Al-fatihah buat arwah Razak Pid (suami arwah ckg Nawiah) serta arwah dua org puterinya...

Wednesday, April 24, 2013
    Kereta yg dipandu leh arwah Razak...


AL-fatihah buat arwah Razak Pid bersama2 arwah dua org puterinya yg tlh kembali ke ramahtullah ptg td akibat kemalangan jalan raya di sg Ambat Mersing...sekembalinya drpd khusus...

Arwah adalah teman sy n arwah isteri beliau iaitu arwah ckg Nawiah merupakan rakan sekerja sy di SMSSI...arwah ckg Nawiah meninggal dunia pd thn 2011...klik

Sebentar td sy sempat menziarahi arwah serta arwah anak2nya di hospital Mersing selepas proses post mortem dijalankan...sempat gak menatap wajah arwah serta arwah dua org puterinya...rasenya sy x akan insert pic jenazah dicni krn menghormati jenazah beliau serta arwah puteri2nya..

Sementara anak bongsu beliau seorg putera (Halim) tlh dikejarkan ke hospital JB...Khabarnya kakinya patah n dlm keadaan kritikal...Kalu x silap sy le..semasa arwah ibunya meninggal...mase ue kakinya dibalut simen kerana patah kaki akibat terjatuh...

Dlm kemalangan kali nie...De yg mengatakan ada 17 tulang yg patah pd tubuh badan anak kecil ini...erm semasa anak kecil nie memasuki bilik operation...mase itu gak  arwah bapa n arwah kakaknya memasuki liang lahad...3 jenazah dalam satu liang...

Sy rase sedih n terharu mengenangkan anak kecil nie...dlm keadaan menahan sakit terkontang2...tiada mak dan abah utk dtg memujuk...kakak2 pown dh x de...Semoga Allah melindungi n merahmati sosok tubuh kecil ini  sehingga dewasa  diatas dugaan hidup seawal usia muda nie... 

Akhir kata...semoga roh arwah serta arwah kedua2 org puterinya dicucuri rahmat hendaknya...Al-fatihah


.                             Gambar Alim...skrg sdg dirawat di HSSA...tingkat 5 sayap kiri..Didoakan cepat sembuh hendaknya...Amin.
Baca seterusnya...

PRU 13...Perpaduan Kaum bermula dari PAKATAN RAKYAT...Ini kalilah...

Monday, April 22, 2013
Baca seterusnya...

PRU 13...Sy harap 7 retakkan kecil nie...perlu disembuhkan segera leh pihak atasan PR...

Saturday, April 20, 2013




Sy x tahu dimana silapnya dlm pertembungan 7 kerusi PAS n PKR nie w/pun kesilapan ue tetap ada...Persoalan nie bukannye leh dipandang remeh...Pelbagai isu leh dizahirkan sekiranya ia dimanipulasi leh pihak BN yg dahagakan kemenangan majoriti dlm PRU 13 nie...


Sy harap 7 retakkan kecil nie...perlu le disembuhkan segera leh pihak atasan PR sebelum tarikh mengundi dilaksanakan...dlm kemelut utk menggapai kemenangan...salah satu pihak perlu le tarik diri...soal deposit hilang de lah lebih kecil jika dibandingan nilai kemenangan atas PR nnti...


Secara teknikalnya...amat payah PKR nk undi PAS sekiranya de wakilnya yg bertanding...begitu gak ngan pihak PAS...Ianya gak leh mengelirukan ahli2 DAP...sape yg untung?..dh tentu bonus utk BN...


7 kerusi yg bertembung PAS n PKR de lah...


