Raja Saudi sokong tindakan Mesir menentang 'keganasan'...

Saturday, August 17, 2013

Apabila sang ketam mengarahkan ikan tembakul berjalan lurus maka terpinga2 le sekalian dunia haiwan di lautan, daratan n di udara…bahkan sang duyong dengan amarahnya berkata..”wahai sang ketam…kalu ko dijadikan stim boat utk kedarah perut aku…alangkah bagusnya”…

Erm anology diatas td…sy tujukan watak ketam kpd Raja Arab Saudi…Raja Abdullah yg tlh menyeru kerajaan2 Islam agar menyokong sepenuhnya kerajaan kudeta Mesir agar menghapuskan rakyat2nya yg menyokong kerajaan sah yg didokong oleh president Morshi…

Dalam keadaan umat Islam dinegara laen memprotes menentang kezaliman kerajaan tentera Mesir tetiba pula Raja Arab Saudi nie menongkah arus dgn mengatakan penyokong2 Morshi (Ikhwanul Muslimin ) adalah pengganas…Kenyataan yg pelik tp benar drp ketua Kerajaan Islam yg sgt dihormati didunia Arab…

Jika kita toleh sejarah silam kerajaan As Saud nie…maka tak pelik n hairan le jika ucapannya sebegitu w/pun kita tlh dikaburi ngan gelaran keluarga ini sebagai khadam dua kota suci umat Islam…

Bermula dengan pengasasnya…hingga le kpd warisan tahta terkini…keluarga As Saud sememangnya tlh menjadi boneka pemimpin2 barat yg kehausan utk menghapuskan Islam dimuka bumi ini…
 
Petikan Ucapan Raja Andullah :
RIYADH 17 Ogos - Pemimpin Arab Saudi, Raja Abdullah semalam, menyeru negara-negara Arab supaya berdiri bersama-sama menentang `usaha menjejaskan kestabilan’ Mesir, dalam satu mesej bagi menyokong kepimpinan tentera negara itu. 

``Arab Saudi, rakyatnya dan kerajaan hari ini berdiri bersama saudara kami di Mesir dalam menentang keganasan. 

``Saya menyeru kepada mereka yang jujur di Mesir dan negara-negara Arab serta negara Islam berdiri sebagai seorang lelaki dan satu hati dalam menghadapi cubaan untuk menjejaskan kestabilan negara yang berada di barisan hadapan negara Arab dan sejarah Islam,’’ katanya dalam siaran televisyen negara ini. 

Arab Saudi merupakan sekutu rapat bekas Presiden Mesir yang digulingkan, Hosni Mubarak dan mempunyai hubungan yang sukar dengan pergerakan Ikhwanul Muslimin. – REUTERS

Apa yg sy sedih de lah…dlm keadaan Islam bara2 api sekarang nie...tiada seorg pun  ulu amri yg sebenar2nya utk dijadikan rujukan umat islam sedunia setelah kejatuhan kerajaan Khalifah Islam di Turki…banding dengan Syiah…ada juga Imamnya…banding dgn kristian Khatolik…ada juga pope yg menyatukan umat kristian tue…

 Sy tertanya2 bilakah agaknya seorg khalifah Islam akan muncul utk menyatukan umat islam didunia ini…menegakkan nur Islam dimuka bumi dan membasmikan kerosakkan yg batil…Hanya Allah sahaja yg mengetahuinya…

0 comments:

Post a Comment