Multimedia utk Batch SPM 2009...cenderahati kpd kalian atas sifat kasih yg tidak ternilai...

Wednesday, August 28, 2013


Sebenarnya Multimedia nie adalah antr karya yg menjadi kontroversi sewaktu ianya ditayangkan buat pertama kalinya dihujung2 tahun 2009 sempena makan beradab di DM krn ade terselit scene parkour...de pihak2 tertentu minta multimedia nie di edit semula n remove scene tersebut n barulah boleh diberi kpd pelajar...

erm secara peribadi sy minta team sy abaikan shj arahan tersebut (sy tak remove scene parkour n tak beri pown hasil multimedia nie kpd batch SPM 2009) walaupun  beberapa tekanan hebat tlh kami terima dlm btk psychology beberapa bulan selepas itu..pe2 pown .team kami pendam shj dlm diam...sbb sy tau pe disebalik karya seni  sy and team sy buat...

Kekadang ue..bile sorang2 diri dok kat umah...de gak pasang multimedia nie...rase sayu jea menyelubungi diri mengenangkan anak2 didik yg dh pergi meninggalkan kita...nk wat camne..suratan taqdir dh sebegitu...mrk pown de tanggunjawab n haluan hidup masing2...Pasrah.


(Gambar sy dan sebahagian ex-student SPM2009 pd 19 mei 2011- setelah hampir dua tahun mrk meninggalkan SMSSI)


Bebalik kpd cerita multimendia nie...

erm...setelah 4 tahun berlalu..baru le sy publish multimedia nie kepada umum...insyaAllah ianya akan ditayangkan kembali semasa sambutan 10 tahun SMSSI selain drpd hasil2 multimedia sy yg laen sejak tahun 2005.

Secara teknikalnya..sesiapa shj boleh wat prjk multimedia ...tak perlu mempunyai ilmu tahap PHD pown..Paling penting minat n komitmen n buat dengan keikhlasan hati yg disadurkan ngan sifat kasih...insyaAllah hasilnya akan dikenang sampai bila2...

Maybe setengah org akan mengambil masa sehari shj utk membuat prjk nie...tp bagik pihak sy n team2 dibawah pemantauan sy...sy amat mementingkan qualiti...bukan setakat tangkap muat jea...sudah tentu masa yg amat panjang dipertaruhkan utk team sy siapkan...

cerewet?...Jika ianye dh dinamakan hasil seni...cerewet ue merupakan benteng yg sangat diperlukan utk membina keteguhan sesuatu hasil karya...erm..ironiknya kreatif n komitmen sgt2 dititik beratkan...

Disebalik kenangan yg terindah yg dipaparkan utk sesuatu multimedia...setiap element gambar yg dimuatkan perlu seiring ngan lirik n melodi yg dimuatkan...dlm soal ini...pemilihan gambar...mmg amat memeningkan n memenatkankan kepala otak...Sense of art mmg menjadi kunci utama utk menyiapkan fasa ini...Hanya org2 yg terlibat dlm bidang nie shj yg tau keperitannya...tp berbaloi le..sbb kepuasan diri utk sesuatu hasil karya seni lebih diutamakn drpd urusan2 laen...

Jika kita mengikut skrip atas arahan org laen yg buta ttg seni maka pincang le hasil karya kita itu.."Karya seni kita.hanya kita shj yg tau rahsianya" dan sbb itu le sy melarang team sy jangan remove scene parkour itu dlm multimedia ini krn ianya sebahagian sejarah hidup mrk di SMSSI pd thn 2009...hu3.

* Peringatan kpd batch2 yg de skarang...biar le batch SPM 2009 yg first n last wat parkour nie...Jgn le mewarisi pe2 perkara yg leh mendatangkan stroke kpd ckg2 kat cni lagi...cukup sudah...Ha3...



Baca seterusnya...

Sy harapkan fenomena ini tak akan jadi Endless Possibilities (kemungkinan berterusan)...

Monday, August 26, 2013

 Latest Update: August 25, 2013 03:23 am 
 Penjual ikan ditemui mati dengan tujuh das kesan tembakan di kawasan pam pasir dekat Kampung Buntut Pulau, Temerloh malam tadi. Mayat Abd Majid Abd Rahman, 47, ditemui orang awam yang melalui kawasan itu pada 9.05 malam. 

Dlm tahun nie saja (klik)…bermula bulan april sehingga bulan ogos dh ramai dh yg kena tembak…ttg sasaran penembak ue rasanya dh tak pilih bulu…pelbagai status hieraki masyarakat  pernah kena tembak… Mangsa nie de lah mangsa yg diketahui…mangsa yg x-file..x tau le bape org lagi sbb x nampak n x de kesan…

Jika ngikut turutan kronology mangsa tembakan yg dihebahkan di media massa ; bermula daripada James John yg mati ditembak di seremban pd 12 april hingga le kpd Allayarham Abd Majid pd 24 ogos…rasanya dh lebey 30 org yg kena tembak…

Sy x nk le ngulas ttg isu nie terlalu serius sbb ianya delah urusan yg membabitkan jenayah berat…sy yakin pihak polis x akan berdiam diri utk menangani masalah ini…Mereka ada strategi rahsia...cuma rasanya kes nie seolah2 dah jadi satu wabak maut yg boleh berjangkit kepada sesiapa sahaja di negara kita yg aman merdeka nie…

Dlm kes2 tembakan nie...lebih banyak soalan yg menjadi tanda tanya daripada jawapan utk penyelesaian...jika kes2 nie dijadikan siri CSI kat TV..rasanya leh memuatkan setahun episod jika satu siri satu pembunuhan difilemkan...Bezanya dlm siri CSI ue cam kacang je nk selesaikan pembunuhan yg tak munasabah...sedangkan isu kat Malaysia nie lak ada diantara kes2 dimana penyelesaiannya lebih kepada ke arah yg tak munasabah...no ending story...

pe2 pown sy harapkan fenomena ini tak akan jadi Endless Possibilities (kemungkinan berterusan) le…Jika tidak tiada beza antara rakyat mesir dan Malaysia yg mati berpunca dengan sebab yg sama...angkara sebiji peluru...hu3. Baca seterusnya...

Jemputan kepada semua ex-student SMSSI batch SPM 2005 – 2012 ke majlis sambutan hari ulang tahun SMSSI ke 10

Wednesday, August 21, 2013

Jemputan kepada semua ex-student SMSSI batch SPM 2005 – 2012 ke majlis sambutan Hari Ulang Tahun SMSSI ke 10 

Tarikh : 30 Ogos 2013
Hari : Jumaat


Acara Secara Umum 

1. Perlancaran Alumni
2. Pengisahan semula yg akan diwakili setiap batch ex-student
3. Tayangan Multimedia
4. Pameran bergambar ex-student
5. Jamuan.

- Majlis akan dimulakan pada pukul 9.00 mlm – 11.30 mlm
-Majlis akan dilanjutkan dengan sambutan kemerdekaan pd 11.30 mlm -12 mlm.