SUNGAI ACHEH, PULAU PINANG 
Badrul Hisham Shaharin (PKR)
Mohd Yusni Mat Piah (PAS) - undur diri n beri laluan kpd PKR- 22 april 2013
Datuk Mahmud Zakaria (BN)

KOTA DAMANSARA, SELANGOR  (masih berunding atr PKR n PAS )

Ridzuan Ismail (PAS)
Mohd Nasir Hashim (PKR)
Halimaton Saadiah Bohan (BN)
Halmi Omar (Bebas)
Edros Abdullah (Bebas)
Suppiah Anandan (Bebas)

LABUAN, WILAYAH PERSEKUTUAN

 Rosman Isli (BN)
Tan Sri Ibrahim Menudin (PKR)
Hadnan Mohamad (PAS) undur diri n beri laluan kpd PKR - 22 april 2013

PANTI, JOHOR 

Azlisham Azahar (PAS)  undur diri n beri laluan kpd PKR - 22 april 2013
Datuk Baderi Dasuki (BN)
Mohd Annuar Mohd Salleh (PKR) 

SEBERANG TAKIR, TERENGGANU

 Datuk Ahmad Razif Abd Rahman (BN)
Zakaria Dagang (PAS)
Ahmad Nazri Mohd Yusof (PKR) undur diri n beri laluan kpd PAS - 22 april 2013

KOTA PUTERA, TERENGGANU

 Mohd Mahdi Musa (BN)
Adam Mat Said (PAS)
Mohamed Abdul Ghani Ibrahim (PKR) undur diri n beri laluan kpd PAS - 22 april 2013
BUKIT BESI, TERENGGANU 

Roslan Ismail (PAS)
Roslee Daud (BN)
Mohd Shamsul Mat Amin (PKR) undur diri n beri laluan kpd PAS- 22 april 2013



INFO terkini HARAKAHDAILY

Pertindihan calon, PAS mesyuarat Isnin ini

Harakahdaily, 20 Apr 2013
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Harian PAS Pusat akan mengadakan mesyuarat khas pada Isnin ini bagi  membuat keputusan berikutan pertindihan calon PAS dan PKR di beberapa kerusi selepas tamat tempoh penamaan calon hari ini.

Perkara itu dimaklumkan Penolong Setiausaha Agung PAS Ahmad Sabki Yusof dalam satu kenyataan petang ini.

Antara kerusi yang berlaku pertembungantersebut adalah Parlimen Labuan, DUN Sungai Aceh, DUN Kota Damansara, DUN Bukit Besi, DUN Kota Putera, DUN Seberang Takir dan DUN Panti.

"Sehubungan dengan itu, semua ahli dan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat diminta bersabar sehingga keputusan dicapai oleh pucuk pimpinan tertinggi PAS Isnin ini," katanya.
Baca seterusnya...

PRU 13...Komen2 drpd kaum Tionghua kat FB yg leh meremang bulu roma sy ttg isu DAP guna logo PAS...

Friday, April 19, 2013
Baca seterusnya...

PRU 13...Kerusi2 HOT...pemimpin manakah yg terkubur?...BN or PR?

Tuesday, April 16, 2013


PARLIMEN JOHOR

P140 - Segamat (PRU 12 - BN menang -majoriti 2 991)
BN -S Subramaniam
PKR - Chua Jui Meng (Pengerusi PKR Johor)

P143 - Pagoh (PRU 12 - BN menang - majoriti 12 581)
BN - Muhyiddin Mohd Yassin (Timbalan PM Malaysia)
PAS - Mohd Rozali Jamal Hafiz

P150 - Batu Pahat (PRU 12 -BN menang-majoriti 12 968)
BN - Puad Zarkashi (Timbalan Menteri Pelajaran)
PKR - Idris Jauzi

P153 - Sembrong (PRU 12 - BN menang -majoriti 11 570)
BN - Hishamuddin Hussein (Menteri Dalam Negeri)
PKR- Onn Abu Bakar

P162 - Gelang Patah  (PRU 12 - BN menang -majoriti 8 851)
BN - Abdul Ghani Othman (MB Johor)
DAP - Lim Kit Siang (Penasehat DAP)



PARLIMEN NEGERI SEMBILAN

P127- Jempol (PRU 12-BN menang -majoriti 12 320) 
BN- Md Isa Md Samad (Bekas MB Negeri Sembilan)
PAS - Wan Aisyah  Wan Ariffin (Bekas Penyanyi) 


P131 Rembau (PRU12 -BN menang -majoriti 5 746)
BN- Khairy Jamaludin (Ketua Pemuda UMNO)
PKR - ?



