13 mei...Pesanan saya kepada anak2 Malaysia...

Monday, May 13, 2013

Hari 13 mei…satu tarikh yg diingati atas entitinye tercatat sejarah yg mencalar perpaduan kaum di Malaysia…Rusuhan antara kaum dominan di Malaya…China n Melayu… 

Saat ini…Jika kita menaip “peristiwa 13 mei “ di enjin gelintar google maka kita dapati tercatat 960 000 kali carian di internet ttg rusuhan ini…Bertapa tingginye tahap sifat ingin tahu anak2 Malaysia ttg peristiwa berdarah antara kaum nie… 

Hari nie…genap 44 tahun peristiwa gelap itu berlalu..majoriti org2 yg terlibat secara langsung dgn peristiwa ini tlh pown kembali keramahtullah…Tp siapakah yg menjadik master mind tercetusnya rusuhan ini terus menjadi teka teki yg semakin berbelit…Anak Allayarham Tun Ghaffar Baba iaitu datuk Tamrin de menyatakan bahawa rusuhan ni merupakan satu konspirasi yg melibatkan tokoh2 politik kite yg masih hidup tp ianya bukan le sdr Lim Kit Siang…

 Bagi sy le…sy sungguh kesian kpd rakyat Malaysia pd wkt itu yg berbangsa Melayu dan Cina krn terlalu percaya pd khabar2 angin yg bersifat fitnah atr dua kaum terbesar ini…Pe tah lg wkt itu blom ada penjana maklumat berbentuk ICT yg membolehkan rakyat menilai sentiment sesuatu isu itu samada benar atau palsu…tidak seperti generasi skrg ini…terutama generasi Y… 

Di sini sy menyeru le kpd sume anak2 Malaysia…jgn le sekali2 mencetuskan pembalahan antara kaum krn ianya btol2 bersifat jahiliah…Pe yg paling penting…yakin le firman Allah dlm Al-quran ttg mengapa Allah jadikan manusia ini berbangsa2 n berpuak2 suku kaum…InsyaAllah aman damai le bangsa manusia itu sendiri…ini lah kunci rahsia perpaduan… 

Diharapkan setiap kali munculnya tarikh 13 Mei nie…Semua rakyat Malaysia…x kiralah samada puak kerajaan mau pun Pembangkang…program dan rancangkan le xtviti2 yg mengeratkan jalinan padu antara kaum dan ianya bukan sekadar terlekat di banner2 or slogan2 tp tertanam disanubari kaum2 di Malaysia itu sendiri…semoga kejujuran yg terpisah dicantumkan…keikhlasan yg terlerai diikat kembali…muhibbah bersatu demi perpaduan rakyat yg cintakan Malaysia.. 

Akhir kata sy berpesan kpd anak2 Malaysia yg berbilang bangsa…Hidup le dgn rukun dan damai…berkerjasama le utk membina Malaysia agar menjadi sebuah negara yg maju dan benar2 bebas merdeka drpd prejudis antara kaum…demi anak cucu cicit kite kelak…amin.

2 comments:

Tarmizi Sayuti said...

baik tuan! hehe

semoga peristiwa berdarah itu tidak berulang kembali

Calence said...

aku rasa kalau tahun 1969 ada facebook, ada internet xkan berlaku peristiwa 13 mei...samalah macam sekarang , ada satu puak cuba nak tiupkan sentimen perkauman.. tapi ada satu puak cuba menerangkan untuk x termakan khabar2 angin tu dengan fakta2..itulah bagus internet ni.. dlu khabar angin sampai kat telinga je memang xde nak kaji2 dah berita tu..

Post a Comment