#Semua ex-student dialu2kan ke majlis sambutan ini dengan :
 bayaran RM 50 seorang bagik ex-student yg sudah berkerja
 dan RM30 kpd ex-student yg masih berlajar di IPTA/IPTS.. ( bayaran boleh dibuat semasa pendaftaran di kaunter pendaftaran Alumni bertempat diruangan foyer SMSSI)

#Segala maklumat dan pertanyaan boleh menghubungi saya dan Alumni SMSSI..

# Pengesahan kehadiran perlu dimaklumkan kpd sy @ wakil Alumni sebelum 30 ogos.

$$$ : Jika ada pic lama2 (bukan individu)  sepanjang berada di SMSSI berdasarkan batch@ kelas masing2 boleh le dibawa bersama yg tlh cuci dlm saiz 4R utk dipamerkan di board ex-student bach masing2...segala kerjasma amat dihargai.

* ex-student yg sudah berumah tangga...boleh membawa pasangan masing2 n anak...
* etika pakaian : baju melayu bersamping bagi lelaki dan baju kurung utk perempuan.
* Penginapan tidak disediakan.
Baca seterusnya...

Raja Saudi sokong tindakan Mesir menentang 'keganasan'...

Saturday, August 17, 2013

Apabila sang ketam mengarahkan ikan tembakul berjalan lurus maka terpinga2 le sekalian dunia haiwan di lautan, daratan n di udara…bahkan sang duyong dengan amarahnya berkata..”wahai sang ketam…kalu ko dijadikan stim boat utk kedarah perut aku…alangkah bagusnya”…

Erm anology diatas td…sy tujukan watak ketam kpd Raja Arab Saudi…Raja Abdullah yg tlh menyeru kerajaan2 Islam agar menyokong sepenuhnya kerajaan kudeta Mesir agar menghapuskan rakyat2nya yg menyokong kerajaan sah yg didokong oleh president Morshi…

Dalam keadaan umat Islam dinegara laen memprotes menentang kezaliman kerajaan tentera Mesir tetiba pula Raja Arab Saudi nie menongkah arus dgn mengatakan penyokong2 Morshi (Ikhwanul Muslimin ) adalah pengganas…Kenyataan yg pelik tp benar drp ketua Kerajaan Islam yg sgt dihormati didunia Arab…

Jika kita toleh sejarah silam kerajaan As Saud nie…maka tak pelik n hairan le jika ucapannya sebegitu w/pun kita tlh dikaburi ngan gelaran keluarga ini sebagai khadam dua kota suci umat Islam…

Bermula dengan pengasasnya…hingga le kpd warisan tahta terkini…keluarga As Saud sememangnya tlh menjadi boneka pemimpin2 barat yg kehausan utk menghapuskan Islam dimuka bumi ini…
 
Petikan Ucapan Raja Andullah :
RIYADH 17 Ogos - Pemimpin Arab Saudi, Raja Abdullah semalam, menyeru negara-negara Arab supaya berdiri bersama-sama menentang `usaha menjejaskan kestabilan’ Mesir, dalam satu mesej bagi menyokong kepimpinan tentera negara itu. 

``Arab Saudi, rakyatnya dan kerajaan hari ini berdiri bersama saudara kami di Mesir dalam menentang keganasan. 

``Saya menyeru kepada mereka yang jujur di Mesir dan negara-negara Arab serta negara Islam berdiri sebagai seorang lelaki dan satu hati dalam menghadapi cubaan untuk menjejaskan kestabilan negara yang berada di barisan hadapan negara Arab dan sejarah Islam,’’ katanya dalam siaran televisyen negara ini. 

Arab Saudi merupakan sekutu rapat bekas Presiden Mesir yang digulingkan, Hosni Mubarak dan mempunyai hubungan yang sukar dengan pergerakan Ikhwanul Muslimin. – REUTERS

Apa yg sy sedih de lah…dlm keadaan Islam bara2 api sekarang nie...tiada seorg pun  ulu amri yg sebenar2nya utk dijadikan rujukan umat islam sedunia setelah kejatuhan kerajaan Khalifah Islam di Turki…banding dengan Syiah…ada juga Imamnya…banding dgn kristian Khatolik…ada juga pope yg menyatukan umat kristian tue…

 Sy tertanya2 bilakah agaknya seorg khalifah Islam akan muncul utk menyatukan umat islam didunia ini…menegakkan nur Islam dimuka bumi dan membasmikan kerosakkan yg batil…Hanya Allah sahaja yg mengetahuinya… Baca seterusnya...

Malaysia diselubungi dengan Isu2 kontroversi islam...

Tuesday, August 13, 2013

Sejak akhir2 nie…negara kite tlh digolakkan dengan beberapa isu agama yg lazimnya dikhilaf oleh para ulama2 secara tertutup utk diselesaikan demi manafaat umat islam sejagat…Perbahasan di dewan syura Ulama ini diwakili oleh ulama2 yg pakar dlm bidangnya…masyarakat marhaen hanya menerima pendapat yg th digazetkan itu dlm bentuk fatwa yg akan diwartakan secara umum tanpa berbelah bahagi…sbb ulama itu adalah pewaris nabi…

skrg nie masalah2 agama tlh menjadik satu polimik dikalangan massa secara terbuka…ada dikalangan mrk yg mengeluarkan pandangan tanpa berbekal ilmu agama islam yg tulen…tanpa merujuk kpd kitab2 ulama yg sahih..tanpa berpandukan kpd hadis dan al-quran…hanya berbekalkan ilmu mantik dan emosi shj…tak lebih daripada itu…sebenarnya pandangan ini cukup bahaya skali…terutama kpd umat islam yg memiliki fundamental yg agak lemah dlm bidang tauhid, fekah dan tasaauf…


Diantara isu2 agama yg tlh dibongkarkan dialam cyber dlm beberapa bulan nie…

1. Siti Mariana Abdullah atau nama asalnya N Santhi mahu kembali kepada agama Hindu (murtad)

2. Dua orang anak Mohd Ridzuan Abdullah (K Patmanathan) kembali kpd agama Hindu setelah bekas isterinya Indira Ghandi menang kes di mahkamah. (murtad).

3.   Ratu cantik Miss Sara Amelia mendakwa fatwa yg tlh diwartakan pd thn 1966 adalah lapuk utk menghalalkan dirinya join Miss Malaysia world 2013.