PARLIMEN PAHANG

P85 -Pekan (PRU 12- BN menang-majoriti 26 464)

BN - Najib Abd Razak (PM Malaysia)
PKR - Fariz Musa
GM 13 - Mohamad Bukhairy Sofian (Tarik diri n memberikan sokongan padu kpd PR)


 P90 - Bera (PRU 12 - BN menang -majoriti 3 821)
BN - Ismail Sabri Yaakob
PKR - Zakaria Abdulhamid


PARLIMEN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

P121 - Lembah Pantai (PRU 12- PKR menang - majoriti 2 895)
PKR - Nurul Izzah
BN- Raja Nong Chik

P125 - Putrajaya (PRU 12 - BN menang -majoriti 2 734 )
BN - Tengku Adnan Tengku Mansor
PAS - Husam Musa


PARLIMEN SELANGOR

P108 - Shah Alam (PRU 12 - PAS menang - majoriti 9 314)
PAS - Khalid Abdul Samad
BN - Zulkifli Nordin



PARLIMEN PULAU PINANG

P44 - Permatang Pauh (PRU 12 - PKR menang -majoriti 13 398)
PKR - Anwar Ibrahim
BN - Mazlan Ismail

DUN PULAU PINANG

N21- Sungai Acheh (PRU 12- BN menang-majoriti 250)
BN - Mahmud Zakaria
PKR - Badrul HishamShaharin (Chegu Bard)


PARLIMEN PERLIS

P3- Arau (PRU 12 - BN menang - majoriti 300)
BN - Shahidan Kassim
PAS - Haron Din


DUN PERLIS

N15 - Sanglang (PRU 12 - BN menang - majoriti 149)
BN - Fathul Bari Mat Jahaya (Ulama Muda UMNO)
PAS - Mohd Shukri Ramli


PARLIMEN KEDAH

P8 - Pokok Sena ( PRU 12 - PAS menang - majoriti 5 731)
PAS - Mahfuz Omar
BN - Sahlan Ismail 

P11 - Pendang (PRU 12 - PAS menang - majoriti 4 073)
PAS - Mohamad Sabu
BN - Othman Abdul

PARLIMEN  TERENGGANU

P36- Kuala Terengganu (PRU 12 - BN menang-majoriti 628)
BN - Mohd Zubir Embong
PAS - Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad

P37- Marang (PRU 12 - PAS menang - majoriti 2 747 )
PAS - Hadi Awang
BN - Yahya Khatib Mohamad

P40 - Kemaman (PRU 12 - BN menang - majoriti 12 683)
BN-Ahmad Shabery Cheek (Menteri Belia dan Sukan)
PAS - Kamaruddin Chik


PARLIMEN KELANTAN


P22-Pasir Mas (PRU 12-PAS menang -majoriti 8 991)
PAS - Nik Abduh Nik Abdul Aziz
BN - Che JOhan Che Pa
Bebas : Ibrahim Ali?


P25 - Bachok (PRU 12 - PAS menang -majoriti 2 901)
PAS - Ahmad Marzuki Saari
BN - Awang Adik Husin


P26 - Ketereh (PRU 12 - PKR menang -majoriti 400)
PKR - Ab Aziz Kadir
BN - Annuar Musa


P32 - Gua Musang (PRU 12-BN menang - majoriti 4 394)
BN - Tengku Razaleigh Hamzah
PAS - Abdul Rahim


DUN KELANTAN

N6- Chempaka (PRU 12-PAS menang-majoriti 4 249)
PAS - Nik Abdul Aziz Nik Mat 
BN - Wan Razman Wan Abdul Razak


PARLIMEN PERAK


P61- Padang Rengas (PRU 12 - BN menang -majoriti 1 749)
BN- Mohamad Nazri Abd Aziz (Menteri Jabatan Perdana Menteri)
PKR - Meor Ahmad Asjarra Ishak

P63 - Tambun (PRU 12 - BN menang -majoriti 5 386)
BN - Ahmad Husni Hanadzlah (Menteri Kewangan II)
PKR - Siti Aishah Shaik ISmail (Ketua Srikandi PKR)


