Multimedia utk Batch SPM 2009...cenderahati kpd kalian atas sifat kasih yg tidak ternilai...

Wednesday, August 28, 2013


Sebenarnya Multimedia nie adalah antr karya yg menjadi kontroversi sewaktu ianya ditayangkan buat pertama kalinya dihujung2 tahun 2009 sempena makan beradab di DM krn ade terselit scene parkour...de pihak2 tertentu minta multimedia nie di edit semula n remove scene tersebut n barulah boleh diberi kpd pelajar...

erm secara peribadi sy minta team sy abaikan shj arahan tersebut (sy tak remove scene parkour n tak beri pown hasil multimedia nie kpd batch SPM 2009) walaupun  beberapa tekanan hebat tlh kami terima dlm btk psychology beberapa bulan selepas itu..pe2 pown .team kami pendam shj dlm diam...sbb sy tau pe disebalik karya seni  sy and team sy buat...

Kekadang ue..bile sorang2 diri dok kat umah...de gak pasang multimedia nie...rase sayu jea menyelubungi diri mengenangkan anak2 didik yg dh pergi meninggalkan kita...nk wat camne..suratan taqdir dh sebegitu...mrk pown de tanggunjawab n haluan hidup masing2...Pasrah.


(Gambar sy dan sebahagian ex-student SPM2009 pd 19 mei 2011- setelah hampir dua tahun mrk meninggalkan SMSSI)


Bebalik kpd cerita multimendia nie...

erm...setelah 4 tahun berlalu..baru le sy publish multimedia nie kepada umum...insyaAllah ianya akan ditayangkan kembali semasa sambutan 10 tahun SMSSI selain drpd hasil2 multimedia sy yg laen sejak tahun 2005.

Secara teknikalnya..sesiapa shj boleh wat prjk multimedia ...tak perlu mempunyai ilmu tahap PHD pown..Paling penting minat n komitmen n buat dengan keikhlasan hati yg disadurkan ngan sifat kasih...insyaAllah hasilnya akan dikenang sampai bila2...

Maybe setengah org akan mengambil masa sehari shj utk membuat prjk nie...tp bagik pihak sy n team2 dibawah pemantauan sy...sy amat mementingkan qualiti...bukan setakat tangkap muat jea...sudah tentu masa yg amat panjang dipertaruhkan utk team sy siapkan...

cerewet?...Jika ianye dh dinamakan hasil seni...cerewet ue merupakan benteng yg sangat diperlukan utk membina keteguhan sesuatu hasil karya...erm..ironiknya kreatif n komitmen sgt2 dititik beratkan...

Disebalik kenangan yg terindah yg dipaparkan utk sesuatu multimedia...setiap element gambar yg dimuatkan perlu seiring ngan lirik n melodi yg dimuatkan...dlm soal ini...pemilihan gambar...mmg amat memeningkan n memenatkankan kepala otak...Sense of art mmg menjadi kunci utama utk menyiapkan fasa ini...Hanya org2 yg terlibat dlm bidang nie shj yg tau keperitannya...tp berbaloi le..sbb kepuasan diri utk sesuatu hasil karya seni lebih diutamakn drpd urusan2 laen...

Jika kita mengikut skrip atas arahan org laen yg buta ttg seni maka pincang le hasil karya kita itu.."Karya seni kita.hanya kita shj yg tau rahsianya" dan sbb itu le sy melarang team sy jangan remove scene parkour itu dlm multimedia ini krn ianya sebahagian sejarah hidup mrk di SMSSI pd thn 2009...hu3.

* Peringatan kpd batch2 yg de skarang...biar le batch SPM 2009 yg first n last wat parkour nie...Jgn le mewarisi pe2 perkara yg leh mendatangkan stroke kpd ckg2 kat cni lagi...cukup sudah...Ha3...



Baca seterusnya...

Sy harapkan fenomena ini tak akan jadi Endless Possibilities (kemungkinan berterusan)...