4. Alvin Tan dan Vivian lee ngan isu bak kut teh (makanan yg senonim ngan babi) yg diselitkan bersama2 salam ramadhan. (Cemar agama Islam)

 5. Maznah Mohd Yusof bersama2 anjing kesayangannya memberi ucapan salam aidl fitri (Cemar agama Islam)

6. Penganut Buddha bermeditasi di surau Tanjung Sutera Resort Tanjung Sedili. (Cemar agama Islam)

Berdasarkan pandangan peribadi sy…Enam Isu di atas nie ( jika satu isu pown )  boleh menimbulkan rusuhan jalanan dan ketegangan antara agama yg tidak terkawal sekiranya ia berlaku di negara2 Asia Barat,India dan Indonesia… Hebatnya di negara kita, isu nie hanya menjadi tajuk sessi perbahasan di warung kopi dan juga di social network…marah2, maki2, geram2 dan pebila isu laen timbul maka enam isu kontroversi diatas meluwap begitu shj dijiwa sanubari umat Islam…erm tak  pelik gak jika ada ramai dikalangan umat Islam dinegara kita wat derk jea ( x peduli ) ngan Isu2 nie...Syabas rakyat Malaysia.

Sy harapkan kpd sesiapa yg ingin mengutarakan pandangan, pendapat isu polimik ini, perlulah merujuk kpd kitab2 agama yg tlh dinukilkan leh Ulama2 muktabar…sbb isu2 nie sebenarnya tlh pown berlaku ratusan tahun dahulu dan ianya sudah pown ada penyelesaiannya… ironiknye sejarah isu2 agama Islam itu sendiri berulang2 disepanjang zaman cuma wataknye shj yg berbeza…jadik kita serahkan shj permasalahan ini kpd pihak2 yg mempunyai kepakaran ilmu n kuasa utk menanganinya…

Nasehat sy..Tak perlulah kita memberi komen berdasarkan ilmu aqli semata2…Ianya akan mengeruhkan lagi isu yg dh keruh itu…Jika tergelincir dari nas2 serta hujah2 sebenar…silap2 hari bulan aqidah kita lak menjadik keruh…soal emosi ?..erm  selagi dlm jiwa kita ada nur Islam...pd sy mmg patut le kita marah2...marah yg dpt pahala...

Pe2 pown hikmah tercetusnya isu2 ini merupakan antara bukti bahawa undang2 islam sebenarnya valid sepanjang zaman sbb ianya merupakan "the best refrence " utk solve masalah umat manusia sehingga hari qiamat...Antara Mukjizat2 Al-quran...hu3 Baca seterusnya...

"Rokok naek harga"...temuramah dgn perokok2 tegar yg bukan kaki tangan kerajaan...

Monday, June 3, 2013

Hari nie harga rokok naek 3 % drpd harga pokok asal menurut British American Tobacco  Malaysia (BAT)…alasan yg diberikan agak akademik iaitu “BAT Malaysia berdepan ngan tekanan inflasi, kos buruh dan kos input, yang membawa kepada peningkatan kos operasi".

Sebenarnya jika BAT wat alasan bodoh umpama “pokok2 tembakau diserang ikan todak "…perokok2 tegar tetap akur gak ngan kenaekan harga ue sbb mrk x de kuasa pe2 pown utk menentang “barang naek” nie…

Kalu le national geographic wat dokumentari psl kesan kenaekan harga rokok nie dgn menemuramah perokok2 tegar yg bukan kaki tangan kerajaan…pe kata mrk ek?

Penulis novel
Kali nie..sy terpaksa le menaikan 3% harga buku2 hasil nukilan sy…maklum le…nk dpt ilham satu perenggan novel..sy terpaksa habiskan sekotak rokok…

Nelayan
Biasanya sy keluar ke laut utk menangkap ikan bot laut dalam selama 7 hari…sy bawak 10 karton  rokok…ye lor..duduk kat laut lama2 dilambung ombak…kalu x de rokok…rasa lemah seluruh badan…sy ingat le…bile balik ke darat kali nie…sy nk naekan 3% harga ikan ue…nk cover harga rokok le…

Tukang Rumah 
Selepas nie sy kena naekkan upah buat rumah 3% sbb sehari sy habis sekotak rokok utk buat rumah nie…kalu tak…tak siap le rumah ue…kalu rumah tak siap n pahat berbunyi..sape yg kena marah?...sy juga…

Tokey kedai runcit.. 
Mane aci sy tak naekan rega barang2 kat kedai sy….sape nk cover harga rokok yg sy isap nie…adoi…

Tokey kedai makan 
Sy tk kisah pown harga rokok naek…erm pandai2 le sy naekan harga makanan sy ue…kalu dulu harga sepinggan mie..RM3.70…pesalahnya jika sy naekan RM3.80 sen…

….setakat ue jea kot pengarah film national geographic menemuramah perokok2 tegar yg berstatus bkn kaki tangan kerajaan…sbb die dh tension dh…erm rasenya die pun nk naekan harga hasil dokumentarinya sebanyak 3% sbb die pown perokok tegar gak…

Intipati artikel…
 Lebih afdhal le perokok2 tegar nie berenti isap rokok…tp mampukah mrk berbuat demikan?...sbb rokok nie dh jadik darah daging mrk dh…Kalu mampu berhutang pown..mrk sanggup utk beli sekotak rokok..

Sy sgt2 kesian le kpd insan2 yg anti rokok or tak isap rokok sbb mrk terpaksa cover 3% harga rokok melalui cukai2 perkhidmatan @ ketika membayar harga barang2 keperluan mrk…

Paling sy kesian kat perokok2 tegar yg berstatuskan kaki tangan kerajaan sbb gaji mrk x naik 3% ..kalu x..leh gak cover duit rokok ue...hu3 Baca seterusnya...

Sehari selepas insiden bola sepak di stadium Darul Makmur...

Thursday, May 30, 2013


Muak ngan kekecohan yg berlaku di stadium darul makmur, TMJ –tunku Ismail Ibrahim tlh mencadangkan supaya perlawanan di stadium bukit jalil sabtu nie diadakan tanpa kehadiran penyokong kedua2 belah pihak…

Bagik sy le…cadangan baginda TMJ nie…mmg munasabah n realistic berdasarkan tempoh mase semangat amarah atr dua penyokong Johor n Pahang nie masih blom reda lg…sememangnya amuk n amarah org2 melayu nie…x leh terdelete dlm mase seminggu dua…ntah2..dendam ue bawak dlm kubur skali gamaknya…

Baginda juga risau ttg keselamatan penyokong2 kedua pihak krn tiada jaminan polis dan FAM selepas tamat perlawanan ue nnti diluar stadium…sapa yg nk bertanggunjawab agaknya nnti..secara holistiknya..jika berlaku kejadian yg buruk utk kali keduanya…dh terlentu le arena bola sepak negara kite yg dh tercemar semakin tercemar lg…

Pd pandangan sy le…selepas insiden nie..tlh berlaku dua perkara yg x munasabah :

1. PBNJ tlh didenda sbb penyokong2nya masuk dl trek perlawanan. 

Dlm suasana cam ue…camne le PBNJ nk kawal penyokong2nya ribuan org…pe tah lg peristiwa nie berlaku secara spontan..rasenya FRU pown terpinga2 bile tetiba shj limpahan manusia turun ke trek tanpa diduga dlm kalut2 sebegitu…