P74 - Lumut (PRU 12 - BN menang -majoriti 298)
BN - KOng Cho Ha (Menteri Pengankutan)
PKR- Imran Abdul Hadi



DUN PERAK

N14 -Changkat Jering (PRU 12- PKR menang-majoriti 1 102)
PAS - Mohamad Nizar Jamaluddin (Bekas MB Perak)
BN-Rosli Husin

 
N52- Pangkor (PRU 12 - BN menang -majoriti 5 785)
BN - Zambrry Abdul Kadir (MB Perak)
PKR - Saifullah Mohd Zulkefli






Info akan diupdate dr masa ke semasa...hu3

kkkk Baca seterusnya...

PRU13...Org2 cina, india, sikh serta bumiputra pown SOKONG PAS...UNDI PAS...Ini kalilah..

Monday, April 15, 2013
Baca seterusnya...

PRU13...Negaraku tanggungjawab bersama...UNDILAH PAKATAN RAKYAT...Perubahan Ditanganmu...

Wednesday, April 10, 2013
Baca seterusnya...

PRU 13...Perbandingan Keputusan PRU 11 dan PRU12 (PARLIMEN)

Tuesday, April 9, 2013
BIRU TUA : BN
BIRU MUDA : PKR
HIJAU : PAS
MERAH : DAP

2008 (PRU 12) PARLIMEN
BN : 140 kerusi
PAS : 23 kerusi
PKR : 31 kerusi
DAP : 28 kerusi


PRU 11 (2004)
PRU 12 (2008)



 PRU 13 (2013)
Baca seterusnya...

PRU13...Perbandingan keputusan PRU 11 dan PRU12 (DUN)

Saturday, April 6, 2013
 Petunjuk :
BIRU : BN
HIJAU : PAS
MERAH : DAP

Perbandingan Keputusan PRU 11 dan PRU 12 
kedudukan kerusi Dewan Undangan Negeri Yang dimenangi

  
PRU 11 (2004)



 
 PRU 12 (2008)




PRU 13 (2013)

Baca seterusnya...

PRU13...Ini Kalilah...

Thursday, April 4, 2013


Ini kalilah…hari yg dinanti2 sejak 1955..
Ini kalilah…peluang terbaek kita…
Ini kalilah…tekad rakyat bangkit berjuang…
Ini kalilah…demokrasi tulen ditegakkan...
Ini kalilah…Malaysia sebenarnya2 Malaysia…
Ini Kalilah...UBAH...utk generasi akan datang...   Baca seterusnya...

PRU13...Adakah penamat kpd teori RAHMAN?

Sunday, March 31, 2013

Sy x pasti siapakah founder sebenar  teori Rahman nie…Utk peminat2  politik tegar tanahair..ianye seolah2 tlh jadikan teori ni satu mitos yg amat sukar diterjermahkan dr sudut scientific…Terjadik berdasarkan suratan dan kebetulan…

Teori nie  de lah akronim sempena nama perdana menteri pertama kite Tunku Abdul Rahman…RAHMAN…dimana enam huruf2 akronim nie yg mewakili nama tokoh2 politik yg tlh menjadik PM Malaysia...kesemuanya drpd parti UMNO… Teori nie dh pun complete setelah Najib memegang tampuk pemerintahan Malaysia sebagai PM yg ke 6…

Mengapa ianya menjadik perbahasan dikalangan intelektual permerhati politik kite?...jawapannya simple je kot...ianye menarik dan sedap dijadikan hujah…

Teori nie dh pown dinukil pd benak kepala wartawan2 politikus sejak 25-30 thn dulu…versi founder idea teori nie terlalu byk…maybe mrk nie dh pown kembali keramahtullah agaknye…de org kata teori nie de lah buah fikiran penulis politik sdr Ikhwan Nasir (setiausaha politik tun Musa Hitam)…de gak org kata idea dr Saupi Ibrahim…bekas ahli parlimen Kepala Batas sebelum pak Lah…ermm ntah le..