Monday, August 26, 2013

 Latest Update: August 25, 2013 03:23 am 
 Penjual ikan ditemui mati dengan tujuh das kesan tembakan di kawasan pam pasir dekat Kampung Buntut Pulau, Temerloh malam tadi. Mayat Abd Majid Abd Rahman, 47, ditemui orang awam yang melalui kawasan itu pada 9.05 malam. 

Dlm tahun nie saja (klik)…bermula bulan april sehingga bulan ogos dh ramai dh yg kena tembak…ttg sasaran penembak ue rasanya dh tak pilih bulu…pelbagai status hieraki masyarakat  pernah kena tembak… Mangsa nie de lah mangsa yg diketahui…mangsa yg x-file..x tau le bape org lagi sbb x nampak n x de kesan…

Jika ngikut turutan kronology mangsa tembakan yg dihebahkan di media massa ; bermula daripada James John yg mati ditembak di seremban pd 12 april hingga le kpd Allayarham Abd Majid pd 24 ogos…rasanya dh lebey 30 org yg kena tembak…

Sy x nk le ngulas ttg isu nie terlalu serius sbb ianya delah urusan yg membabitkan jenayah berat…sy yakin pihak polis x akan berdiam diri utk menangani masalah ini…Mereka ada strategi rahsia...cuma rasanya kes nie seolah2 dah jadi satu wabak maut yg boleh berjangkit kepada sesiapa sahaja di negara kita yg aman merdeka nie…

Dlm kes2 tembakan nie...lebih banyak soalan yg menjadi tanda tanya daripada jawapan utk penyelesaian...jika kes2 nie dijadikan siri CSI kat TV..rasanya leh memuatkan setahun episod jika satu siri satu pembunuhan difilemkan...Bezanya dlm siri CSI ue cam kacang je nk selesaikan pembunuhan yg tak munasabah...sedangkan isu kat Malaysia nie lak ada diantara kes2 dimana penyelesaiannya lebih kepada ke arah yg tak munasabah...no ending story...

pe2 pown sy harapkan fenomena ini tak akan jadi Endless Possibilities (kemungkinan berterusan) le…Jika tidak tiada beza antara rakyat mesir dan Malaysia yg mati berpunca dengan sebab yg sama...angkara sebiji peluru...hu3. Baca seterusnya...

Jemputan kepada semua ex-student SMSSI batch SPM 2005 – 2012 ke majlis sambutan hari ulang tahun SMSSI ke 10

Wednesday, August 21, 2013

Jemputan kepada semua ex-student SMSSI batch SPM 2005 – 2012 ke majlis sambutan Hari Ulang Tahun SMSSI ke 10 

Tarikh : 30 Ogos 2013
Hari : Jumaat


Acara Secara Umum 

1. Perlancaran Alumni
2. Pengisahan semula yg akan diwakili setiap batch ex-student
3. Tayangan Multimedia
4. Pameran bergambar ex-student
5. Jamuan.

- Majlis akan dimulakan pada pukul 9.00 mlm – 11.30 mlm
-Majlis akan dilanjutkan dengan sambutan kemerdekaan pd 11.30 mlm -12 mlm.

#Semua ex-student dialu2kan ke majlis sambutan ini dengan :
 bayaran RM 50 seorang bagik ex-student yg sudah berkerja
 dan RM30 kpd ex-student yg masih berlajar di IPTA/IPTS.. ( bayaran boleh dibuat semasa pendaftaran di kaunter pendaftaran Alumni bertempat diruangan foyer SMSSI)

#Segala maklumat dan pertanyaan boleh menghubungi saya dan Alumni SMSSI..

# Pengesahan kehadiran perlu dimaklumkan kpd sy @ wakil Alumni sebelum 30 ogos.

$$$ : Jika ada pic lama2 (bukan individu)  sepanjang berada di SMSSI berdasarkan batch@ kelas masing2 boleh le dibawa bersama yg tlh cuci dlm saiz 4R utk dipamerkan di board ex-student bach masing2...segala kerjasma amat dihargai.

