Disebalik nama gelaran...de ceritanye...

Monday, April 20, 2009


Jika ngikut fahaman sy…de 4 faktor yg menyebabkan seseorg tu digelar…Pertama utk membezakan org tu ngan org laien berdasarkan nama mrk yg sama…kedua utk mewujudkan hubungan yg erat @ manja…ketiga nama individu tersebut terlalu panjang @ berbelit2...keempat lak utk mengejek @ menghina seseorg itu…

Sesuatu gelaran tue hanya dilafazkan melalu bibir si pemanggil…Jika ianye diterima secara ikhlas leh penama gelaran tersebut maka ianye leh mewujudkan ukhuwah dilingkungan komuniti masyarakat tu…

Seandainye sipenama x merestui sesuatu gelaran tue…disinilah bermulanye dendam yg membara pebila aib yg dilemparkan sebagai pengganti nama diri dicanang sane sini…kemarahan yg meluap2 bile2 mase je leh jadik bom jangka…sehebat manapun kesabaran manusia marhaen tue…pasti de hadnye…

Malahan sejak dizaman baginda Rasullulah lagi…pelbagai gelaran tlh pun diberikan berasaskan fizikal, kepakaran, peristiwa n perkaitan ahli keluarga…Malahan nama gelaran tersebut lebih fames jika dibandingkan ngan nama asal individu terbabit…Pe yg pasti..disebalik nama gelaran...de ceritanye...


Dikampung sy
Dr kecik lagi sy dh pun didedahkan ngan pelbagai nama gelaran yg diberikan kpd org2 kg sy…petah lagi di kg sy nie terdapat berpuluh2 org yg bernama Awang...Mohd...Ismail…Aminah…Rokiah (contoh sebahagian nama)…gelaran dihunjung pangkal nama tue…de yg berbaur kelucuan…x kurang gak tersirat kelucahan…pe2 pun gelaran2 tersebut dh jadik sebati ngan penama2 itu sehingga lor akhir hayat mrk…Hebatnye nama gelaran…

Disekolah sy
Bermula dr tradisi batch yg pertama (pelajar yg paling byk mencipta nama gelaran kat kwn2 die ialah sdr syaukat)…sehingga lor batch yg mutakhir nie…gelaran demi gelaran tlh muncul dikalangan pelajar2…pe yg peliknye…family2 si penama nie pun mengguna pakai nama gelaran yg tlh diberikan kpd anak2 mrk…seolah2 ianye dh jadik nama timang-timangan bru lak…

Rasenye…jika sy menghimpunkan nama2 gelaran pelajar2 dicni..x tertulih byknye…erm... kekadang tu sy lebih mudah mengingati nama gelaran drpd nama sebenar pelajar nie…Antara nama2 gelaran tue :

1. kerang
2. shiro
3. payat
4. capt
5. mulai
6. pisang
7. arenode
8. bean
9. balakong
10. ceruk
11. cici
12. lebo
13. tikot
14. capang
15. wanching
16. calin
17. apek
18. kening
19. bulu
20. black

setakat nie saje sy senaraikan nama2 gelaran tue…dh x tertulih dh…batch2 yg mendatang x tau lor gelaran pe lagie yg pelik2…tp nasihat sy lor…hayati n patuhi lah wahyu Ilahi…firmanNya:

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah suatu kaum mengolok-olok kaum yang lain, (kerana) boleh jadi mereka (yang diperolok-olokkan) lebih baik daripada mereka (yang memperolok-olok), dan janganlah pula perempuan-perempuan (mengolok-olok) perempuan lain, (kerana) boleh jadi perempuan (yang diperolok-olokkan) lebih baik daripada perempuan (yang memgolok-olok). Janganlah kamu saling mencela satu sama lain, dan janganlah saling memanggil dengan gelar-gelar yang buruk. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk (fasik) sesudah beriman. Dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.” (al-Hujurat: 11)

0 comments:

Post a Comment