Setahu sy le…teori nie jadik rancak semasa umno sdg bergolak pd thn 1987…sewkt team yg pro kpd tengku Tengku Razaleigh Hamzah bersama Musa Hitam melawan Dr Mahathir…ianya menjadik semakin hot pd thn 1990an sewkt Anwar jadik timbalan perdana menteri…bakal pengganti Mahathir…

Teori nie terus mencetuskan polimik dikalangan massa...erm...tunku Abdul Rahman, Abdul Razak, Hussein Onn dan Mahathir dh pun diketahui ( RAHM )...sape lg org2 politik yg akan menjadik pelengkap kpd aksara huruf ( AN )? yg bakal menjadik PM Malaysia... seterusnya nama mrk menyempurnakan teori RAHMAN.

 Pebile PRU13 nie tamatkan misterinye setelah keputusan diumumkan…Adakah  ianye penamat kpd teori Rahman yg bertunjangkan kpd pemimpin parti UMNO?...Apekah teori yg bakal menggantikan teori Rahman nie ?...Adakah teori nie bertunjangkan kpd parti Pakatan Rakyat ?...teori pe lak pas nie ek?...rasenye ahli2 sihir zaman firaun pown x dpt nk membina teori akronim bakal2 PM Malaysia seterusnye selepas teori Rahman nie…hu3 Baca seterusnya...

Pesanan manja kepada calon2 PRU13...

Saturday, March 30, 2013
Baca seterusnya...

Rusuhan Tersembunyi... i love u...Nadira Illana...

Wednesday, March 27, 2013
Baca seterusnya...

sakit le jiwa sy bile de bdk2 sy pegang teguh ngan fahaman nie..

Tuesday, March 26, 2013



Bile dh jwp cam nie..x kan x de sense mengatakan jawapan nie salah…dh byk kali sy cakap…jumurul ulama matematik dh sependapat…graf function kuadratik shape die parabola…tp kalu dh shape cam mount everest ..nie dh kire fahaman matematik mu’tazilah …sakit le jiwa sy bile de bdk2 sy pegang teguh ngan fahaman nie... comfirm x bau syurga matematik…A+…adoi Baca seterusnya...

Apabila Dr Zakir berhujah...terkedu le kafirun...

Monday, March 25, 2013
Baca seterusnya...

Mathematical Reasoning dlm kehidupan seharian...

Sunday, March 24, 2013
Petikan berita utusan pd 23 mac 2013  klik
Tajuk : 291 Anggota Tinggalkan PKR, Sertai BN

Antara hasil temuramah pd perenggan yang ke empat dan kelima :

" Seorang lagi bekas anggota PKR, M.Devi, 35, dari Estet Changkat Asa berkata, beliau benar-benar sedih kerana memberi kepercayaan kepada PKR yang hanya tahu menabur janji tetapi tidak menunaikannya.

 "Saya hidup susah, suami isteri kerja sebagai penoreh getah, anak kecil tetapi mujur BN banyak tolong beri bantuan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M)” 

My argument :
 Si pengadu mengatakan dia ada anak kecil n dlm masa yg sama menerima Baucar Buku 1 Malaysia.

Dlm ilmu mathematical Reasoning : Ini merupakan contoh " False Statement"

Fakta n alasan sy : 
Baucar Buku utk mahasiswa je…camne anak kecil leh dpt…nk klentong or cover line kena cerdik.le.




 Moral story :
 1. Penerima sesuatu maklumat x leh terima bulat2 sesuatu berita…selidik dahulu.
 2. Sebagai wartawan…kajian perlu dibuat utk menulis sesuatu berita…jaga integrity kewartawanan. Baca seterusnya...

ramalan sy ttg keputusan result SPM 2012 secara umum tepat skali

Saturday, March 23, 2013
Berdasarkan pengalaman sy setiap batch base pd akademik…..ramalan sy ttg keputusan result SPM 2012 secara umum tepat skali…pe yg berlaku dh berlaku pown…teka teki penantian hampir 4 bulan sudah pown terjawab…

Bagaimana subjek sy?...alhamdulilah…utk spm 2012…matematik menjadik subjek terbaek n menduduki first ranking GPS semua subjek peringkat sekolah ngan GPS 0.771…(79 org dpt A+)(68 org dpt A)(7 org dpt A-)(4 org dpt B+)(6 org dpt B) dan (2 org dpt C+) utk calon seramai 166 org…erm meningkat jika dibandingkan ngan GPS tahun lepas…0.843.