* ex-student yg sudah berumah tangga...boleh membawa pasangan masing2 n anak...
* etika pakaian : baju melayu bersamping bagi lelaki dan baju kurung utk perempuan.
* Penginapan tidak disediakan.
Baca seterusnya...

Raja Saudi sokong tindakan Mesir menentang 'keganasan'...

Saturday, August 17, 2013

Apabila sang ketam mengarahkan ikan tembakul berjalan lurus maka terpinga2 le sekalian dunia haiwan di lautan, daratan n di udara…bahkan sang duyong dengan amarahnya berkata..”wahai sang ketam…kalu ko dijadikan stim boat utk kedarah perut aku…alangkah bagusnya”…

Erm anology diatas td…sy tujukan watak ketam kpd Raja Arab Saudi…Raja Abdullah yg tlh menyeru kerajaan2 Islam agar menyokong sepenuhnya kerajaan kudeta Mesir agar menghapuskan rakyat2nya yg menyokong kerajaan sah yg didokong oleh president Morshi…

Dalam keadaan umat Islam dinegara laen memprotes menentang kezaliman kerajaan tentera Mesir tetiba pula Raja Arab Saudi nie menongkah arus dgn mengatakan penyokong2 Morshi (Ikhwanul Muslimin ) adalah pengganas…Kenyataan yg pelik tp benar drp ketua Kerajaan Islam yg sgt dihormati didunia Arab…

Jika kita toleh sejarah silam kerajaan As Saud nie…maka tak pelik n hairan le jika ucapannya sebegitu w/pun kita tlh dikaburi ngan gelaran keluarga ini sebagai khadam dua kota suci umat Islam…

Bermula dengan pengasasnya…hingga le kpd warisan tahta terkini…keluarga As Saud sememangnya tlh menjadi boneka pemimpin2 barat yg kehausan utk menghapuskan Islam dimuka bumi ini…
 
Petikan Ucapan Raja Andullah :
RIYADH 17 Ogos - Pemimpin Arab Saudi, Raja Abdullah semalam, menyeru negara-negara Arab supaya berdiri bersama-sama menentang `usaha menjejaskan kestabilan’ Mesir, dalam satu mesej bagi menyokong kepimpinan tentera negara itu. 

``Arab Saudi, rakyatnya dan kerajaan hari ini berdiri bersama saudara kami di Mesir dalam menentang keganasan. 

``Saya menyeru kepada mereka yang jujur di Mesir dan negara-negara Arab serta negara Islam berdiri sebagai seorang lelaki dan satu hati dalam menghadapi cubaan untuk menjejaskan kestabilan negara yang berada di barisan hadapan negara Arab dan sejarah Islam,’’ katanya dalam siaran televisyen negara ini. 

Arab Saudi merupakan sekutu rapat bekas Presiden Mesir yang digulingkan, Hosni Mubarak dan mempunyai hubungan yang sukar dengan pergerakan Ikhwanul Muslimin. – REUTERS

Apa yg sy sedih de lah…dlm keadaan Islam bara2 api sekarang nie...tiada seorg pun  ulu amri yg sebenar2nya utk dijadikan rujukan umat islam sedunia setelah kejatuhan kerajaan Khalifah Islam di Turki…banding dengan Syiah…ada juga Imamnya…banding dgn kristian Khatolik…ada juga pope yg menyatukan umat kristian tue…

 Sy tertanya2 bilakah agaknya seorg khalifah Islam akan muncul utk menyatukan umat islam didunia ini…menegakkan nur Islam dimuka bumi dan membasmikan kerosakkan yg batil…Hanya Allah sahaja yg mengetahuinya… Baca seterusnya...

Malaysia diselubungi dengan Isu2 kontroversi islam...