Selepas nie…x kan le sehari seblom perlawanan bola sepak dimulakan TMJ merangkap sebagai president PBNJ perlu wat perhimpunan penyokong2 Johor di stadium Larkin seperti mana perhimpuan black 505..semata2 nk nasehat n bagik motivasi kat penyokong2 Johor agar jgn bergaduh, jgn berkelahi, kalu masuk gol jgn bersorak n kalu bleh..mase tgk bola ue…mulut kena zip…kedua2 tangan n kaki perlu kena ikat kemas2…

Jika de sapa2 kena baling batu ke….botol ke…bagik le senyuman paling manis cam pramugari MAS…n ucapkan le terima kasih secara ombak mexico…nnti bile berlaku pe2 insiden buruk berlaku PBNJ x dipersalahkan or didenda lg…


2 Peranan TV3 

Semalam de beberapa sedutan temuramah kedua penyokong2 Johor n Pahang..erm TV3 tak sepatutnya menyiarkan sebarang bentuk temuramah sebegini yg penuh beremosi krn ianya leh membangkitkan lg perasaan x puas hati penyokong2 kedua belah pihak…Nie dh bukan level batu api lagi…dh kira cam tong gas dh…diharapkan le TV3 Ikut saranan TMJ…tunku Ismail Ibrahim dimana baginda berfikiran bahawa “bola sepak lebih kepada menyatukan rakyat, bukannya memecah belah atr satu sama laen"


Disini sy de dua soalan utk FAM

1. Berani ke FAM nk anjurkan perlawanan bola sepak di bukit Jalil tanpa kehadiran penyokong kedua2 pihak?

2. Kalu penyokong2 nk tgk perlawanan bola sepak kat bukit Jalil nie, mrk kena beli tiket lg ke?...x kan tiket kat stadium Darul Makmur ue kire burn jea...mane aci...hu3"




Baca seterusnya...

Pi mai pi mai tang ue...adoi

Saturday, May 25, 2013
Semasa sy merangkak...namanye Kementerian Pelajaran

Semasa sy bertatih...diubah kpd Kementerian Pendidikan

Semasa sy mula berjalan...ditukar kpd Kementerian Pelajaran

Semasa sy mula berlari...ditukar kpd kementerian Pendidikan

Semasa sy mula bersekolah rendah...ditukar kpd Kementerian Pelajaran

Semasa sy mula bersekolah menengah...diubah semula kpd Kementerian Pendidikan

Semasa sy mula masuk Univ..ditukar kembali kpd kementerian Pelajaran

Semasa sy mula berkerja...ubah balik kpd kementerian pendidikan

Semasa sy mula berkahwen...tukar balik kpd kementerian pelajaran

Semasa sy mula ada anak...ubah balik kpd kementerian Pendidikan

Semasa sy mula bercucu...tukar balik kpd Kementerian pelajaran

Semasa sy mula pencen...tukar balik kpd kementerian pendidikan

Semasa sy mula masuk ke lian lahad...entah le mase ue sy x tau urusan dunia lg...hahaha


 Cuma sy tertanya2 bape ek kos penukaran signboard, identiti koperat n pe2 jua penukaran tagnama sekecil2nye seperti rubber stamp, logo envelop., tag pd kenderaan rasmi, .etc...setiap kali berlakunya perubahan nie  di sekolah, PPD n dikementerian...rezeki mewah le org yg dpt tender nie gamaknya...

Erm...sy rase le...kos keseluruhan setiap kali berlakunya pertukaran nama nie satu malaysia...Maybe dlm lingkungan...RM 35.40 sen jea kot..."banyak kali berubah pown x pe"...

kalu le...setiap satu sen duit nie disedekah kpd pelajar miskin utk beli buku or pakaian...alangkah lestarinya negara kite....kira2 tiga ribu lima ratus empat puluh anak2 miskin dpt manfaatnya (RM35.40 sen)....hu3 Baca seterusnya...

Skandal BMF 1983...Siapakah dalang disebalik pembunuhan Jalil Ibrahim?

Sunday, May 19, 2013


Dua bulan lg genap 30 thn pembunuhan arwah Jalil Ibrahim...seorg putera Malaysia yg begitu komitmen n jujur dlm menjalankan tugas yg diamanahkan w/pun nyawa jadi gadaian...

 Semasa tragedi ini berlaku..sy masih dibangku sekolah menengah...ttg kronology yg dihighlightkan di surat khabar sy baca sepintas lalu shj...masih x mengerti ttg konspirasi n motif pembunuhan ini...cuma pe yg sy ingat...tragedi ni benar2 menggemparkan negara...bahkan dunia asia terutamanya...

 Masih byk yg tersirat n masih blom terungkai dlm kes ini...pe yg pasti..siapakah dalang sebenar disebalik pembunuhan sadis nie?...n ianya masih blom terjawap sehingga ke hari ini...

 Al-fatihah buat putra Malaysia yg terbaek dlm bidangnya... Baca seterusnya...

Happy Teacher's day...

Friday, May 17, 2013

Baca seterusnya...

13 mei...Pesanan saya kepada anak2 Malaysia...

Monday, May 13, 2013

Hari 13 mei…satu tarikh yg diingati atas entitinye tercatat sejarah yg mencalar perpaduan kaum di Malaysia…Rusuhan antara kaum dominan di Malaya…China n Melayu… 

Saat ini…Jika kita menaip “peristiwa 13 mei “ di enjin gelintar google maka kita dapati tercatat 960 000 kali carian di internet ttg rusuhan ini…Bertapa tingginye tahap sifat ingin tahu anak2 Malaysia ttg peristiwa berdarah antara kaum nie… 

Hari nie…genap 44 tahun peristiwa gelap itu berlalu..majoriti org2 yg terlibat secara langsung dgn peristiwa ini tlh pown kembali keramahtullah…Tp siapakah yg menjadik master mind tercetusnya rusuhan ini terus menjadi teka teki yg semakin berbelit…Anak Allayarham Tun Ghaffar Baba iaitu datuk Tamrin de menyatakan bahawa rusuhan ni merupakan satu konspirasi yg melibatkan tokoh2 politik kite yg masih hidup tp ianya bukan le sdr Lim Kit Siang…

 Bagi sy le…sy sungguh kesian kpd rakyat Malaysia pd wkt itu yg berbangsa Melayu dan Cina krn terlalu percaya pd khabar2 angin yg bersifat fitnah atr dua kaum terbesar ini…Pe tah lg wkt itu blom ada penjana maklumat berbentuk ICT yg membolehkan rakyat menilai sentiment sesuatu isu itu samada benar atau palsu…tidak seperti generasi skrg ini…terutama generasi Y… 

Di sini sy menyeru le kpd sume anak2 Malaysia…jgn le sekali2 mencetuskan pembalahan antara kaum krn ianya btol2 bersifat jahiliah…Pe yg paling penting…yakin le firman Allah dlm Al-quran ttg mengapa Allah jadikan manusia ini berbangsa2 n berpuak2 suku kaum…InsyaAllah aman damai le bangsa manusia itu sendiri…ini lah kunci rahsia perpaduan… 

Diharapkan setiap kali munculnya tarikh 13 Mei nie…Semua rakyat Malaysia…x kiralah samada puak kerajaan mau pun Pembangkang…program dan rancangkan le xtviti2 yg mengeratkan jalinan padu antara kaum dan ianya bukan sekadar terlekat di banner2 or slogan2 tp tertanam disanubari kaum2 di Malaysia itu sendiri…semoga kejujuran yg terpisah dicantumkan…keikhlasan yg terlerai diikat kembali…muhibbah bersatu demi perpaduan rakyat yg cintakan Malaysia.. 