Namun begitu…target peribadi sy masih x tercapai…sbb matlamat sy 100% A…sudah terbukti kelemahan sy cukup jelas dan nyata…disini sy ingin meminta maaf byk2 kpd ISKANDAR atas kesilapan sy..hu3 Baca seterusnya...

Sepupu saya yang termuda...

Tuesday, March 19, 2013



Dlm record family sy setakat nie…nie le cousin sy yg termuda…nk tulih nama full die kat cni rase cam susah le…berbelit2…pe2 pown sy panggil die qusai je…tp rasenye ahli2 keluarga sy panggil die ngan nama laen…just sy sorang je panggil die ngan nama qusai…

Setakat nie sy reti pangku n dukung je…kalu die nangis…sy sumbat je ngan puting angin ue…laen2 urusan sy x reti le..erm tunggu die besar skit le…bru besh nyakat die bermati2an…leh buli2...ha3.

Baca seterusnya...

SMSSI berjaya sempurnakan amanah sebagai tuan rumah HKSBP bola keranjang kali ke 40 dgn gemilang....

Sunday, March 10, 2013


Mlm semlm sy tlh menghadiri jamuan makan sempena open ceremony HKSBP bola keranjang peringkat zon selatan kali ke 40 yg tlh diadakan di dewan politeknik yg melibatkan 16 kontigen sek berasrama penuh di negeri Johor, Melaka n negeri Sembilan…

Sebagai tuan rumah…rasenye majlis nie tlh dijayakan ngan sempurna skali…rase kekaguman menyelinap dlm diri sy sebagai salah seorg warga sbp... cukup teruja skali…sememangnya acara2 hebat sbp cukup prestij sgt2…warisan n budaya bording school…

Kehadiran pengetua2 sbp n tetamu kehormat yg diiringi ngan bunga manggar , silat n kompang serta gamelan, persembahan pelajar yg terdiri drpd 3 segmen asas…zapin, nasyid n nyanyian solo mmg x mengecewakan…Pantun2 yg dilontarkan leh tn pengetua yg merangkumi kesemua nama2 sbp zon selatan sebagai pembukaan kata2 alu2an pd majlis nie tlh memberian suntikan  sorakan  gemuruh kpd kontigen2 serta perwakilan...

Makanan?...cukup sedap n enak skali…kalah menu KFC kat Mersing…Muka2 ceria kontigen penuh ngan aura semangat kesukanan... Sorakan cheer semua kontigen secara spontan setelah kepulangan tetamu kehormat ngan laungan “luaskan kuasa zon selatan” membenihkan jalinan pemuafakatan 16 sbp yg cukup erat n kental…rasenye tentera2 sultan sulu pown leh surrender ngan semangat putera n puteri zon selatan nie…

Ttg pertugas2 sukarelawan SMSSI pd mlm td…cukup kemas n teratur…Secara peribadi sy…Iskandar tlh matang utk menjayakan semua pgrm yg tlh diamanahkan leh pihak sbp…Syabas buat warga ISKANDAR… Baca seterusnya...

Yesterday was my birthday 43...and proud of every year! Feb 26...tua doh ue...hu3

Wednesday, February 27, 2013
Baca seterusnya...

Harap kita lebih respek n malu kepada mualaf2 nie...