Tuesday, August 13, 2013

Sejak akhir2 nie…negara kite tlh digolakkan dengan beberapa isu agama yg lazimnya dikhilaf oleh para ulama2 secara tertutup utk diselesaikan demi manafaat umat islam sejagat…Perbahasan di dewan syura Ulama ini diwakili oleh ulama2 yg pakar dlm bidangnya…masyarakat marhaen hanya menerima pendapat yg th digazetkan itu dlm bentuk fatwa yg akan diwartakan secara umum tanpa berbelah bahagi…sbb ulama itu adalah pewaris nabi…

skrg nie masalah2 agama tlh menjadik satu polimik dikalangan massa secara terbuka…ada dikalangan mrk yg mengeluarkan pandangan tanpa berbekal ilmu agama islam yg tulen…tanpa merujuk kpd kitab2 ulama yg sahih..tanpa berpandukan kpd hadis dan al-quran…hanya berbekalkan ilmu mantik dan emosi shj…tak lebih daripada itu…sebenarnya pandangan ini cukup bahaya skali…terutama kpd umat islam yg memiliki fundamental yg agak lemah dlm bidang tauhid, fekah dan tasaauf…


Diantara isu2 agama yg tlh dibongkarkan dialam cyber dlm beberapa bulan nie…

1. Siti Mariana Abdullah atau nama asalnya N Santhi mahu kembali kepada agama Hindu (murtad)

2. Dua orang anak Mohd Ridzuan Abdullah (K Patmanathan) kembali kpd agama Hindu setelah bekas isterinya Indira Ghandi menang kes di mahkamah. (murtad).

3.   Ratu cantik Miss Sara Amelia mendakwa fatwa yg tlh diwartakan pd thn 1966 adalah lapuk utk menghalalkan dirinya join Miss Malaysia world 2013.

4. Alvin Tan dan Vivian lee ngan isu bak kut teh (makanan yg senonim ngan babi) yg diselitkan bersama2 salam ramadhan. (Cemar agama Islam)

 5. Maznah Mohd Yusof bersama2 anjing kesayangannya memberi ucapan salam aidl fitri (Cemar agama Islam)

6. Penganut Buddha bermeditasi di surau Tanjung Sutera Resort Tanjung Sedili. (Cemar agama Islam)

Berdasarkan pandangan peribadi sy…Enam Isu di atas nie ( jika satu isu pown )  boleh menimbulkan rusuhan jalanan dan ketegangan antara agama yg tidak terkawal sekiranya ia berlaku di negara2 Asia Barat,India dan Indonesia… Hebatnya di negara kita, isu nie hanya menjadi tajuk sessi perbahasan di warung kopi dan juga di social network…marah2, maki2, geram2 dan pebila isu laen timbul maka enam isu kontroversi diatas meluwap begitu shj dijiwa sanubari umat Islam…erm tak  pelik gak jika ada ramai dikalangan umat Islam dinegara kita wat derk jea ( x peduli ) ngan Isu2 nie...Syabas rakyat Malaysia.

Sy harapkan kpd sesiapa yg ingin mengutarakan pandangan, pendapat isu polimik ini, perlulah merujuk kpd kitab2 agama yg tlh dinukilkan leh Ulama2 muktabar…sbb isu2 nie sebenarnya tlh pown berlaku ratusan tahun dahulu dan ianya sudah pown ada penyelesaiannya… ironiknye sejarah isu2 agama Islam itu sendiri berulang2 disepanjang zaman cuma wataknye shj yg berbeza…jadik kita serahkan shj permasalahan ini kpd pihak2 yg mempunyai kepakaran ilmu n kuasa utk menanganinya…

Nasehat sy..Tak perlulah kita memberi komen berdasarkan ilmu aqli semata2…Ianya akan mengeruhkan lagi isu yg dh keruh itu…Jika tergelincir dari nas2 serta hujah2 sebenar…silap2 hari bulan aqidah kita lak menjadik keruh…soal emosi ?..erm  selagi dlm jiwa kita ada nur Islam...pd sy mmg patut le kita marah2...marah yg dpt pahala...

Pe2 pown hikmah tercetusnya isu2 ini merupakan antara bukti bahawa undang2 islam sebenarnya valid sepanjang zaman sbb ianya merupakan "the best refrence " utk solve masalah umat manusia sehingga hari qiamat...Antara Mukjizat2 Al-quran...hu3 Baca seterusnya...