Akhir kata sy berpesan kpd anak2 Malaysia yg berbilang bangsa…Hidup le dgn rukun dan damai…berkerjasama le utk membina Malaysia agar menjadi sebuah negara yg maju dan benar2 bebas merdeka drpd prejudis antara kaum…demi anak cucu cicit kite kelak…amin. Baca seterusnya...

Pasca PRU 13...Jangan fitnah org Cina...10 sebab kebijaksanaan org tionghua berpolitik...

Tuesday, May 7, 2013

Ada dua transform besar yg luar biasa tlh diduga sepanjang berkempen PRU 13 sehingga le tempoh mengundi ditamatkan iaitu kebangkitan generasi (Y) dan juga kebijaksanaan kaum tionghua berpolitik… 

Dicni sy hanya mengulas ttg kebijasanaan kaum tionghua berpolitik…ttg generasi (Y) sy akan mengulas kemudian hari… 

1. Majoriti kaum tionghua tlh menyahut hak kebebasan bersuara demokrasi mengikut perlembagaan negara utk memilih siapa bakal pemimpin yg perlu dipilih…dlm konteks ini…keperibadian calon2 yg bersih drpd rasuah n kronisma diutamakan…tak kiralah samada calon itu kaum melayu ke, cina atau India. 

2. Hak2 rakyat Malaysia diutamakan tanpa mengira kaum menjadi perjuangan kaum tionghua dlm bentuk jaminan kepada lonjakan ekonomi n pendidikan serta keadilan social…Utk PRU 13 nie…Pakatan rakyat tlh menawarkan pakej yg munasabah utk hak mrk direalisasikan.

 3. Org Tionghua tak membenci kaum Melayu tp membenci pemimpin Melayu dan Cina yg korupsi n memperbodohkan rakyat marhaen terutama populasi2 di kawasan pedalaman...sebenarnya org tionghua mau pemimpin yg amanah macam tn guru Nik Aziz.

4. Org Tionghua sememangnya sayangkan Malaysia…Tok nenek mrk yg dilahirkan di Malaysia tlh berkongsi kemakmuran negara dlm btk penjanaan ekonomi, pembangunan prasarana serta keamanan atr kaum…Mrk sekarang masih tebal mewarisi sifat2 itu..dan pebila berlakunya hutang negara berbilion ringgit hasil ke takbijaksanaan pemimpin negara maka mrk bangkit bangun utk selamatkan Malaysia demi anak cucu rakyat Malaysia. 

5. Org Tionghua sememangnya tlh dididik dlm bentuk persatuan2 mrk mengikut ras n surname mrk…Persatuan mrk sentiasa hidup utk manfaat sejagat n bukannya utk melakukan huruhara masyarkat..Amalan ini le diguna pakai dlm PRU 13.

 6. Org Tionghua tak pernah anti Melayu..Utk PRU 13 kali nie…mrk bukan shj leh berkerjasama ngan kaum Melayu PAS n PKR bahkan sudah mula jatuh cinta ngan perjuangn Islam yg menjadik tonggak n prinsip PAS…mrk dengan bangga menjulang bendera2 PAS sbb mrk tahu bahawa Islam delah agama yg aman…agama yg tak membezakan kebajikan antara kaum n Islam for ALL… 

7. Org tionghua berani menegakkan kebenaran atas dasar politik yg bersih dan telus…mrk sanggup turun ke padang utk menangkap pengundi2 hantu serta membasmikan penipuan serta penyelewengan SPR setakat yg mrk mampu…Mrk mahukan Pilihanraya yg benar2 bersih  dan adil sbb mrk mahu menghapuskan pemimpin2 yg mengotorkan politik Malaysia tak kira le mrk itu kaum apa sekali pown…mrk gak tak makan rasuah sbb wang bukan le segala2nya utk mrk dlm konteks PRU 13.

 8. Disetengah2 tempat yg ramai kaum tionghua, mrk tlh memilih kaum melayu sebagai pemimpin mrk w/pun calon melayu itu berlawan ngan kaum mrk sendiri (leh lihat data keputusan PRU13)..bahkan beberapa org melayu islam dlm DAP . tlh menang dlm PRU 13 kali nie.

9. Kaum Tionghua tlh muak n dpt membuat penilaian secara waras propaganda media stream kita…informasi2 di social network menjernihkan lg minda mrk utk berpolitik secara matang dan berhemah tinggi. Oleh itu mrk awal2 lagi tlh menyemak nama mrk didaftar pengundi suruhanjaya pilihanraya dan generasi baru yg layak mengundi pown bersemangt utk mendaftar...bukannya kecoh sana..kecoh cni tp langsung tak berdaftar utk menjadi pengundi seperti mana sebilangan kecil kaum melayu yg dh layak mengundi...

10. Utk PRU 13 kali nie…majority kaum tionghua tlh bersama2 dgn kaum melayu dan india ke perhimpunan ceramah2 umum Pakatan Rakyat krn mrk tahu bhw mrk tak akan dikenakan ugutan atau dihitam putehkan leh pentadbir kerajaan sbb mrk mencari rezeki bersumberkan peniagaan sendiri. Pe yg penting mrk dahagakan informasi yg benar n tepat drpd pemimpin2 Pakatan 


" Menuntut le ilmu sehingga ke negara China n kite kaum Melayu x perlu ke negara China utk berpolitik..krn Kaum China di Malaysia tlh  menurunkan ilmu berpolitik utk kita...belajarlah ngan mrk"

Sesunguhnya sy menolak politik rasis...Hiduplah kita aman damai antara kaum...Sesungguhnya Allah tlh jadikan manusia berbangsa2 agar kita sume hidup bermuafakat...Darah org tionghua pun merah gak cam darah org melayu...Kita sume daripada sumber yg sama iaitu Adam dan Hawa… 

::: SAYA ANTI RACIS::: 
Baca seterusnya...

PRU13...Analisis ringkas kemenangan PR w/pun x dpt tawan Putrajaya

Monday, May 6, 2013


 
Parlimen :
PRU 12 : PR 82...BN 140
PRU 13 : PR 89.....BN 133
 Penambahan 7 kerusi parlimen 

Dun
PRU 12 : PR 161...BN 344
PRU 13 : PR 230...BN 275
Penambahan 71 kerusi Dun.

Pakatan Rakyat sebenarnya menang...cuma lom dpt lg piala pusingan utk tawan putrajaya... 

