagi…teryata perjuangan buluh runcing tok nenek moyang mrk menentang Belanda mmg x sia2 hasilnye…

Berbalik ke negara kita lak…de kalanye sy cukup terkeliru ngan semangat patriotik yg de pd segelintir generasi muda kite ari nie……tahap menghormati lagu negaraku pun terlalu lemah…dlm berlagu sempat gak interprem wat lawak jenaka…maybe mrk lupe tanpa Malaysia siapalah mrk…jika elemen patriotik klon sebegini sebati ngan jiwa mrk… x mustahil tanah air kita akan tergadai ditangan mrk kelak…sia2 jea perjuangan leluhur kita memperjuangan kemerdekaan dr tangan penjajah british…

Sebagai anak watan Malaysia…sy ingin ucapkan selamat menyambut ulang tahun kemerdekaan negara yg ke 52 dgn harapan negara kita akan bebas dr penjajahan minda anasir2 yahudi…nasrani n majusi…Sayang Malaysia keranamu sahajalah tempat tumpah darahku mengalir…hu3

p/s: gambar2 leh tgk kat foto sandaran artikel nagaliar@kemerdekaan09 di side column blog nie..

Baca seterusnya...

Menyuci iman bekas ternoda…

Thursday, August 20, 2009



Baca seterusnya...

tetamu kecil dan membeli belah kat pc fair di hong kong...

Tuesday, August 18, 2009


pd 11- 12 ogs sy dikunjungi leh tetamu ex-student batch spm 2005 iaitu shiro, syahid harun serta azrol yg akan fly ke UK seminggu sebelum ari raya nie dan pd 15-17 ogs mohd afif azman dr batch khalis turut menziarahi sy…kalu ngikut adat melayu…tetamu perlu diutamakan sementara amalan islam lak tetamu wajar dimuliakan…sy try le kombinasikan antara adat n agama utk meraikan tetamu2 kecil nie… so sy rehat jap menulis artikel wat seketika utk beberapa ari…tumpuan sy 100% wat mrk sekadar yg terdaya n termampu…

artikel kali nie bukannye sy nk cite psl mrk…tp psl kunjungan sy ke pc fair 2009…Erm pd ari jemaat lepas iaitu 14 ogos sy de pegi pc fair kat persada jhr bersama2 mr ezo n abg bob…hajat dihati utk menemani mr ezo beli notebook bru…sementara sy lak x nk beli pe2 pn…nk cuci mata sambil pakai mask jea…tp at the end…kopak gak duit sy kat rm 700 lebih sbb tergoda ngan gadjet2 komputer…ssh le nk cakap…boya mane x terliur ngan bangkai…kalu dh dinamakan graduan IT…camtu le jadiknye ngan sy…

Sepanjang sejarah pc fair nie diwujudkan…kunjungan sy kat tmpt cam nie bru 5 kali…first time mase pc fair kat leisure pelangi mall pd tahun 1997..kali kedua pd thn 2000 di pwtc…kali ketiga di city square jb pd 2006...ke-empat pd thn 2007 di KL Convention Centre n yg last pd ari kelmarin…jika ngikut timeline ICT di pc fair dr thn 1997-skrg…evolusi teknologi2 comp yg dipamerkan sgt le lincah gerak majunye…dulu2 jika hardisk 2G dh dianggap paling besor storan die…skrg nie hardisk 300G cam ciput jea…Cuma yg statik n x berubah de lah kaum yg jadik taukeh kat pc fair…sepet2 belaka…

Di Pc fair persada jhr nie seolah2 dh jadik cam pusat beli belah kat hong kong lagaknye…dr taukey hingga le pekerja2nye hampir 99.9% berbangsa tionghua…sy tgk cara amoi2 terang function2 gadjet computer x de le pandai mane pn…kelam kabut manjang..hrp badan jea seksi2…tp leh sbb taukeh tu kaum kerabat die…tue yg die enjoy n galak semacam jea jadik jurujual…nk wat cmne ek…layan je le…

Sy harap sgt2 le…kalu boleh utk 10 thn akan dtg…sy nk tgk org2 melayu jadik taukeh2 kat pc fair nie sbb org2 melayu mmg power pun dlm ilmu2 IT …sy nk tgk pusat beli belah pc fair hong kong akan bertukar wajah jadik pusat beli belah pc fair tanah melayu…mudah2an wawasan mantan PM kite tun mahathir yg mengasas 7 flagship super corridor tue x le dimonopoli leh kaum sepet jea…bior le hidung2 berbentuk seulas bawang leh gak jadik kaya-raya dlm bidang IT dan ianye bermula dari pc fair…hu3

p/s: gambar2 leh tgk kat foto sandaran artiel nagaliar@pc fair disini
Baca seterusnya...

ustaz Asri...perginye x kan kembali lagi…

Thursday, August 13, 2009


Rasenye cam bru semlm arwah ustaz asri membuat pertunjukan konsert di stadium shah alam sempena konsert antara dunia ’09 anjuran Gamis…malahan gambar2 beliau dlm kamera sy masih ade lagi...sy beranggapan konsert yg sempat sy hadiri tu bersama2 afif n umair delah konsert mega beliau yg terakhir…