Sunday, February 24, 2013


Sy nk bercerita psl seorang muaalaf tp bukan le psl Adam Corrie...Kisah nie berlaku dh 35 tahun…dh lame dh ue…memori sy hampir blur2 nk mengingati pe yg berlaku..namun begitu pe yg berlaku tetap seperti pe yg berlaku…

Pe yg sy nk berkongsi de le cite sorg apek tua yg menjaja ais krim di depan rumah sy yg tlh memeluk agama islam…Kalu x silap sy nama die Ah Sang..umurnye sekitar 60 thn kurang lebey…n die nie cukup friendly ngan anak2 kecil kat kg sy…maybe sumber market die kot…

Sebenarnya Ah Sang nie…memeluk islam mase umurnye dh senja…mase ue de org2 kampung memanggil die apek maalaf…setelah memeluk agama islam…kopiah puteh x lekang di atas kepalanya…ttg pandangan org kg sy x pasti …sbb umur sy terlalu muda utk memahami pemikiran kolektif social golongan manusia..cuma yg sy masih ingat..apek nie mmg pekat ngan loghat tionghuanye...

 Pe yg sy terdengar2 dia dh wat haji pas peluk agama islam…sy x tau le camne die begitu nekad utk mengumpul wang ke sana…erm…maklum le pd mase ue ais kream sebatang bru sepuluh sen…hasil kringat yg x seberapa ue…dpt gak die ke masjidil haram….Seruan baitullulah...

Pe yg sy tahu...nk dpt hidayah nie..bukannya senang...bukan leh di beli ngan wang ringgit n reta menda...ianya satu anugrah...Bah kan mualaf nie lebey baek drpd kita dr segi keimanan...Maklum le..de dikalangan kite org melayu nie...islam base pd keturunan...tanpa rase kesukaran n kepayahan utk mendpt gelaran islam...

Pe2 pown Allah lebih berhak menilai sesiapa shj yg diberinya hidayah...bukannya kita...so jangan le kite buruk sangka terhadap saudara2 baru kite...Harap kite lebih respek n malu kepada muaalaf2 nie...hu3 Baca seterusnya...

Sahabat Baginda Rasullulah yang masih hidup....

Monday, February 18, 2013


Ada dua tmpt yg sy berhajat nk kunjungi jika sy pergi ke Jordan…
1. Petra
2. Pohon yg prnh menaungi baginda Rasullulah.

Ex-student sy yg study di Jordan sering bercerita ttg Bandar Petra tp x pula cerita ttg pohon nie…maybe pohon nie di kawal ketat leh pemerintah Jordan agaknya. Jika ikut usianya…barangkali umurnye dh jejak 1900 thn lamanye…

Untung le pohon nie…sbb bkn shj dpt melihat susuk tubuh kekasih Allah bahkan dpt berbakti kpd Rasullah ngan menaungkan rimbunan dedaunnya n membiarkan tubuh badannya menjadi tempat utk Rasullulah bersandar...Untung le sbb prnh menyentuh kulit Rasullulah. Jikalau le pohon nie leh berkata2..dh tentu ianya x jemu2 bercerita psl Rasullulah sehingga le ke hari ini agaknya.

erm ketika baginda berteduh di pohon nie le…ahli kitab pendita Nasrani iaitu Bahira tlh melihat tanda2 kenabian baginda Rasulullah sebelum menasihati Abi Talib agar x meneruskan perjalanan ke Syam krn dikhuatiri baginda dibunuh leh musuh2nya.

 Bahkan Bahira  memberitahu kpd Abi Talib bhw pohon nie dah pown bersujud tanda hormat kpd Rasullulah dr jauh lagi pebila nampak shj Baginda menuju kpdnya… Sy rase le…pd saat itu…pasti kegembiraan yg paling gemilang buat pohon nie krn ditaqdirkan rombongan baginda tlh memilihnye utk bernaung…

Semoga nama mu yg diabadikan sebagai “sahabat nabi yg masih hidup” berkekalan sehingga ke hari qiamah… Untuk pengetahuanmu wahai pohon...umat diakhir zaman nie yg x pernah bertemu baginda secara fizikal...amat2 merindui baginda...

Terima kasih krn tlh berbakti kpd Rasullulah…hanya Allah shj yg membalas budimu...amin. Baca seterusnya...