 1. Menang ngan lebih 2/3 majoriti 
     Selangor ( PR-44...BN-12) 
     Penang ( PR-30...BN-10)
     Kelantan (PR-33...BN-12) 

2. Menafikan 2/3 majoiti BN 
    Perak (PR-28...BN-31) 
    Terengganu (PR-15...BN-17) 
    Kedah (PR-15...BN-21) 
    Negeri Sembilan (PR-14...BN-22)

 3. empat org menteri kabinet dan empat org timbalan menteri BN tewas. 
 Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha,
 Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik 
 Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung 
 Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Tan Sri Benard Giluk Dompok. 

 Datuk Saifuddin Abdullah 
 Datuk Puad Zarkashi 
 Datuk VK Liew
 Datuk Tan Lian Hoe

 4. Dua org menteri besar BN tewas 
   MB Johor, Abd Ghani Othman KM Melaka, Mohd Ali Rusta

5. Undi Popular 
     Pakatan Rakyat meraih : 5.6 juta undi.(5 591 688 = 51.32%)
     Barisan Nasional : 5.3 juta undi (5 302 039 = 48.67 %)
    Jika di Amerika..undi popular menjadi ukuran utk ahli dlm parti tersebut menjadi President Amerika.... Baca seterusnya...

PRU 13...wahai pengundi2 hantu...pulang le ke kubur ko masing2...(translate dlm bhs bangla n etc)

Sunday, May 5, 2013


PRU 13 kali nie semakin lucu jadiknya ngan kehadiran hantu2 nasional ...mula2 sy rase bengang gak...tp bile dh kena tangkap leh ghostbuster PR...pas ue kena soal cam2...rase klako lak..

Paling kelakor bile suruh nyanyi lagu negaraku...dua kali suruh nyanyi...lupa lirik lagi...kalu x sure le leh dpt 1 juta...leh bawak balik ke kubur masing2 n wat keranda bertaraf condo...



Gud job2...we our ghostbuster pakatan rakyat...ha3 Baca seterusnya...

PRU 13...8 hours countdowm...Kagum ngan Flash mob anak2 muda pakatan rakyat...A+++

Saturday, May 4, 2013
Baca seterusnya...

PRU 13...40 Hours countdown...Bas Ekspres ke Putrajaya...Ini kali lah...

Friday, May 3, 2013



PAKATAN RAKYAT MEMERLUKAN SEKURANG2NYA 112 KERRUSI PARLIMEN UTK MELANGKAH KE PUTRAJAYA...JOM GI NGUNDI...INI KALI LAH...
Baca seterusnya...

PRU 13....48 hours countdown...Panduan Mengundi...lebih mudah drpd easy maths...


Nota kaki :
Kalu lawan 3 or lebih parti...pastikan pangkah yg de logo roket, mata or bulan shj...yg laen2 ignore je...pe yg penting jgn jadikan kertas undi anda sintax error...Pangkah satu parti je eh...ini kali lah...
Baca seterusnya...

PRU 13...72 Hours countdown (JOHORE)...."LUASKAN BULATAN PAKATAN RAKYAT" melalui undi kita...

Thursday, May 2, 2013
 

GELANG PATAH






PONTIAN



BATU PAHAT



BAKRI


SKUDAI
Baca seterusnya...

PRU 13...Peranan media alternatif asas kebangkitan rakyat...

Wednesday, May 1, 2013
Kali nie PRU 13…agak drastic skali cabarannya…bukan sahaja di pihak BN yg dh nipis hayatnya bahkan di pihak PR yg begitu komited n ghairah skali utk menawan Putrajaya…Jika PRU 12 pd thn 2008 yg dilabelkan sebagai tsunami politik tlh memberikan tanda2 besar atas penguasaan PR dibeberapa negeri tp kali nie.... saat n ketikanya PR hampir menguasai negara semakin jelas maka multi mega tsunami politik pown jdk semakin ganas…. hanya beberapa hari shj lagi…cabarannya dh tentu luar biasa…

Sejarah politik Malaysia dari dulu sehingga le skrg…tidak dpt lari drpd anjakan paradigma perubahaan politik global…Cuma dulu ngan cara dulu n skrg ngan cara sekarang…valid ngan rentak gaya politik semasa…terbukti Kebangkitan kaum muda di Malaya dulu berpusat di asia tengah…n de kah kebangkitan rakyat kali nie juga berpusat drpd asia tengah gak?...pe2 pown kite tunggu 5 hari lagi…iannye mungkin akan mengubah landscape politik Malaysia keseluruhannya… 

Kite masih x lupa kisah tumbangnya pemerintahan diktator President Zine al-Abidine Ben Ali di Tunisia dek kebangkitan rakyat…begitu gak ngan President Hosni Mubarak yg bertakhta sebagai President Mesir… 

Pd waktu itu kerajaan mrk terlalu phobia ngan media alternative…iaitu internet…specifiknya..social network…Perhimpunan2 mega didataran Tahrir di mesir sumenye melalui network nie…n akhirnya jatuh gak regim nie… 

Bagik pihak BN…mrk akan menggunakan 120% penguasaan terhadap akhbar nasional n berita TV utk meraih simpati rakyat…pe yg tepat skali de lah utk membeli undi bagik PRU 13 nie…utk mengekalkan kerajaan yg dh rapuh…soal informasi itu benar2 tepat n btul bukannya lg tunjang n nyawa media itu sendiri…pe yg penting…BN mesti menang… 

PRU 13 kali nie…massa tlh diperlihatkankan bahawa di internet merupakan mahkamah dimana keadilan sesuatu informasi dibanding bezakan…pe yg benar n pe y x btol ttg informasi2 mediastream kerajaan…bukannya shj bukti dlm bentuk teks n graphic bahkan audio visual skali…tanpa super impose…sumenye tulen2 belaka… Disini le bercambahnya pemikiran realistic pemikiran politik anak2 muda utk menjulang kebangkitan rakyat…bangkit dlm suasana aman…bangkit melalui satu undi…satu suara pakatan rakyat n kematangan berpolitik… 

Mengapa kepercayaan informasi di internet menjadik wadah terbaek utk anak2 muda skrg utk mengenal pe itu politik tanah air kita?...jawapnnya sungguh mudah…ini kerana neraca mediastream negara kite dh senget sebelah…hanya menyalurkan informasi n berkempen utk dia shj…tiada yg btol melaenkan dia shj…n tiada yg salah melaenkan org laen shj…seolah2 media negara dh jadik media kepartian…bukannya media kerajaan lagi..

 Ini beza ngan Amerika n United Kingdom yg mengamalkan demokratik tulen…setiap parti yg bertanding mempunyai hak yg seksama menggunakan media kerajaan utk berkempen…Hakimnya delah rakyat… 

Dlm era berteknology skrg nie…rasenye x pelik n mustahil sekiranya mane2 kerajaan samada di asia tengah ke…di asean ke atau dimana2 negara2 dunia yg mengamalkan politik nepotisma @ kronisma akan tumbang dek media alternative internet nie…dan ianya berpunca atas mentality kerajaan itu sendiri…terlalu rakus merompak harta rakyat…hu3. Baca seterusnya...