Dalam era awal 90 an hiburan tanah air kita dilanda ngan wabak lagu2 berirama Islamic yg tlh diberi nafas baru…malahan sambutan yg diterima delah amat luar biasa skali…satu wabak yg dialu2kan ttg kehadirannye…kumpulan2 nasyid seperti Raihan, Hijjaz, Brother n Rabbani bukan nama asing lagi dikalangan kanak2 kecil wkt itu…suka sy ingatkan bhw ramai generasi remaja skrg membesar ngan alunan2 muzik nie n ianye sebahagian drpd sejarah idup mrk…

Arwah ustaz Asri delah vokalis utama kumpulan Rabbani…kemerduan suara beliau usah dipertikaikan malahan semakin didengar semakin asyik jadiknye…anugerah nie digunakan sebaik mungkin leh beliau dlm memerangi dunia hiburan yg bercorak hedonism yg dh lame mencengkam masyarakat islam…genre nasyid merupakan platform pilihan beliau kearah itu…maka wujudlah kumpulan Rabbani…

Ari nie beliau tlh mengadap Ilahi…ari nie gak kita tlh kehilangan seorg perjuang dakwah dlm bidang hiburan tanah air…perginye x kan kembali lagi…mudah2an amal jariah serta suara beliau akan trus berkumandang utk mengajak manusia menjunjung agama yg sejahtera sehingga ke akhir zaman…al-fatihah…

p/s: gambar2 konsert KAD'09 leh dilihat di side column "foto sandaran artikel" kat blog nie...
Baca seterusnya...

hari qiamat hanya Allah sahaja yg mengetahuinye...

Saturday, August 8, 2009


Jika tiada aral melintang pd bulan November nie…de satu film science fiction yg bakal ditayangkan…2012 judul filmnye…temanye ttg kemusnahan dunia pebila sampai waktu ngikut kalendar Mayan…namun begitu kite kena anggap ianye hanye sekadar hiburan minda jea…ttg bila hari kiamat qubra hanya Allah sahaja yg mengetahuinya…ianye maha dasyat dan amat mengerunkan...


Firman Allah s.w.t...

"Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat: Bilakah masa datangnya? Katakanlah: Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Tuhanku, tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya melainkan Dia. (Huru-hara) hari kiamat itu amatlah berat (menggerunkan makhluk-makhluk yang ada) di langit dan di bumi; ia tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut. Mereka bertanya kepadamu seolah-olah engkau sedia mengetahuinya. Katakanlah: Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui."
(Al-A'raaf, Ayat 187)

gambaran didlm al-quran ttg detik2 kemusnahan dunia sudah nyata dan jelas…itulah antara tanda2 kekuasaan n kebesaran Ilahi…zat yg tiada permulaan dan kesudahan...

gambaran hari qiamat didlm al-quran

Wahai umat manusia, bertaqwalah kepada Tuhan kamu! Sesungguhnya gempa hari kiamat itu suatu perkara yang amat besar. Pada hari kamu melihat (peristiwa-peristiwa yang mengerikan) itu, tiap-tiap ibu penyusu akan melupakan anak yang disusukannya, dan tiap-tiap perempuan yang mengandung akan gugurkan anak yang dikandungnya; dan engkau akan melihat manusia mabuk, padahal mereka sebenarnya tidak mabuk, tetapi azab Allah amatlah berat, mengerikan..surah alhajj ayt 1-2

"(Hari itu ialah: Hari kiamat), hari manusia menjadi seperti kelkatu yang terbang berkeliaran,
"Dan gunung-ganang menjadi seperti bulu yang dibusar berterbangan."
(Al-Qaari'ah, Ayat 4-5)

Dlm zaman skg terdpt byk tanda2 kiamat kecil dh muncul…maybe kite x peduli ngan tanda2 tersebut disebabkan puak2 skular mengatakan ianye hanye sekadar fenomena alam sahaja serta evolusi kehidupan manusia…tp sebagai umat islam…sebaik2 peristiwa yg berlaku perlulah merujuk kpd al-quran n hadith…kerana ianye delah panduan idup dan mati kita…qiamat kubra kita x pasti bila kan belaku tp qiamat kecil (maut) menunggu kita bile2 mase jea…walaualam...


Baca seterusnya...

Konsert Antara Dunia '09 - hiburan berorientasikan Islam...