“Jangan le pilih ahli politik Machiavelli tp pilih le ahli politik siasah Islam”

Thursday, February 14, 2013

Pilihanraya Umum 13 hampir menjelang…tangan sy nie rase gatal2 lak nk nulih cite yg berkaitan ngan politik…erm sy nk cite psl pemikiran politik machiavelli…

Falsafah politik Machiavelli nie sebenarnye cukup simple jea…utk mengekalkan kuasa pemerintah…matlamat menghalalkan cara…n dh tentu ianya berlawan arus ngan siasah politik Islam…

 Kalu x silap sy le…founder falsafah nie delah Niccolo Machiavelli…die prnh menulih sebuah buku yg bernama Prince n sehingga kini dh dijadikan panduan politik tokoh2 diktator dunia cam Benito Mussolini, Hitler dan Stalin…

Intipati falsafah politik Machiavelli de le 

1. Pemerintah yg ingin mengekalkan kuasa…perlu le mengabaikan pertimbangan moral n yakin sepenuhnye terhadap kepintaran menipu.

2. Pemerintah perlu bijak mengaburi mata rakyat ngan cara disuapkan ngan segala hiburan, pertunjukan seni yg melalaikan…pe yg penting dpt sokongan rakyat le…

3. Sesiapa yg menentang perlu kena tindakan yg tegas tp seolah2 nampak cam adil sgt2..

4. Sifat pemurah pemimpin perlu ditunjukkan ketika memerlukan sokongan n pujian rakyat…gunakan wang org laen bukannya wang sendiri...

Erm..dh le sy menulih psl falsafah Machiavelli…Cuma sy harapkan le…ciri2 falsafah Machiavelli nie x diamalkan leh pemerintah kite skrg n akan datang…

“JANGAN LE PILIH AHLI POLITIK MACHIAVELLI TP PILIH LE POLITIK SIASAH ISLAM” Baca seterusnya...

psy...terkinja2 cam beruk nie...mmg mahal reganya...

Wednesday, February 13, 2013

Wang merupakan nadi kehidupan di dunia…Sy try nk berimaginasi kemungkinan2 yg de dlm pemikiran individu @ pemimpin manusia sekiranya mrk dikurniakan wang sebanyak RM 2 juta…

 Mudir mahaad Tahfiz
 "Insyallah ana akan gunakan wang ini utk membina prasarana bangunan mahaad tahfiz serta menarik lg seramai mungkin anak muda islam kearah hafazan Al-quran…"

 Pengetua Anak2 yatim
"Wang ini akan diguna pakai utk keselesaan anak2 yatim piatu serta kebajikan pendidikan mrk sehingga mrk boleh berdikari sendiri n menjadi asset penting utk negara”

  Ketua kampong
 “Wang ini akan diagihkan kpd para pertani2 n penternak serta penduduk kampong yg x mempunyai perkerjaan tetap…sy gak nk jadikan wang ini sebagai modal utk membina satu kampong satu industry agar kehidupan penduduk dibawah jagaan sy lebey terjamin"

 Pengarah Hospital
 “Alhamdullilah…wang ini sy akan gunakan utk membeli beberapa peralatan terkini utk pesakit2 buah pinggang n kanser…mrk leh gunakan secara percuma…”

 Pengarah bomba.
 “Alat2 kebakaran yg de di balai bomba nie dh uzur sgt2…skrg ini dh musim panas…anggota2 sy sure gembira sgt2 krn balai bomba kami nnti mempunyai peralatan canggih utk kebakaran…demi kepentingan org ramai”

  Pegawai Pendidikan
  “Kami akan menggunakan wang ini utk membeli buku2 serta kelengkapan anak2 murid miskin tegar…semoga mrk akan menjadik insan yg berguna suatu hari nnti”

 Ketua pengarah kastam
  “statistic rekod penyeludupan semakin tinggi..maybe penyeludup2 skrg semakin bijak utk membuat perkara2 keji ini…insyaallah sy akan membeli gadjet2 tercanggih utk membasmi penyeludupan ini…"


Ahli Politik 
“Sy ingat nk bayar RM 2juta nie kpd psy…gangnam style…terkinja2 cam beruk nie..mmg mahal reganya…ue pown dh kire murah sgt2…utk hiburan 8 mint jea...pe salahnya ek”





Baca seterusnya...