Al-fatihah buat arwah Razak Pid (suami arwah ckg Nawiah) serta arwah dua org puterinya...

Wednesday, April 24, 2013
    Kereta yg dipandu leh arwah Razak...


AL-fatihah buat arwah Razak Pid bersama2 arwah dua org puterinya yg tlh kembali ke ramahtullah ptg td akibat kemalangan jalan raya di sg Ambat Mersing...sekembalinya drpd khusus...

Arwah adalah teman sy n arwah isteri beliau iaitu arwah ckg Nawiah merupakan rakan sekerja sy di SMSSI...arwah ckg Nawiah meninggal dunia pd thn 2011...klik

Sebentar td sy sempat menziarahi arwah serta arwah anak2nya di hospital Mersing selepas proses post mortem dijalankan...sempat gak menatap wajah arwah serta arwah dua org puterinya...rasenya sy x akan insert pic jenazah dicni krn menghormati jenazah beliau serta arwah puteri2nya..

Sementara anak bongsu beliau seorg putera (Halim) tlh dikejarkan ke hospital JB...Khabarnya kakinya patah n dlm keadaan kritikal...Kalu x silap sy le..semasa arwah ibunya meninggal...mase ue kakinya dibalut simen kerana patah kaki akibat terjatuh...

Dlm kemalangan kali nie...De yg mengatakan ada 17 tulang yg patah pd tubuh badan anak kecil ini...erm semasa anak kecil nie memasuki bilik operation...mase itu gak  arwah bapa n arwah kakaknya memasuki liang lahad...3 jenazah dalam satu liang...

Sy rase sedih n terharu mengenangkan anak kecil nie...dlm keadaan menahan sakit terkontang2...tiada mak dan abah utk dtg memujuk...kakak2 pown dh x de...Semoga Allah melindungi n merahmati sosok tubuh kecil ini  sehingga dewasa  diatas dugaan hidup seawal usia muda nie... 

Akhir kata...semoga roh arwah serta arwah kedua2 org puterinya dicucuri rahmat hendaknya...Al-fatihah


.                             Gambar Alim...skrg sdg dirawat di HSSA...tingkat 5 sayap kiri..Didoakan cepat sembuh hendaknya...Amin.
Baca seterusnya...

PRU 13...Perpaduan Kaum bermula dari PAKATAN RAKYAT...Ini kalilah...

Monday, April 22, 2013
Baca seterusnya...

PRU 13...Sy harap 7 retakkan kecil nie...perlu disembuhkan segera leh pihak atasan PR...

Saturday, April 20, 2013




Sy x tahu dimana silapnya dlm pertembungan 7 kerusi PAS n PKR nie w/pun kesilapan ue tetap ada...Persoalan nie bukannye leh dipandang remeh...Pelbagai isu leh dizahirkan sekiranya ia dimanipulasi leh pihak BN yg dahagakan kemenangan majoriti dlm PRU 13 nie...


Sy harap 7 retakkan kecil nie...perlu le disembuhkan segera leh pihak atasan PR sebelum tarikh mengundi dilaksanakan...dlm kemelut utk menggapai kemenangan...salah satu pihak perlu le tarik diri...soal deposit hilang de lah lebih kecil jika dibandingan nilai kemenangan atas PR nnti...


Secara teknikalnya...amat payah PKR nk undi PAS sekiranya de wakilnya yg bertanding...begitu gak ngan pihak PAS...Ianya gak leh mengelirukan ahli2 DAP...sape yg untung?..dh tentu bonus utk BN...


7 kerusi yg bertembung PAS n PKR de lah...


SUNGAI ACHEH, PULAU PINANG 
Badrul Hisham Shaharin (PKR)
Mohd Yusni Mat Piah (PAS) - undur diri n beri laluan kpd PKR- 22 april 2013
Datuk Mahmud Zakaria (BN)

KOTA DAMANSARA, SELANGOR  (masih berunding atr PKR n PAS )

Ridzuan Ismail (PAS)
Mohd Nasir Hashim (PKR)
Halimaton Saadiah Bohan (BN)
Halmi Omar (Bebas)
Edros Abdullah (Bebas)
Suppiah Anandan (Bebas)

LABUAN, WILAYAH PERSEKUTUAN

 Rosman Isli (BN)
Tan Sri Ibrahim Menudin (PKR)
Hadnan Mohamad (PAS) undur diri n beri laluan kpd PKR - 22 april 2013

PANTI, JOHOR 

Azlisham Azahar (PAS)  undur diri n beri laluan kpd PKR - 22 april 2013
Datuk Baderi Dasuki (BN)
Mohd Annuar Mohd Salleh (PKR) 

SEBERANG TAKIR, TERENGGANU

 Datuk Ahmad Razif Abd Rahman (BN)
Zakaria Dagang (PAS)
Ahmad Nazri Mohd Yusof (PKR) undur diri n beri laluan kpd PAS - 22 april 2013

KOTA PUTERA, TERENGGANU

 Mohd Mahdi Musa (BN)
Adam Mat Said (PAS)
Mohamed Abdul Ghani Ibrahim (PKR) undur diri n beri laluan kpd PAS - 22 april 2013
BUKIT BESI, TERENGGANU 

Roslan Ismail (PAS)
Roslee Daud (BN)
Mohd Shamsul Mat Amin (PKR) undur diri n beri laluan kpd PAS- 22 april 2013



INFO terkini HARAKAHDAILY

Pertindihan calon, PAS mesyuarat Isnin ini

Harakahdaily, 20 Apr 2013
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Harian PAS Pusat akan mengadakan mesyuarat khas pada Isnin ini bagi  membuat keputusan berikutan pertindihan calon PAS dan PKR di beberapa kerusi selepas tamat tempoh penamaan calon hari ini.

Perkara itu dimaklumkan Penolong Setiausaha Agung PAS Ahmad Sabki Yusof dalam satu kenyataan petang ini.

Antara kerusi yang berlaku pertembungantersebut adalah Parlimen Labuan, DUN Sungai Aceh, DUN Kota Damansara, DUN Bukit Besi, DUN Kota Putera, DUN Seberang Takir dan DUN Panti.

"Sehubungan dengan itu, semua ahli dan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat diminta bersabar sehingga keputusan dicapai oleh pucuk pimpinan tertinggi PAS Isnin ini," katanya.
Baca seterusnya...

PRU 13...Komen2 drpd kaum Tionghua kat FB yg leh meremang bulu roma sy ttg isu DAP guna logo PAS...

Friday, April 19, 2013
Baca seterusnya...

PRU 13...Kerusi2 HOT...pemimpin manakah yg terkubur?...BN or PR?