Tuesday, August 4, 2009


Mlm minggu 1 ogos lepas sy sempat meluangkan masa emas bersama2 my ex-student- Umair n Afif serta kwn2 beliau iaitu Muhammad n Syahir menonton konsert Antara Dunia '09 anjuran GAMIS (Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia )...Penaja utamanye ialah Permata Hijrah bersama2 Rabbani Production (M) Sdn Bhd yg berlangsung di stadium tertutup Malawati Shah Alam..konsert nie bertemakan “Menyemarak Kebangkitan, Meneraju Ummah”…

Sy cukup2 teruja ngan ucapan alu-aluan president GAMIS iaitu sdr Mohd Dzul Khairi Mohd Noor sebelum tirai pembukaan kosert ni dirasmikan leh TGNA…ternyata karisma beliau memimpin persatuan yg berslogankan “Memimpin Kebangkitan Gerakan Mahasiswa” mmg terserlah n tepat pd wktunye…isi aluan2 beliau yg mengaitkan peranan pemuda-pemudi ttg kebangkitan islam amat menyentuh hati sy...bermula dr kisah impian saidina omar al-khatab sehinggalah buah pemikiran soekarno ttg impak kekuasaan tenaga generasi muda yg boleh mengoncang dunia...syabas wahai sdr Mohd Dzul Khairi Mohd Noor…
Suara takbir memecah suasana stadium tatkala Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat naik ke stage utk majlis perasmian konsert…muqadimah perasmian beliau amat unik serta klasik yg disampaikan dlm btk seloka pantun…bait2 pantun beliau berdimensikan aura islam sgt tinggi nilai maksudnye…ternyatalah kejujuran serta kemuliaan beliau dlm memperteguhkan syiar islam tidak pernah pudar…sesungguhnye beliau tlh mewakafkan keseluruhan hidupnye utk Islam…

Sebelum sy mengulas ttg perjalanan konsert nie ngan pjg lebar…terlebih dahulu sy ingin mengucapkan tahniah 5 star wat sume ajk2 GAMIS yg terlibat…secara teknikalnye sesuatu konsert yg bertaraf dunia camni agak mustahil direalisasikan sekiranye ilmu tidak seberapa n pengalaman langsung tiada dlm bidang industri muzik…namun begitu tiada yg mustahil ditangan GAMIS….malahan konsert antara dunia nie sgt hebat kualitinye…tahniah GAMIS krn dpt menganjurnye…kalian tlh membuktikan bahawa mahasiswa2 delah pemacu gerakan ummah…sy bangga skali…


Sebelum acara perasmian dimulakan…audion tlh disajikan ngan persembahan dr anak2 kecil bermula ngan dikir barat yg bersendikan islam serta dendangan nasyid dr kumpulan Nibras yg diterbangkan khas dr Makatulumukaramah…w/pun sy x fhm bhs Arab tp melody lagu serta suara artisnye terlalu gemersik…kemerduannye langsung tidak memberi peluang utk telinga sy menepisnye…

Perasmian tidak lengkap sekiranye tidak disokong leh gimik sesuatu pgrm…Gimik nie dizahirkan melalui montaj multimedia perasmian yg dilancarkan leh TGNA …info2 ttg matlamat serta halatuju GAMIS dipancarkan utk deria rasa audion…Mesej yg disampaikan amat berkesan dihati… mabruk!!!

konsert bermula pebila keempat2 gergasi Nasyid (Shoutul Harokah,Raihan,Rabbani n Hijjaz) bergabung utk mendendangkan lagu2 yg penuh puitis…Memuji2 kebesaran Ilahi…pastu…break antara nyanyian kumpulan2 nasyid diselitkan ngan persembahan pentomin yg menggegarkan jiwa…aksi2 pelakon bersahaja n leh meruntuhkan keegoan manusia yg terlalu cintakan dunia semata2…keinsafan tertusuk dihati para audion...

Kumpulan nasyid dr Indonesia Shoutul Harokah amat bertenaga ngan uniform saka merah putihnye…sy x tahu camne mrk menjaga penafasan serta stamina mase menyanyi sbb usia2 dikalangan mrk dh level atok2 dh…semangat juang mrk membuatkan para hadirin berdiri utk nyanyi sama2…malahan tepukan gemuruh utk mrk bergema setiap kali selesai persembahan diikuti ngan laungan Allahuakhbar leh para audion berulang2 kali…

Tiga kumpulan killer nasyid Malaysia iaitu Raihan, Rabbani n Hijjaz tidak pernah mengecewakan sesiapa…seolah2 konsert kali nie come back utk industri nasyid tanah air…nyanyian serta video clip yg dipaparkan di LCD screen menyebabkan cinta kpd islam semakin hangat jadiknye…

erm...tidak lupe gak tahniah kat crew2 yg handle sound system n talaan cahaya… sepanjang konsert nie berlangsung tiada kecacatan pd audio n visual dirakamkan...malahan kreativiti sinaran lampu selari ngan irama yg didendangkan serta ngikut rentak setiap plot persembahan sungguh mengasyikan…

Acara penutup konsert dipersembahkan secara medley leh sume artis2 ngan lagu nasyid yg bertemakan zikir kifarah...ianye dialunkan ngikut melodi ulik mayang n wau bulan ngan gubahan lirik2 memuji kebesaran Ilahi… malahan dlm lirik nie gak memberi peringatan kpd manusia ttg perlunye kebangkitan islam diperjuangkan…Peringatan sy wat GAMIS : tolong wat lagi konsert camnie eh.!!!!

p/s : gambar2 konsert leh dilihat di ruangan sebelah kiri edisi “foto sandaran artikel” diblog nie.

Baca seterusnya...