Al-Fatihah buat anak didik almarhum Zulkhairi Azmi bin Md Bukhari

Friday, July 30, 2010


Universiti Malaya , 6.30 pm : Mahasiswa Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM) mati jatuh bangunan jam 2.35 petang di Kolej Kediaman Dr Nazrin Shah (Kolej Kediaman Ke-12) Universiti Malaya.

Menurut sumber, Zulkhairi Azmi bin Md Bukhari, 19 tahun, jatuh ketika ingin menyeberang tingkap ke bilik rakannya di bilik bersebelahan. Mahasiswa tersebut mati di tempat kejadian.


Mohd Syahid b. Mohd Zaini, ahli Kabinet Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) ketika dihubungi berkata beliau simpati terhadap keluarga mangsa.

“Saya menggesa Pihak Pentadbiran Kolej Kediaman Ke-12 menguatkuasakan langkah keselamatan agar kejadian sebegini tidak berulang.”, tambah beliau lagi.

Beberapa pegawai keselamatan semasa dimaklumkan berkali-kali oleh beberapa pelajar menyangka bunyi seperti sesuatu terjatuh ialah ’sampah’.

“Pada awalnya mereka menolak laporan kami yang ada budak jatuh bangunan,” jelas seorang pelajar yang menjadi saksi kejadian.

Dalam pada itu pihak pentadbiran universiti mengambil keputusan menghantar jenazah Allahyarham ke Mersing.

* sy x mengajar kelas 5 An-Najah mase batch spm2008...of course sy kurang mengenali arwah dgn lebih rapat...first time sy bercakap ngan arwah pd awal disember 2008 semasa arwah sdg stdy pendidikan islam utk SPM di surau...tp cite berkisar psl peksa jea...

erm...bru2 nie arwah de dtg sekolah utk ambik sijil SPM...rasenye dlm ramai2 pelajar batch spm2008 yg dtg tue...sy lebih byk bercakap ngan arwah...cuma yg lucunye sy x tau lak arwah nie org mersing...

ttg personaliti arwah ...arwah nie seorg pendiam n low profile...pe2 pn arwah sememangnye seorg pelajar yg baek...baek sgt2....Al-Fatihah buat Almarhum Zulkhairi Azmi...semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnye...amin.


(insyallah..mlm nie sy gi umah arwah...mudah2an sempat tunggu jenazah sampai)




4 comments:

5 thaqafah...batch spm2008 said...

takziah buat keluarga arwah...al-fatihah

a M i e said...

ya Allah, semoga Allahyarham ditempatkan dalam golongan2 beriman..
terkilan juga :(

Anonymous said...

Al Fatihah buat arwah..
tkziah utk keluarga arwah..
semoga dberi kekuatan utk mnghadapi ujian..

Tinta Tuah Pengembara said...

semoga rohnya di rahmati.....

Post a Comment