Tuesday, April 16, 2013


PARLIMEN JOHOR

P140 - Segamat (PRU 12 - BN menang -majoriti 2 991)
BN -S Subramaniam
PKR - Chua Jui Meng (Pengerusi PKR Johor)

P143 - Pagoh (PRU 12 - BN menang - majoriti 12 581)
BN - Muhyiddin Mohd Yassin (Timbalan PM Malaysia)
PAS - Mohd Rozali Jamal Hafiz

P150 - Batu Pahat (PRU 12 -BN menang-majoriti 12 968)
BN - Puad Zarkashi (Timbalan Menteri Pelajaran)
PKR - Idris Jauzi

P153 - Sembrong (PRU 12 - BN menang -majoriti 11 570)
BN - Hishamuddin Hussein (Menteri Dalam Negeri)
PKR- Onn Abu Bakar

P162 - Gelang Patah  (PRU 12 - BN menang -majoriti 8 851)
BN - Abdul Ghani Othman (MB Johor)
DAP - Lim Kit Siang (Penasehat DAP)



PARLIMEN NEGERI SEMBILAN

P127- Jempol (PRU 12-BN menang -majoriti 12 320) 
BN- Md Isa Md Samad (Bekas MB Negeri Sembilan)
PAS - Wan Aisyah  Wan Ariffin (Bekas Penyanyi) 


P131 Rembau (PRU12 -BN menang -majoriti 5 746)
BN- Khairy Jamaludin (Ketua Pemuda UMNO)
PKR - ?



PARLIMEN PAHANG

P85 -Pekan (PRU 12- BN menang-majoriti 26 464)

BN - Najib Abd Razak (PM Malaysia)
PKR - Fariz Musa
GM 13 - Mohamad Bukhairy Sofian (Tarik diri n memberikan sokongan padu kpd PR)


 P90 - Bera (PRU 12 - BN menang -majoriti 3 821)
BN - Ismail Sabri Yaakob
PKR - Zakaria Abdulhamid


PARLIMEN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

P121 - Lembah Pantai (PRU 12- PKR menang - majoriti 2 895)
PKR - Nurul Izzah
BN- Raja Nong Chik

P125 - Putrajaya (PRU 12 - BN menang -majoriti 2 734 )
BN - Tengku Adnan Tengku Mansor
PAS - Husam Musa


PARLIMEN SELANGOR

P108 - Shah Alam (PRU 12 - PAS menang - majoriti 9 314)
PAS - Khalid Abdul Samad
BN - Zulkifli Nordin



PARLIMEN PULAU PINANG

P44 - Permatang Pauh (PRU 12 - PKR menang -majoriti 13 398)
PKR - Anwar Ibrahim
BN - Mazlan Ismail

DUN PULAU PINANG

N21- Sungai Acheh (PRU 12- BN menang-majoriti 250)
BN - Mahmud Zakaria
PKR - Badrul HishamShaharin (Chegu Bard)


PARLIMEN PERLIS

P3- Arau (PRU 12 - BN menang - majoriti 300)
BN - Shahidan Kassim
PAS - Haron Din


DUN PERLIS

N15 - Sanglang (PRU 12 - BN menang - majoriti 149)
BN - Fathul Bari Mat Jahaya (Ulama Muda UMNO)
PAS - Mohd Shukri Ramli


PARLIMEN KEDAH

P8 - Pokok Sena ( PRU 12 - PAS menang - majoriti 5 731)
PAS - Mahfuz Omar
BN - Sahlan Ismail 

P11 - Pendang (PRU 12 - PAS menang - majoriti 4 073)
PAS - Mohamad Sabu
BN - Othman Abdul

PARLIMEN  TERENGGANU

P36- Kuala Terengganu (PRU 12 - BN menang-majoriti 628)
BN - Mohd Zubir Embong
PAS - Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad

P37- Marang (PRU 12 - PAS menang - majoriti 2 747 )
PAS - Hadi Awang
BN - Yahya Khatib Mohamad

P40 - Kemaman (PRU 12 - BN menang - majoriti 12 683)
BN-Ahmad Shabery Cheek (Menteri Belia dan Sukan)
PAS - Kamaruddin Chik


PARLIMEN KELANTAN


P22-Pasir Mas (PRU 12-PAS menang -majoriti 8 991)
PAS - Nik Abduh Nik Abdul Aziz
BN - Che JOhan Che Pa
Bebas : Ibrahim Ali?


P25 - Bachok (PRU 12 - PAS menang -majoriti 2 901)
PAS - Ahmad Marzuki Saari
BN - Awang Adik Husin


P26 - Ketereh (PRU 12 - PKR menang -majoriti 400)
PKR - Ab Aziz Kadir
BN - Annuar Musa


P32 - Gua Musang (PRU 12-BN menang - majoriti 4 394)
BN - Tengku Razaleigh Hamzah
PAS - Abdul Rahim


DUN KELANTAN

N6- Chempaka (PRU 12-PAS menang-majoriti 4 249)
PAS - Nik Abdul Aziz Nik Mat 
BN - Wan Razman Wan Abdul Razak


PARLIMEN PERAK


P61- Padang Rengas (PRU 12 - BN menang -majoriti 1 749)
BN- Mohamad Nazri Abd Aziz (Menteri Jabatan Perdana Menteri)
PKR - Meor Ahmad Asjarra Ishak

P63 - Tambun (PRU 12 - BN menang -majoriti 5 386)
BN - Ahmad Husni Hanadzlah (Menteri Kewangan II)
PKR - Siti Aishah Shaik ISmail (Ketua Srikandi PKR)


P74 - Lumut (PRU 12 - BN menang -majoriti 298)
BN - KOng Cho Ha (Menteri Pengankutan)
PKR- Imran Abdul Hadi



DUN PERAK

N14 -Changkat Jering (PRU 12- PKR menang-majoriti 1 102)
PAS - Mohamad Nizar Jamaluddin (Bekas MB Perak)
BN-Rosli Husin

 
N52- Pangkor (PRU 12 - BN menang -majoriti 5 785)
BN - Zambrry Abdul Kadir (MB Perak)
PKR - Saifullah Mohd Zulkefli






Info akan diupdate dr masa ke semasa...hu3

kkkk Baca seterusnya...

PRU13...Org2 cina, india, sikh serta bumiputra pown SOKONG PAS...UNDI PAS...Ini kalilah..

Monday, April 15, 2013
Baca seterusnya...

PRU13...Negaraku tanggungjawab bersama...UNDILAH PAKATAN RAKYAT...Perubahan Ditanganmu...

Wednesday, April 10, 2013
Baca seterusnya...

PRU 13...Perbandingan Keputusan PRU 11 dan PRU12 (PARLIMEN)

Tuesday, April 9, 2013
BIRU TUA : BN
BIRU MUDA : PKR
HIJAU : PAS
MERAH : DAP

2008 (PRU 12) PARLIMEN
BN : 140 kerusi
PAS : 23 kerusi
PKR : 31 kerusi
DAP : 28 kerusi


PRU 11 (2004)
PRU 12 (2008)



 PRU 13 (2013)
Baca seterusnya...